Translate

Memaparkan catatan dengan label sprm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sprm. Papar semua catatan

Khamis, 26 Mei 2011

Nik Aziz: SPRM, jangan kaitkan saya dalam siasatan menantu



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz (gambar) berkata beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

“Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya.

“Itu tak betul,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan selaku Menteri Besar sejak 1990 ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PMBK.

Justeru, Nik Aziz berkata, adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.

Beliau berkata, siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009.

Siastaan itu dibuka pada akhir 2009.

Pelantikan itu mencetuskan kontroversi dan Abdul Ariffahmi dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Aziz.
 Insider

Ahad, 10 April 2011

Pegawai Imigresen Di Caj Terima Rasuah.

Pegawai Imigresen dicaj terima rasuah

Lapan pegawai Imigresen termasuk seorang wanita dicaj di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah lebih RM100,000 bagi membolehkan pendatang dari Indonesia memasuki negara ini.


Pegawai-pegawai dari Imigresen  Selangor itu, berusia dalam 20-an dan 30-an dan berkhidmat di Pelabuhan Klang, dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Mereka mengaku tidak bersalah.


Kesemua lapan pegawai itu berhadapan dengan 82 tuduhan rasuah melibatkan RM122,140.


Mahkamah menetapkan wang jamin antara RM4,000 dan RM10,000 bagi setiap tertuduh.


Berdasarkan maklumat diperoleh, Md Shahrizal Che Dan, 26, hadapi sebanyak 31 tuduhan - terbanyak di kalangan kesemua yang didakwa, kerana menerima rasuah RM51,760.


Pegawai imigresen Mohamad Izuwanshah Samsuri, yang berusia 25 tahun, berhadapan dengan 25 tuduhan melibatkan RM31,690.


Seorang lagi pegawai imigresen, Ahmad Zahed Abd Alim, 28, dituduh menerima RM13,590.


Satu-satunya pegawai wanita, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, pula dituduh menerima rasuah RM2,900 di Pandamaran, Klang.


Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pelabuhan Klang dan Klang antara April hingga September lalu.


Mohd Hafiz Zakaria, 27, didakwa menerima rasuah melibatkan RM8,640, Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26, (RM7,350), Azmir Mahadi, 28, (RM5,710) dan Mohamad Huzzail Ahmad, 31, pula RM500 September lalu.


Kes melibatkan Ahmad Zahed, Khairul, Hafiz dan Azmir akan disebutkan semula esok.


Peguam-peguam tertuduh memberitahu mahkamah bahawa anak guaman mereka hanya menerima gaji bulanan antara RM700 hingga RM920.


Kes melihatkan Huzzail dan Izuwanshah ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 April manakala kes Nor Shahazlina dan Shahrizal pula 5 Mei.

Khamis, 9 Disember 2010

Biar Betuiiii........... Ada 48 Peti Besi Kat Rumah.



bekas setiausaha kepada menteri kewangan ke2 nor mohamed yakop, telah didakwa mempunyai 48 peti besi dalam rumahnya.

hasbi satar pernah ditahan oleh SPRM kerana mempunyai wang tunai RM2 juta yang disimpan dalam rumahnya, tetapi masih belum didakwa walaupun tangkapan telah dilakukan 7 bulan yang lepas..

untuk apa hasbi membeli 48 buah peti besi yang disimpan dalam rumahnya ?

simpan pensil kah ?
simpan dokumen kah ?
simpan harta kah ?

inilah masa untuk umno/barisan nasional dan kerajaan membersihkan sama sekali rasuah. jangan yang kena ikan bilis sahaja , tetapi kepala jerung jugak harus disiasat. (GAP)

Jumaat, 26 Mac 2010

Rasuah Dan BN Tidak Boleh Di Pisahkan, Jika Di Pisah Maka Pincanglah Umno.

Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting berkata beliau menerima aduan mengenai dakwaan berlakunya politik wang menjelang proses pemilihan parti Ahad ini.

Katanya ada sebilangan pihak sudah menawarkan wang bagi mendapat sokongan undi dan jika keadaan ini dibiarkan maka ia akan memusnahkan masa depan parti itu.

"Dalam sehari dua ini, saya menerima banyak aduan bahawa beberapa pihak menggunakan wang dalam usaha meraih sokongan," kata bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kepada pemberita selepas berjumpa dengan perwakilan MCA Selangor dekat sini malam Khamis.

Katanya ahli parti mempunyai alasan kukuh untuk menolak calon yang menggunakan taktik wang.

"Imej dan harga diri dalam MCA tidak boleh dibeli dengan apa juga kos dan jangan biarkan politik wang meracuni kita dan membinasakan parti," tegasnya.

Pada pemilihan kali ini, Ka Ting akan merebut jawatan presiden dengan dua lagi calon, iaitu penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Jawatan timbalan presiden menjadi perebutan antara dua menteri Kabinet iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Seramai 10 calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden manakala 86 calon akan bertanding merebut 25 kekosongan dalam Jawatankuasa Pusat (CC).

Dalam pada itu, Ka Ting berkata beliau mendapat motivasi selepas ramai perwakilan mula menerima dan memahami manifesto parti yang dibawanya pada pemilihan kali ini.

"Semalam, saya berada di Sabah dan perwakilan di sana memberi sokongan penuh kepada saya," katanya.

-- BERNAMA

Jumaat, 9 Oktober 2009

PAS Tuntut Hentikan Undi Pos Serta Merta................

PAS menuntut Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana pilihan raya itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah dan dikeluarkan pada hari pengundi.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981.
 
Statut tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi..."
 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain; kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.
 
Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun; didapati terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

Image Dalam kes yang berkaitan, Salahuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat; turut digugurkan dalam senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.
 
Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.
 
Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salehuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat perhitungan akhir.
 
Pakatan dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat; sama ada di sini atau di Putrajaya.
Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar puteh.
 
Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS pada sebelim ini. (Harakah)

Selasa, 15 September 2009

Simpan Sahajalah "Berani Kerana Benar" Kamu Itu............

Bukan main lagi dengan dendangan lagu yang dimainkan oleh Khir Toyo berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 6 jam di Putrajaya berhubung dengan banglo mewah beliau yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Kemudian mempertikaikan pula sikap SPRM yang tidak pernah mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat.

Dan menyatakan kononnya beliau adalah mangsa, dalam masa yang sama memuji akan sikap profesional SPRM dalam menjalankan tugasnya. Tidak lupa juga beliau menyarankan agar pemimpin Pakatan Rakyat Selangor patut didakwa........... Kuat betullah wayang yang dimainkan oleh beliau.

Beliau juga menafikan yang beliau disiasat berhubung dengan Balkis, dengan menyatakan yang beliau bukan ahli Balkis dan tidak ada kena mengena dengan Balkis............. Tang tu memang diakui yang beliau tiada kena mengena dengan Balkis............. Beliau tak bagi tahu pun, rakyat dah tahu.............. kerana beliau bukan jenis sotong........... Kerana Balkis hanya dianggotai oleh isteri-isteri wakil rakyat sahaja......... tak kan beliau seorang isteri.

Masaalahnya............ Pengerusi Balkis adalah isteri beliau............ maka tidak relevan lah sekiranya beliau disiasat berkaitan Balkis. Yang patut SPRM panggil adalah isteri beliau yang mengetuainya............. yang tu mungkin beliau gerun sedikit sekiranya isteri beliau dipanggil oleh SPRM............ yang pasti, SPRM patut memanggil isteri beliau untuk disoal siasat.

Atau ayat yang mudah ialah.......... jemput isteri beliau untuk datang bersembang dengan SPRM........... seperti mana beliau dijemput bersembang selama 6 jam oleh SPRM............. Semua dah jadi pelakon........... Apakah SPRM betul-betul menyiasat beliau............... atau sekadar panggil............. sembang 5-6 jam.......... kemudian umumkan kat akhbar........... yang beliau sedang disiasat oleh SPRM.

Itu pun beliau masih sempat mempertikaikan............ konon-kononnya, SPRM buat siasatan terpilih............ kerana pemimpin Pakatan Rakyat tidak dipanggil.............. tetapi beliau yang menjadi mangsa terdesak SPRM............. Wayang..........wayang.......... wayang............. semua main wayang........... daripada Gerak sampailah kepada SPRM.

Sedarkah beliau yang rakyat hanya memerhatikan segala lakonan mereka............. Banglo mewah beliau yang dianggar RM 20 juta lebih............... disiasat 6 jam sahaja.......... tetapi isu bendera yang bernilai RM 2-3 ribu........... disiasat oleh SPRM sampai mati............ Apakah beliau merasakan yang rakyat Malaysia............. sebodoh ahli-ahli Umno yang boleh digula-gulakan.

Mungkin sekarang ini beliau merasakan yang beliau masih lagi kebal.............. yang pasti kuasa rakyatlah yang akan menentukan nasib beliau setelah segala kekebalan beliau akan ditarik semula oleh rakyat............ hanya masa yang akan menentukan.............. cuma cepat atau lambat sahaja........... yang pasti beliau tidak akan terlepas begitu sahaja.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Umno-Bn yang lain............ segala kesalahan yang mereka lakukan semakin terdedah sedikit demi sedikit.............. Maka bersiap sedia lah dengan peguam-peguam kamu yang handal-handal itu................. Kerana rakyat akan menghukum kamu dengan segala permainan kotor kamu itu.

Khamis, 27 Ogos 2009

Bila Pegawai SPRM Perdagangkan Laporan Rasuah ... (Minda Lutfi)

Surat misteri yang dikatakan ditulis sendiri oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock dan rumah mewah Dr Khir Toyo tidak boleh dipandang ringan. Banyak misteri yang perlu diselongkar dan dibentangkan kepada umum, bagi mendedahkan konspirasi jahat di sebaliknya


Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim didakwa menjadi aktor penting, bukan saja dalam proses soal siasat Beng Hock, malah membuat pakatan dengan Khir untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. 


Khir dikatakan rapat dengan Hishamuddin selepas pegawai kanan SPRM itu "menyelamatkannya" daripada pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa, termasuk aduan yang pernah saya laporkan pada 23 Oktober 2001.
Dakwaan terhadap Hishamuddin memang cukup berat lagi mengejutkan. Integriti SPRM yang sebelum ini sudah pun dipersoalkan kini menjadi taruhan yang paling kritikal. Beliau perlu segera membersihkan namanya dan memulihkan imej SPRM.
Tidak wajar berdiam diri

Oleh kerana surat itu sudah tersebar dengan meluas terutama dalam internet, dan menarik perhatian umum, Hishamuddin tidak wajar berdiam diri dengan hanya menunggu siasatan polis.
Bayangkan, bos no. 2 SPRM Selangor itu dituduh menghilangkan semua bukti yang boleh dikaitkan, antaranya dengan mencari helah untuk tidak memberikan sampel DNA, meninggalkan pejabat pada jam 6.10 pagi 16 Julai 2009 tanpa mengetuk kad perakam waktu selepas menjadi orang terakhir menemui Teoh, dan mengarahkan pegawai bawahannya mengelap kesan cap jari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh.

Beliau juga dikatakan mempunyai teknik soal siasat tersendiri, dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang saksi atau suspek dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya!
Saya terpaksa menyebut beberapa dakwaan dalam surat berkenaan -- walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya -- bagi menggambarkan betapa seriusnya imej dan integriti SPRM kini. Tanpa integriti SPRM hanya menjadi sendaan awam dan sia-sia sahajalah usaha kerajaan melakukan penambahbaikan kepada BPR dahulu.
Gerun untuk saya mimpikan ... ya, bagaimana jika benar, ada pegawai-pegawai SPRM "memperdagangkan" laporan rasuah yang kita adukan kepada mereka.
Maknanya, segala dokumen yang dikemukakan kepada SPRM dijadikan modal untuk pegawainya "memeras-ugut" secara halus tokoh-tokoh politik terkemuka yang begitu berkuasa khususnya untuk mengagih-agihkan khazanah kekayaan negara. Kes didiamkan jika habuan munasabah dihulur kepada pegawai SPRM berkenaan.
Dokumen dan bukti yang kita serahkan kepada SPRM sepatutnya dijadikan asas untuk satu siasatan lebih profesional, telus dan bertanggungjawab, bukannya untuk dieksploit untuk kepentingan diri. Alangkah hina dan jijiknya jika ada pegawai SPRM yang bertindak sedemikian rupa.
Pengadu bersusah payah mencari bahan bukti, membelanjakan wang dan menghabiskan begitu banyak masa, selain menanggung risiko berat, tetapi ada segelintir pegawai SPRM yang menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam liputan ...


Lokasi strategik

Justeru, ada pihak mendakwa terdapat penguasa (ahli politik berkuasa)yang bermurah hati "menganugerahkan" tanah di lokasi strategik dan bintang kebesaran kepada pegawai kanan SPRM untuk "menjinakkan" mereka.
Mungkin bagi seorang Perdana Menteri, kes rasuah menteri atau menteri besar di bawahnya boleh dijadikan sandaran untuk memastikan "kesetiaan" mereka berkekalan.
Saya cuba mengelak daripada mengemukakan pengalaman saya sendiri ketika berurusan dengan BPR sebagai bukti bahawa badan siasatan itu tidak boleh dipercayai sepenuhnya bagi membanteras rasuah.
Malah dalam banyak keadaan, ia menyemarakkan lagi amalan terkutuk itu; apatah lagi umum mengetahui korupsi merupakan suatu jenayah yang paling sukar dibanteras kerana tidak jelas "siapa mangsanya".
Apa pun, saya mengharapkan kandungan surat misteri itu palsu semata-mata kerana tidak sanggup membayangkan bagaimana masa depan negara ini jika SPRM boleh berkomplot dengan penjenayah rasuah! Hishamuddin perlu tampil menangkis tuduhan itu, jangan biarkan hanya Khir berbuat demikian. Isunya bukan masalah peribadi Hishamuddin tetapi kedudukan SPRM itu sendiri.
Semasa menyiapkan artikel pendek ini, tiba-tiba orang kawan lama yang pernah menolong saya membongkar kegiatan rasuah memaklumkan melalui telefon: "Lutfi, aku boleh tunjukkan lokasi tanah-tanah sebuah agensi kerajaan negeri yang dianugerahkan kepada empat pegawai atasan SPRM, dengan harga murah."(Harakah)

Khamis, 6 Ogos 2009

SPRM Betul-Betul Kerja.

Dua lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu negara dan Shah Alam hari ini kerana status kontraktor mereka meragukan walaupun terbabit dalam projek milik kerajaan negeri Selangor.

Mereka ditahan hari ini setelah siasatan SPRM mendapati, syarikat kontraktor masing-masing memasukkan sejumlah wang sebagai bayaran projek ke dalam akaun milik DAP Selangor.

Turut ditemui, empat keping cek bernilai antara RM500 hingga RM1,500 setiap satu yang dikeluarkan oleh dua syarikat, dipercayai ada kaitan dengan kedua-dua individu itu. - Utusan

Ulasan Musafirlalu....

Semakin rajin nampaknya SPRM bekerja sejak dua mejak ni. Selepas menangkap Adun Kemasik, Rosli Othman daripada kem Idris Jusoh bersama-sama dengan RM 5,000. Lepas Pengarahnya pula membuat laporan yang beliau mendapat ancaman bunuh.

Pandai betul lah SPRM main wayang, kalau masuk pesta filem pasti pukul habis. Pengarah terbaik, filem terbaik, pelakon terbaik, lakon layar terbaik dan semua yang terbaik...... dan yang paling penting ialah loyar buruk terbaik........Dalam usaha mengalihkan isu kematian Teoh.

Macam-macam cara digunakan. Memang SPRM yang terbaik dalam melakukan cerita.......... memang wa salut sama lu...... memang lu betul-betul kerja........... tak ada nak curi tulang langsung......... tapi satu ajer yang tak kena........... lu tangkap ikan bilis sahaja........ jerung mane.

Khamis, 30 Julai 2009

SPRM Pandang Ringan Kes Khir Sibuk Siasat Adun Pakatan.

IMEJ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada pada tahap kritikal berikutan kematian Setiausaha Exco, Teoh Beng Hock ketika dalam tahanan. Apakah SPRM mempunyai agenda sulit atau badan itu ditunggangi oleh BN untuk merampas kuasa di negeri Selangor? Ikuti pandangan Adun Kajang, LEE KIM SIN ketika diwawancara wartawan SAIDAH HAIRAN di pejabatnya, di Kajang, baru-baru ini.

HARAKAH: Berikutan kematian misteri mendiang Teoh apakah mungkin SPRM mempunyai agenda sulit yang diperalatkan BN untuk merampas kuasa Pakatan Rakyat Selangor?

LEE: SPRM membuat penyiasatan, yang disenaraikan ada tujuh Adun di daerah Petaling. Semuanya berbangsa Tionghua, enam DAP dan seorang Adun KeADILan. Kita persoalkan kenapa SPRM memilih Adun Tionghua, apakah ada sesuatu niat tertentu.

SPRM nampaknya buat penyiasatan secara selektif. SPRM cuba mencari kesalahan Adun Pakatan Rakyat dengan membuat penyiasatan daripada peruntukan Adun.

Kita lihat SPRM melakukan penyiasatan dengan kerjasama BN untuk cuba mencari kesalahan Adun Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Melalui pembongkaran dan penyelewengan dan sudah tentu akan menjatuhkan imej kerajaan Selangor.

Apabila sudah ada kes Adun atau Exco terlibat akan dibawa ke mahkamah dan sekali gus Adun terlibat tidak boleh menjadi wakil rakyat. Selepas itu akan diadakan pilihan raya kecil dan BN akan bertanding. BN akan melakukan tindakan ini untuk menawan kembali kerajaan negeri Selangor.

Kita mengesaki bahawa tindakan SPRM membuat penyiasatan terhadap Adun Pakatan Rakyat mempunyai agenda politik tertentu. Mungkin mereka diperalatkan oleh BN.

Apakah benar, sebelum SPRM membuat penyiasatan terhadap Adun Pakatan Rakyat, mereka telah menerima aduan daripada pihak tertentu tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat?

Jika ada laporan, maka perlu disenaraikan apa yang telah diselewengkan oleh Adun Pakatan Rakyat. Kenapa buat penyiasatan hanya kepada kerajaan negeri Selangor? Kenapa penyiasatan itu tidak dilakukan terhadap Adun BN Selangor yang telah menghabiskan peruntukan Adun tidak sampai dua bulan sebelum Mac 2008?

Peruntukan yang dihabiskan oleh Adun BN, setiap seorang mendapat RM500,000, dan dalam masa 44 hari kesemua wang itu telah dihabiskan oleh hampir semua Adun BN di Selangor. Apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Mac 2008, kerajaan terpaksa keluarkan peruntukan yang baru untuk menampung perbelanjaan sembilan bulan bagi projek pembangunan.

Kes ini kita telah bawa dan kita mendesak SPRM untuk melakukan penyiasatan. Malangnya mereka tidak bertindak hingga ke hari ini.

Peruntukan sebanyak RM1,000 dan selama setahun RM12,000 untuk pengurusan pejabat setiap bulan itu pun dibelanjakan. Jadi kita dapat mempersoalkan kenapa peruntukan itu digunakan dan habis dalam masa kurang dua bulan.

Ternyata ada unsur-unsur penyelewengan dan ianya telah mendapat laporan akhbar tetapi tidak ada tindakan daripada SPRM.

Begitu juga dengan kes bekas Menteri Beser Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam, ada kes yang kita nampak jelas penyelewengan.

Misalnya di Sungai Panjang tempat Khir Toyo ada pembinaan Marin Park. Perbelanjaannya bermula dengan RM1 juta kemudian naik RM10 juta dan terus meningkat RM29.98 juta. Jadi peningkatan ini tidak munasabah.

Apa yang dibuat di situ, satu projek tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, baik peraturan kewangan dan Majlis Daerah. Begitu juga hutan simpan ditebang, taman orkid di Rawang yang menghabiskan wang dan berlaku penyelewengan berjuta-juta ringgit tetapi SPRM tidak nampak perkara itu dan tidak disiasat.

Apakah YB bersedia untuk disiasat dan memberi kerjasama kepada pihak SPRM?

Saya bersedia untuk disiasat tetapi saya tidak akan pergi ke pejabat SPRM. Ini arahan daripada kerajaan negeri Selangor supaya SPRM datang ke pejabat Adun dan mana-mana pejabat kerajaan negeri untuk menyiasat.

Apakah motif utama SPRM menjadikan mendiang Teoh sebagai saksi utama dalam penyiasatan tersebut?

Ini kerana mendiang Teo yang menguruskan pembelian bendera untuk sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-51 tahun 2008 daripada pembekal. Oleh kerana mendiang yang menguruskan semua dokumen dan wang peruntukan maka dia yang disoal siasat.

SPRM menemui mendiang, ketika itu kerajaan sedang mengadakan sidang Dewan Negeri. Begitu juga ketika SPRM datang ke pejabat Exco Ean Yong Hian Wah. Ean Yong tidak dapat menghadiri sidang kerana SPRM telah menyerbu pejabatnya.

Tindakan SPRM itu merupakan gangguan dan tidak sepatutnya berlaku dalam waktu itu. Pihak SPRM boleh hadir ke pejabat SUK pada bila-bila masa selepas tamat sidang Dewan Negeri.

SPRM memang semak semua perbelanjaan pada tahun 2008. Mereka menyemak sama ada semua pembekal ada resit yang berkaitan. Jadi, Teoh uruskan segala peruntukan dengan Pejabat Daerah. Semua perbelanjaan telah disenaraikan dan dipamerkan dalam website pejabat Daerah.

Siasatan terhadap mendiang Teoh sehingga jam 3.45 pagi. Bagaimana YB melihat kes ini?

Mereka tidak seharusnya menyiasat Teoh selepas jam 6.30 petang. Mereka harus membenarkan orang yang disiasat itu balik. SPRM mendakwa cara penyiasatan yang dilakukan mengikut cara yang dilakukan di Hong Kong.

Sebenarnya apa yang dilakukan di Hong Kong di bilik soal siasat mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tetapi di pejabat SPRM di bangunan Plaza Masalam tidak mempunyai CCTV.

Di bilik soal siasat di Hong Kong mempunyai cermin (yang boleh nampak apa saja perbuatan yang dilakukan dalam bilik siasatan). Siasatan di Hong Kong, mereka akan tulis dan rekod serta bacakan apa yang ditulis kepada orang yang disoal siasat.

Orang yang disoal siasat diberi satu salinan, pihak penyiasat ada satu salinan dan salinan ketiga disimpan. Jika ada pertikaian maka mereka boleh rujuk semula. Tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Apa yang dilakukan SPRM membuat tindakan memaksa, ugut dan ganas.

Bolehkah orang yang disyaki disiasat sehingga jam 3.45 pagi?

Sesiapa saja selepas disoal siasat mereka akan balik segera ke rumah. Memang tidak masuk akal hendak duduk lagi di pejabat SPRM. Mesti hendak balik cepat ke rumah. Lagi pun mendiang bawa kereta ke pejabat SPRM. Tidak mungkin mendiang hendak bermalan di pejabat SPRM kerana tempat seperti itu apa sahaja boleh berlaku.

Satu lagi tidak masuk akal mendiang akan daftar perkahwinan pada hari Khamis selepas sesi soal siasat. Jadi dalam keadaan itu kalau kita kata mendiang bunuh diri, sebagaimana dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz dan SPRM memang tidak masuk akal. (Harakah)

Jumaat, 17 Julai 2009

Siasatan terpilih oleh SPRM.

Seperti tulisan saya semalam ada kebenarannya tentang SPRM. Apabila melibatkan pemimpin pembangkang, larinya umpama raja pecut dunia bila melibatkan pembangkang tetapi bila melibatkan pemimpin Umno-Bn, jalannya seperti orang tua bertongkat.
Itulah realitinya SPRM tentang isu exco Pakatan Rakyat Selangor. Kenapa tidak menyiasat kekayaan luar biasa Khir Toyo dengan rumah agam mewah beliau yang mengaku hanya RM 3.5 juta sahaja. Tetapi disanggah oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Sedangkan rakyat bukannya buta dan bodoh nak beza antara RM 3.5 juta dengan RM 24 juta.
Kalaulah SPRM sebuah badan yang betul-betul telus, banyak lagi kerja yang perlu dilakukan terhadap para pemimpin Umno, sebagaimana isu balak di Pahang yang melibatkan Menteri Besarnya sendiri. Bukannya sedikit kalau dah sampai RM 63 juta dan yang terbaru melibatkan saman bernilai ratusan juta.
Yang mereka cari sangat kes kereta dan lembu yang tak seberapa di Selangor. Itu pun dapat pujian lagi daripada Sultan Selangor kerana ianya semata-mata untuk rakyat. Dan Baginda meminta agar perbanyakkan lagi pembahagian lembu kat rakyat pada masa hadapan. Sungguh memalukan buat para pemimpin Umno, bila tuduhan mereka mendapat pujian daripada Sultan.
Kes yang melibatkan mantan Menteri Besar Selangor dan isteri beliau yang menyalahgunakan kereta kerajaan negeri untuk kepentingan diri sendiri dan juga duit Balkis yang digunakan macam mak bapak dia yang punya.... macam mana SPRM buat kerja. Bagaimana dengan isu Menteri Besar Pahang yang telah memufliskan negeri Pahang dengan isu balak.
Tetapi mantan Menteri Besar Pahang telah diselamatkan oleh Tun D. Mahathir dengan melantik beliau sebagai Yang Dipertua Melaka, yang terlepas daripada tindakkan undang-undang kerana diberi kekebalan. Apakah Ketua Pengarah SPRM akan jawab dihadrat Allah s.w.t nanti. Tak apa dunia kamu boleh lepas, tetapi jawablah nanti di akhirat. Semoga mereka yang ada kekebalan dan kuasa di dunia semasa hidup, sudah menghafal apa yang akan dijawab, bila ditanya oleh Allah S.w.t. nanti........... Selamat berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular