Translate

Senarai Blog Saya

Khamis, 5 Mei 2011

Analisis Dari Pencacai Umno: 'PAS Ibarat Pipi Tak Mancung Dalam PR'

Membaca tulisan ketua pemuda PAS, Nasruddin Hassan hanya membawa kita kepada penulisan sekitar kepompong politik yang sebagaimana biasa – belasah-membelasah dengan hasrat utama hanya untuk menunjukkan satu lebih baik dari satu lagi.
pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2Pungguk rindukan bulan adalah pengisahan uzur tidak bercambah dan ini sudah tidak lagi signifikan dalam irama politik hari ini. Menggambarkan Umno sebagai mempersembahkan nada lama dengan kononnya sumbang, persembahan tidak seimbang dan tampak pincang tidak membawa kepada pentafsiran baru, hanya memetaforakan penulisan tetapi tidak indah.

Asas utama mengajak PAS menyertai Umno atau setidak-tidaknya keluar dari Pakatan Rakyat tidak sedikit pun menunjukkan bahawa Umno uzur, gering dan terdesak sebaliknya mengajak dan meminta PAS melihat kedudukan mereka, mencermini nilai mereka dalam gabungan yang disertai mereka hari ini.

Lihat dan renungkan sendiri, sama ada mereka signifikan atau hanya ada untuk menjadi tiang tambahan kepada gabungan yang semakin rapuh dalam mengertikan perjuangan agama dan bangsa.
islam hadari pas and umno 051004Ajakan tersebut adalah lebih kepada satu kiasan untuk menyedarkan PAS bahawa gabungan politik - antara PKR dengan DAP tidak mempunyai asas selari dengan perjuangan PAS dan hanya mahu parti Islam itu sebagai perhiasan yang mampu disimpan dalam almari dan loteng apabila jemu dipandang mata. Sebenarnya PAS sedar kedudukan mereka.

Mereka digunakan sebagai faktor tambahan untuk merealisasikan agenda menyerang BN/Umno untuk kepentingan tersendiri dan idealisme PAS hanya dipalsukan dengan hanya memberi harapan akan pelaksanaannya oleh Pakatan Rakyat hanya untuk melihat kejayaan menerajui kerajaan.

Untuk melayan idealisme agama PAS - mustahil. PAS akan hanya dihadiahkan Kedah dan Kelantan sementara bandar utama dan pusat penyebaran agenda mereka akan lebih tertumpu pada bandar maju dan kaya.

NONEPKR dan DAP lebih dominan, di Selangor, Perak Pulau Pinang dan bandar serta negeri utama - hanya untuk memastikan mereka menerajui Pakatan Rakyat dan PAS terkial-kial menjerit tanpa didengar akan polisi PAS dan arah tuju PAS yang lebih menggambarkan keagamaan.

Umno sebenarnya nampak - bahawa agenda bangsa dan agama adalah satu keperluan dan usaha menghalangnya dari dirobek oleh PKR dan DAP harus dijalankan berterusan.

Apa yang Datuk Seri Najib Razak sarankan adalah tawaran terbuka yang tidak bersyarat dalam usaha memastikan kedaulatan bangsa dan agama tidak di noda dengan spekulasi dan keuntungan politik semata-mata.
NONEPAS nampak dan tahu kedudukan mereka - tidak payah untuk kita rungkaikan lagi. Ajakan Umno adalah secara menyeluruh demi berbincang memartabatkan agenda negara bukan agenda tersendiri mahupun agenda yang sentiasa terpahat dalam hati mereka - untuk menerajui negara dan ini sesuatu yang mustahil.

Umno meneliti kedudukan PAS dan mahu parti itu sendiri menilai suara mereka - yang seakan sepoi-sepoi bahasa, antara didengar atau tidak - sepi dalam dominasi PKR dan DAP yang amat jelas mahu memperkecilkan kedudukan bangsa di samping mereka berusaha membentuk monopoli kuasa.

PAS akan terus terperangkap dan dijadikan alat untuk agenda menyamaratakan kedudukan kaum tanpa melihat asas keperluan dan perbezaan kedudukan.
NONEPAS akan terperangkap - dan mengelirukan perjuangan berlandaskan agama yang mereka bawa selama ini, akhirnya akan turut melenyapkan identiti perjuangan - diasimilasikan secara total dengan landasan DAP dan konsep liberalisasi PKR yang merosakkan perencanaan Umno untuk tujuan serupa - agama dan bangsa.

Perjuangan agama dan bangsa ini tidak perlu dipertikaikan oleh PAS sebagai perjuangan kuno dalam Umno kerana ia penting dan ini sealiran dengan kerancakan kaum lain memperjuangkan kaum dan bangsa mereka sendiri. PAS akhirnya terikat dengan polisi berbeza - antara PKR, DAP dan PKR sendiri.

MCA halang PAS sertai BN atas alasan parti itu memperjuangkan negara Islam - ini boleh diterima oleh kita - tetapi mampukan ia diterima dalam asosiasi pembangkang ini?
NONEPerlu ingat - setidak-tidaknya toleransi antara MCA dan MIC wujud dalam BN dengan keutamaan kepada Umno dalam memastikan arah yang mahu dituju.

Sebaliknya DAP adalah amat dominan dan mereka mampu mencorakkan kehendak mereka - tanpa kompromi dengan kaum lain khususnya agama yang kita pegang, antara sesama mereka dalam Pakatan Rakayat.

Pengiktirafan terhadap PAS


PAS hanyalah parti politik sama dengan PKR, DAP, Umno, MCA dan MIC serta parti-parti lain yang ada. Bagi PAS amat jelas kuasa perlu dituntut untuk merealisasikan negara Islam.
NONEMereka melakukan semua - berlandaskan agama untuk kepentingan politik sendiri. Namun dalam pergabungan politik negara Islam hilang darjat bila mana kepentingan perjuangan politik mendahului segala-galanya.

Namun label Islam perlu - atas alasan mendapatkan sokongan.

Saya perlu rujuk agar Nasrudin Hassan kepada salah satu sajak Rendra yang bertajuk Maskumambang. Kata penyajak tersebut sekiranya agama di lencana seperti yang dilakukan oleh PAS - “erosi” agama pasti berlaku.

Penghakisan ini pasti berlaku kerana PAS ada agenda untuk menawan dan mengalahkan BN/Umno bagi tujuan politik sahaja.
NONEBagi saya tidak ada pengiktirafan diberi oleh Umno malah parti itu secara halus mahu menunjukkan bahawa agenda Islam PAS adalah agenda politik yang hari ini terhakis dengan dominasi DAP yang lebih egois dalam perjuangan perkauman mereka.

Persoalan yang ada sekarang ialah untuk PAS membuat pengiraan cadangan Umno bukan untuk memperkukuhkan parti Melayu itu tetapi sebenarnya untuk merangkumkan makna perjuangan bangsa dan agama dalam kerangka yang lebih berkesan bukan retorik malah melihat PAS tewas dan membawa ketewasan tersebut melimpah kepada bangsa dan agama kita.

Umno sertai PAS?


Salah satu cadangan yang turut dimaklumkan oleh penulis Nasrudin Hassan adalah untuk Umno menyertai PAS.
NONEAjakan itu amat lucu kerana dominan Umno sebagai kerajaan untuk menyertai PAS yang terletak di ranking tercorot dalam Pakatan Rakyat. Umno tidak terdesak sungguhpun memang benar parti itu tidak boleh bersuka ria mengambil ikhtiar kepada keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu.

Namun pilihan raya umum ke-12 bukan ukuran sebenar yang boleh dibuat untuk merumuskan kedudukan Umno pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Namun PAS perlu cermin diri - bila mana mahu mengajak Umno menyertai PAS bagi menjawab tawaran Umno terhadap PAS.
pas muktamar 55 agm 050609PAS sendiri mungkin ibarat pipi tak mancung hidung tersorong-sorong dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Umno tidak sedikit pun bersimpati dengan kedudukan PAS namun mahu parti itu sendiri sedar bahawa kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat hanya melukut tepi gantang dan amat khuatir kerana nama Islam yang dibawa oleh PAS akan merugikan seluruh politik kaum kita yang beragama Islam

PAS perlu sedar. PAS perlu ditampar agar kesedaran timbul bahawa kehadirannya memang membantu untuk mendapatkan sokongan Melayu demi politik Pakatan Rakyat tetapi tidak akan menguntungkan kaum, bangsa dan agama kita.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Penulis juga menulis di laman www.umno-reform2.com dan boleh dihubungi melalui anuarmohdnor@gmail.com  
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular