Translate

Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Analisis Dari Pencacai Umno: 'PAS Ibarat Pipi Tak Mancung Dalam PR'

Membaca tulisan ketua pemuda PAS, Nasruddin Hassan hanya membawa kita kepada penulisan sekitar kepompong politik yang sebagaimana biasa – belasah-membelasah dengan hasrat utama hanya untuk menunjukkan satu lebih baik dari satu lagi.
pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2Pungguk rindukan bulan adalah pengisahan uzur tidak bercambah dan ini sudah tidak lagi signifikan dalam irama politik hari ini. Menggambarkan Umno sebagai mempersembahkan nada lama dengan kononnya sumbang, persembahan tidak seimbang dan tampak pincang tidak membawa kepada pentafsiran baru, hanya memetaforakan penulisan tetapi tidak indah.

Asas utama mengajak PAS menyertai Umno atau setidak-tidaknya keluar dari Pakatan Rakyat tidak sedikit pun menunjukkan bahawa Umno uzur, gering dan terdesak sebaliknya mengajak dan meminta PAS melihat kedudukan mereka, mencermini nilai mereka dalam gabungan yang disertai mereka hari ini.

Lihat dan renungkan sendiri, sama ada mereka signifikan atau hanya ada untuk menjadi tiang tambahan kepada gabungan yang semakin rapuh dalam mengertikan perjuangan agama dan bangsa.
islam hadari pas and umno 051004Ajakan tersebut adalah lebih kepada satu kiasan untuk menyedarkan PAS bahawa gabungan politik - antara PKR dengan DAP tidak mempunyai asas selari dengan perjuangan PAS dan hanya mahu parti Islam itu sebagai perhiasan yang mampu disimpan dalam almari dan loteng apabila jemu dipandang mata. Sebenarnya PAS sedar kedudukan mereka.

Mereka digunakan sebagai faktor tambahan untuk merealisasikan agenda menyerang BN/Umno untuk kepentingan tersendiri dan idealisme PAS hanya dipalsukan dengan hanya memberi harapan akan pelaksanaannya oleh Pakatan Rakyat hanya untuk melihat kejayaan menerajui kerajaan.

Untuk melayan idealisme agama PAS - mustahil. PAS akan hanya dihadiahkan Kedah dan Kelantan sementara bandar utama dan pusat penyebaran agenda mereka akan lebih tertumpu pada bandar maju dan kaya.

NONEPKR dan DAP lebih dominan, di Selangor, Perak Pulau Pinang dan bandar serta negeri utama - hanya untuk memastikan mereka menerajui Pakatan Rakyat dan PAS terkial-kial menjerit tanpa didengar akan polisi PAS dan arah tuju PAS yang lebih menggambarkan keagamaan.

Umno sebenarnya nampak - bahawa agenda bangsa dan agama adalah satu keperluan dan usaha menghalangnya dari dirobek oleh PKR dan DAP harus dijalankan berterusan.

Apa yang Datuk Seri Najib Razak sarankan adalah tawaran terbuka yang tidak bersyarat dalam usaha memastikan kedaulatan bangsa dan agama tidak di noda dengan spekulasi dan keuntungan politik semata-mata.
NONEPAS nampak dan tahu kedudukan mereka - tidak payah untuk kita rungkaikan lagi. Ajakan Umno adalah secara menyeluruh demi berbincang memartabatkan agenda negara bukan agenda tersendiri mahupun agenda yang sentiasa terpahat dalam hati mereka - untuk menerajui negara dan ini sesuatu yang mustahil.

Umno meneliti kedudukan PAS dan mahu parti itu sendiri menilai suara mereka - yang seakan sepoi-sepoi bahasa, antara didengar atau tidak - sepi dalam dominasi PKR dan DAP yang amat jelas mahu memperkecilkan kedudukan bangsa di samping mereka berusaha membentuk monopoli kuasa.

PAS akan terus terperangkap dan dijadikan alat untuk agenda menyamaratakan kedudukan kaum tanpa melihat asas keperluan dan perbezaan kedudukan.
NONEPAS akan terperangkap - dan mengelirukan perjuangan berlandaskan agama yang mereka bawa selama ini, akhirnya akan turut melenyapkan identiti perjuangan - diasimilasikan secara total dengan landasan DAP dan konsep liberalisasi PKR yang merosakkan perencanaan Umno untuk tujuan serupa - agama dan bangsa.

Perjuangan agama dan bangsa ini tidak perlu dipertikaikan oleh PAS sebagai perjuangan kuno dalam Umno kerana ia penting dan ini sealiran dengan kerancakan kaum lain memperjuangkan kaum dan bangsa mereka sendiri. PAS akhirnya terikat dengan polisi berbeza - antara PKR, DAP dan PKR sendiri.

MCA halang PAS sertai BN atas alasan parti itu memperjuangkan negara Islam - ini boleh diterima oleh kita - tetapi mampukan ia diterima dalam asosiasi pembangkang ini?
NONEPerlu ingat - setidak-tidaknya toleransi antara MCA dan MIC wujud dalam BN dengan keutamaan kepada Umno dalam memastikan arah yang mahu dituju.

Sebaliknya DAP adalah amat dominan dan mereka mampu mencorakkan kehendak mereka - tanpa kompromi dengan kaum lain khususnya agama yang kita pegang, antara sesama mereka dalam Pakatan Rakayat.

Pengiktirafan terhadap PAS


PAS hanyalah parti politik sama dengan PKR, DAP, Umno, MCA dan MIC serta parti-parti lain yang ada. Bagi PAS amat jelas kuasa perlu dituntut untuk merealisasikan negara Islam.
NONEMereka melakukan semua - berlandaskan agama untuk kepentingan politik sendiri. Namun dalam pergabungan politik negara Islam hilang darjat bila mana kepentingan perjuangan politik mendahului segala-galanya.

Namun label Islam perlu - atas alasan mendapatkan sokongan.

Saya perlu rujuk agar Nasrudin Hassan kepada salah satu sajak Rendra yang bertajuk Maskumambang. Kata penyajak tersebut sekiranya agama di lencana seperti yang dilakukan oleh PAS - “erosi” agama pasti berlaku.

Penghakisan ini pasti berlaku kerana PAS ada agenda untuk menawan dan mengalahkan BN/Umno bagi tujuan politik sahaja.
NONEBagi saya tidak ada pengiktirafan diberi oleh Umno malah parti itu secara halus mahu menunjukkan bahawa agenda Islam PAS adalah agenda politik yang hari ini terhakis dengan dominasi DAP yang lebih egois dalam perjuangan perkauman mereka.

Persoalan yang ada sekarang ialah untuk PAS membuat pengiraan cadangan Umno bukan untuk memperkukuhkan parti Melayu itu tetapi sebenarnya untuk merangkumkan makna perjuangan bangsa dan agama dalam kerangka yang lebih berkesan bukan retorik malah melihat PAS tewas dan membawa ketewasan tersebut melimpah kepada bangsa dan agama kita.

Umno sertai PAS?


Salah satu cadangan yang turut dimaklumkan oleh penulis Nasrudin Hassan adalah untuk Umno menyertai PAS.
NONEAjakan itu amat lucu kerana dominan Umno sebagai kerajaan untuk menyertai PAS yang terletak di ranking tercorot dalam Pakatan Rakyat. Umno tidak terdesak sungguhpun memang benar parti itu tidak boleh bersuka ria mengambil ikhtiar kepada keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu.

Namun pilihan raya umum ke-12 bukan ukuran sebenar yang boleh dibuat untuk merumuskan kedudukan Umno pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Namun PAS perlu cermin diri - bila mana mahu mengajak Umno menyertai PAS bagi menjawab tawaran Umno terhadap PAS.
pas muktamar 55 agm 050609PAS sendiri mungkin ibarat pipi tak mancung hidung tersorong-sorong dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Umno tidak sedikit pun bersimpati dengan kedudukan PAS namun mahu parti itu sendiri sedar bahawa kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat hanya melukut tepi gantang dan amat khuatir kerana nama Islam yang dibawa oleh PAS akan merugikan seluruh politik kaum kita yang beragama Islam

PAS perlu sedar. PAS perlu ditampar agar kesedaran timbul bahawa kehadirannya memang membantu untuk mendapatkan sokongan Melayu demi politik Pakatan Rakyat tetapi tidak akan menguntungkan kaum, bangsa dan agama kita.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Penulis juga menulis di laman www.umno-reform2.com dan boleh dihubungi melalui anuarmohdnor@gmail.com  

Ahad, 22 Ogos 2010

Isu Khutbah Di PP : Umno Semakin Alim, Tapi Malu Nak Pakai Kopiah.


Pemuda UMNO PP membuat laporan polis di Balai
Polis Butterworth berhubung isu nama Guan Eng
dalam khutbah Jumaat

Salam dan selawat di bulan Ramadhan ini buat kaum muslimin- muslimat dan tidak lupa buat pembaca blog ini. Sudah lama saya tidak update blog MUSAFIRLALU kerana kesihatan yang kritikal sejak sebulan dua ini. Apabila saya menulis tika ini bukan bermakna saya sudah sihat kerana jangkaan saya, yang saya sudah tidak sempat untuk menghabiskan bulan yang di Rahmati ini. 

Apa pun, ajal dan maut semuanya adalah perencanaa Allah s.w.t dan buktinya saya masih diberi peluang............. Alhamdulillah. Sejak keuzuran, saya kurang  membaca atau mendengar apa-apa berita baik dari internet dan media massa yang ada.

Apa yang yang menarik perhatian saya dua tiga hari ini ialah berkenaan isu khutbah di Pulai Pinang yang mana diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apa yang saya dengar mengenai khutbah tersebut, ianya dibaca dalam bahasa Arab. 

Bagus juga kerana sudah ramai pemimpin Umno yang fasih dan cukup memahami nahu bahasa Arab. Banyak lapuran polis telah dibuat berkaitan dengan pendedahankan  oleh Al-Ustaz DS Zahid Hamidi itu. Kalau hendak disamakan dengan saya, boleh diibaratkan antara langit dan bumi. Jahilnya saya ini........

Ada saksi berkata yang beliau mendengar Tok Khatib ada menyebut nama Guan Eng dalam khutbah tersebut. Cuma saya tidak pasti apa yang dilafazkan oleh Tok Khatib tersebut. Adakah ia menyebut tentang kebaikan yang telah dilakukan oleh KM PP ataupun ia memohon kerahmatan, panjang umur, panjang pemerintahan dari Allah s.w.t. untuk KM PP.

Bagi saya, bagus juga agar polis melakukan siasatan berkenaan isu tersebut secara profesional kerana Pulau Pinang terletak di bawah D.Y.M.Agong dengan Yang DiPertuan sebagai wakilnya. Pertama sekali, soal Al-Ustaz DS Zahid Hamidi dahulu kerana beliau yang paling arif.

Dalam pengertian saya......... benarkah apa yang dituduh dan apa yang telah dilaporkan dengan media massa arus perdana yang cukup sinonim dengan gelaran 'MANIPULASI', 'MENGELENTONGLASI', 'MENFITNAHLASI dan bermacam-macam 'LASI'.

Apakah salah dari sudut Islam apabila kita memuji kebaikan pemerintah itu walaupun ia bukan Islam?.
Apakah salah Lim Guan Eng mengambil pendekatan seperti Al-Syahid Kalifah Umar Abd Aziz dalam pemerintahnya?. 
Sedangkankan Umno yang mengaku sebagai partai Islam terbesar didunia sendiri membangkul sampahkan sejarah tersebut. Sedangkan sebagai seorang Muslim, kita patut berbangga dengan perkembangan ini kerana beliau menjadikan Al-Syahid Khalifah Umar Abd Aziz sebagai model sedangkan Umno menolak mentah-mentah.

Sebagaimana ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan memperlekehkan idola Lim Guan Eng itu sampai mengucap-ucap bagaikan ianya satu kesalahan besar dari segi Islam. Kalau dah rasa pandai sangat, suruh para pemimpin Umno yang baca Khutbah.

Percayalah......... seandainya iman membaca doa dan dalam doanya beliau memohon pasang dua lagi isteri, pasti majoriti Umno akan mengaminkannya. Bukan kerana mereka menyetujui iman itu mendirikan masjid, tetapi kerana kejahilannya mereka tentang bahasa Arab.

DS Najib dalam kenyataan terbarunya telah mengarahkan siasatan dilakukan. Bagi pendapat beliau, khatib mesti membaca teks yang disediakan dan bukan berkhutbah. Berkhutbah dangan membaca khutbah di mimbar adalah dua perkara yang berbeza.  

Membaca khutbah adalah membaca apa yang telah disediakan oleh kerajaan Umno/Bn........... alamatnya, masuk masjid terus lena pasal entah dari tahun berapa khutbah telah dibaca. Berkhutbah pula ialah katib tersebut membuat pengamatan yang teliti tentang isu semasa lalu mengingatkan jemaah. 

Buat Ahmad Maslan, lihat pada diri sendiri di bulan Ramadhan ini, perbanyakkan amal dan cukuplah melakukan fitnah. Jika perbuatan Eng Guan dengan beridolakan Umar Abd Aziz  satu kesalahan, bagaimana pun dengan kes bacaan Yassin di Masjid untuk kemenangan calun MIC di PRK Hulu Selangor menentang D. Zaid Ibrahim.

Harap-harap kemasukan beribu-ribu ulama muda baru-bari ini.......... kalau-kalau beranilah.......... nasihat sikit kat 'Wanita Pertama Malaysia' tu............ suruh-suruhlah pakai tudung. Bagitahu kat beliau.......... malulah sikit kat Pemaisuri Agong yang bertudung............. ada berani ka.

Dan juga jangan lupa bagitau kat ustaz-ustaz Umno agar jaga-jaga dengan taksiran mereka makna Umno. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ustaz Bahari bekas Adun Rantau Panjang.......... jika saya tersilap tolong betulkan.

Beliau mengatakan bahawa sorang ustaz Umno yang terkenal juga telah menaksirkan bahawa makna  Umno. Kata mereka, Umno ialah parti Allah, Rasulullah, Nabi Nuh dan wali-wali.............. betapa hebatnya ilmu yang mereka miliki. Inilah tanda-tanda yang Umno semakin tua dan sakit-sakit macam kata orang "Rumah Kata Pergi, Kubur Cakap Marilah'.

Bagi beribu-ribu ulama yang baru masuk Umno............ jangan lupa dengan amanah yang telah diberikan.

Selamat bersahur untuk melakukan ibadat puasa dan setakat ini saya yang termampu untuk menulis. Buat yang menghantar komen, maaf banyak-banyak diatas kelewatan memaparkan. Selamat mencari amalan yang terbaik dibulan Ramadhan ini.

Ahad, 18 April 2010

Selamat Bertugas Buat Para Pertugas PAS.

Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah salah satu Dun yang terletak dalam parlimen Hulu Selangor. Diantara 3 Dun yang berada didalam parlimen Hulu Selangor, iaitu N5 Hulu Bernam, N6 Kuala Kubu Baharu dan N7 Batang Kali, Dun Hulu Bernam mempunyai peratusan kaum Melayu paling tinggi, 67.7 % daripada 17,549 pengundi berdaftar. Para pertugas dan perayu undi PAS terpaksa bekerja keras kerana dalam PRU 12 yang lepas, Dun Hulu Bernam telah mengalami kekalahan dengan majoriti paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan Dun Kuala Kubu Baharu dan Batang kali. Calon BN telah mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 3,549 undi.BN diwakili oleh Datuk Mohamed Idris Abu Bakar memperolehi undi sebanyak 7,985. Manakala calon PAS yang diwakili oleh Sukor Ali hanya memperolehi undi sebanyak 4,436 dengan peratusan yang keluar mengundi ialah 72.59 % (12,739). Memandangkan majoriti pertugas dikawasan tersebut adalah daripada Terengganu, iaitu negeri kelahiran saya dan saya juga menjangkakan ramai dari kalangan mereka adalah saudara mara, sahabat dan kenalan saya. Apa yang saya dapat lakukan ialah berdoa agar mereka diberi kekuatan dalam menghadapi jentera Umno/Bn yang telah dijadimilik 'MakBapak' mereka (Harapkan Umno, mereka mana ada jentera). Seandainya majoriti Dun Hulu Bernam dapat dikurangkan, pasti puak-puak dari kayangan akan terbang awal ke kayangan. Kerana itu kerja keras perlu dilakukan dalam keadaan Unmo/Bn yang terlalu terdesak untuk merampas kembali kerusi tersebut. Pasti pertugas Pakatan Rakyat akan menghadapi laluan sukar setelah Umno/Bn akan .me'Makbapak'kan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi Umno/Bn sekarang ini kekurangan isu untuk diketengahkan setelah teruk dibelasah dengan APCO. Saya pasti Umno tidak akan memainkan isu berkaitan saman Datuk Zaid terhadap Hukum Hudud. Andainya isu itu dicanangkan, pasti Umno sendiri yang akan terkena dengan bahananya kerana semasa beliau menyamannya, Datuk Zaid masih lagi menjadi ahli Umno dan Umno sendiri seperti merestuinya. Mungkin dalam PRK kali ini akan menempa sejarah apabila calon BN, Kamalanathan akan berkempen dengan menggunakan tiga identiti. Jika beliau berkempen di kawasan Hulu Bernam, beliau akan mengaku sebagai bangsa Melayu dengan menggunakan nama 'KAMAL'. Di kawasan Kuala Kubu Baharu pula, beliau akan mengaku sebagai keturunan Cina dengan menggunakan 'ALAN' dan di kawasan Batang Kali baru beliau akan mengaku berbangsa India dengan menggunakan nama 'NATHAN'. Inilah hasil daripada idea APCO dalam usaha menjulangkan slogan 1Malaysia : KAUM KERABAT DIDAHULUKAN, KEKAYAAN DIUTAMAKAN. UNDI PAKATAN RAKYAT (PKR) BERMAKNA MENYOKONG PERUBAHAN. UNDI BN BERMAKNA MENYOKONG ISRAEL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN.

Sekitar Pilihanraya Parlimen Hulu Selangor.

Gambar-gambar semasa penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Dearah Hulu Selangor.
WARTAWAN Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengsan ketika kejadian tolak-menolak untuk memasuki pusat penamaan calon. - Foto Salim Shaari
Wartawan Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengsan ketika kejadian tolak-menolak untuk memasuki pusat penamaan calon.
GELAGAT penyokong Pas semasa penamaan calon di Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Fariz Iswadi
PELBAGAI aksi yang ditunjukkan penyokong parti yang bertanding pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, pagi ini. Antara yang menarik tiga wanita ini memakai penutup mulut dengan lambang parti. - Foto Berita Harian
Antara wajah-wajah penyokong parti yang hadir bagi mengikuti proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bahru, pagi ini. - Foto Berita Harian
Penyokong Pas semasa penamaan calon di Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
ANTARA penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
ANTARA penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
GELAGAT penyokong Parti Keadilan Rakyat ketika penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Antara penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor.
SEBAHAGIAN ribuan penyokong pembangkang berkumpul di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
ANTARA penyokong parti yang bertanding yang datang memberi sokongan kepada calon masing-masing pada hari penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di Kuala Kubu Bharu, pagi ini. - foto Berita Harian
Sebahagian ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini.
KELIHATAN anggota pasukan keselamatan menenangkan penyokong parti pembangkang yang berarak ke pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
Kelihatan anggota pasukan keselamatan menenangkan penyokong Pakatan Rakyat yang berarak ke pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. BN mula membuat provokasi.
NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama penyokong Barisan Nasional sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Komplek Suka Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Osman Adnan
Hishammuddin Hussein bersama penyokong Barisan Nasional sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Komplek Suka Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Bila PDRM dibawahnya, apakah beliau sedang mengajar penyokong BN membuat provokasi?
PENYOKONG Barisan Nasional berarak mengiringi calon BN P. Kamalanathan ke pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.
Penyokong Barisan Nasional berarak mengiringi calon BN P. Kamalanathan ke pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.
AHLI Puteri Umno turut tidak ketinggalan membawa sepanduk untuk memeriahkan sokongan ketika hari penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. - Foto Berita Harian
Ahli Puteri Umno turut tidak ketinggalan membawa sepanduk untuk memeriahkan sokongan ketika hari penamaan calon. Ini yang buat aku getik nak join sama dalam Puteri Umno. Nasib baik masa tidak mengizinkan, kalau tidak dapat buat b#n# no.2 atau 3...... Nasib.....nasib.........dah tak ada rezeki.
CALON Parti Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim bersama isteri hadir ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. Turut kelihatan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Calon Parti Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim bersama isteri hadir ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. Turut kelihatan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
CALON Barisan Nasional, P Kamalanathan bersama isterinya S Sobana selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
Calon Barisan Nasional, P Kamalanathan bersama isterinya S Sobana selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
CALON Bebas, Johan Mohd Diah berjabat tangan dengan anggota keselamatan ketika keluar dari Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
Calon Bebas, Johan Mohd Diah berjabat tangan dengan anggota keselamatan ketika keluar dari Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
MARAH:  J Anuraadhaa tidak dibenarkan masuk ke dewan kerana tempoh pencalonan sudah berakhir pada 10 pagi. Beliau tiba di dewan pada jam 10.10 pagi. - Foto Effendy Rashid
Marah : J Anuraadhaa tidak dibenarkan masuk ke dewan kerana tempoh pencalonan sudah berakhir pada 10 pagi. Beliau tiba di dewan pada jam 10.10 pagi.
CALON Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dari kiri P.Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (BEBAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Vs Chandran (BEBAS) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
CALON Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dari kiri P.Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (BEBAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Vs Chandran (BEBAS) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (dua dari kanan) selepas pengumuman pencalonannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri). Turut hadir,  Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kanan) dan Dr Tan Seng Giaw (kiri) di Dewan Komuniti, Serendah, baru-baru ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (dua dari kanan) selepas pengumuman pencalonannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri). Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kanan) dan Dr Tan Seng Giaw (kiri) di Dewan Komuniti, Serendah, baru-baru ini.
Gambar-gambar bagaimana salahguna kuasa telah dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn sebelum penamaan calon berlaku dengan SPR hanya menutup mata.
ORANG ramai yang hadir ke Majlis Pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dan Sumbangan Pelajar-Pelajar Cemerlang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks JKKR Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Yazit Razali
ORANG ramai yang hadir ke Majlis Pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dan Sumbangan Pelajar-Pelajar Cemerlang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks JKKR Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, baru-baru ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak cuba menebar roti canai sambil diperhatikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kiri) bersama peniaga roti canai, Zulkifli Ismail 50, (kanan) dan Abdul Roni Jusof 55, (dua dari kanan) ketika hadir melawat majlis kenduri kahwin di Felda Sungai Tengi Selatan, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
Najib Razak cuba menebar roti canai sambil diperhatikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kiri) bersama peniaga roti canai, Zulkifli Ismail 50, (kanan) dan Abdul Roni Jusof 55, (dua dari kanan) ketika hadir melawat majlis kenduri kahwin di Felda Sungai Tengi Selatan, baru-baru ini.
LAUNGAN slogan 1 Malaysia oleh belia Cina ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekan Kuala Kubu Bharu dalam lawatan sehari beliau ke kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Ghazali Bujang
Laungan slogan 1 Malaysia oleh belia Cina ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekan Kuala Kubu Bharu dalam lawatan sehari beliau ke kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya, Leow Teong Lai serta ahli MCA Kuala Kubu Bharu ketika sesi lawatan sehari di kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Ghazali Bujang
Najib Razak berbual bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya, Leow Teong Lai serta ahli MCA Kuala Kubu Bharu ketika sesi lawatan sehari di kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat model rumah yang akan dibangunkan sempena projek Perumahan Generasi Kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, baru-baru ini. - Foto Yazit Razali
Najib Razak melihat model rumah yang akan dibangunkan sempena projek Perumahan Generasi Kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin beramah mesra dengan pelajar Tadika Wawasan Gemilang, Unair Norazlan dan Syasya Nabihah Mohd Zamri (kanan) selepas melancarkan Majlis Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta Kementrian Pelajaran Malaysia di tadika berkenaan di Sungai Buaya, baru-baru ini. - Fotor Fariz Iswadi Ismail
Muhyiddin Mohd Yassin beramah mesra dengan pelajar Tadika Wawasan Gemilang, Unair Norazlan dan Syasya Nabihah Mohd Zamri (kanan) selepas melancarkan Majlis Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta Kementrian Pelajaran Malaysia di tadika berkenaan di Sungai Buaya, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
Muhyiddin Yassin menghadiri program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berbual bersama Datuk G Palanivel selepas Program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Kamal Ahmad
Muhyiddin Yassin ketika berbual bersama Datuk G Palanivel selepas Program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk ketika majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Sentosa, DUN Batang Kali. Turut hadir Adun Batang Kali, YB Isa Kassim dan Datuk G. Palanivel. - Foto Rosdan Wahid
Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk ketika majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Sentosa, DUN Batang Kali. Turut hadir Adun Batang Kali, YB Isa Kassim dan Datuk G. Palanivel.
MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) beramah mesra bersama Norsiah Tembai, 31, (kanan) pada Program Ramah Mesra Orang Asli @ 1 Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
Mohd Shafie Apdal (kiri) beramah mesra bersama Norsiah Tembai, 31, (kanan) pada Program Ramah Mesra Orang Asli @ 1 Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Hulu Selangor, baru-baru ini.
MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan sijil pendaftaran Koperasi 1 Hulu Selangor Berhad kepada Tok Batin Orang Asli Kampung Changkat Bintang sempena pelancaran Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor Berhad di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, baru-baru ini. - Foto Md Fuzi Abd Lateh
Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan sijil pendaftaran Koperasi 1 Hulu Selangor Berhad kepada Tok Batin Orang Asli Kampung Changkat Bintang sempena pelancaran Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor Berhad di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, baru-baru ini.
PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) cuba membuat apam balik dengan dibantu peniaga, Haizon Salim (tengah) ketika hadir beramah mesra bersama penduduk Pekan Rasa, Hulu Selangor, baru-baru ini. - Foto Abdullah Yusof
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) cuba membuat apam balik dengan dibantu peniaga, Haizon Salim (tengah) ketika hadir beramah mesra bersama penduduk Pekan Rasa, Hulu Selangor, baru-baru ini.
NOH (depan) meninjau kerja baik pulih bumbung di pangsapuri kos rendah Sri Rose 2, di Bukit Sentosa yang 70 peratus hampir siap, semalam.
Noh Omar (depan) meninjau kerja baik pulih bumbung di pangsapuri kos rendah Sri Rose 2, di Bukit Sentosa yang 70 peratus hampir siap, semalam.
MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (kanan) mencuba minuman ‘Ice blended’ ketika melawat tapak pameran Mini Maha 2010 Hulu Selangor. Turut hadir, Pengerusi FAMA, Datuk Badaruddin Amiruddin (kiri). - Foto Abdullah Yusof
Noh Omar (kanan) mencuba minuman ‘Ice blended’ ketika melawat tapak pameran Mini Maha 2010 Hulu Selangor. Turut hadir, Pengerusi FAMA, Datuk Badaruddin Amiruddin (kiri).
SAMY Vellu menerima rawatan di tangan dan kaki selepas tergelincir ketika berasak memasuki pusat penamaan calon. - Foto Azhar Mat Ganti
SAMY Vellu menerima rawatan di tangan dan kaki selepas tergelincir ketika berasak memasuki pusat penamaan calon. Hello Samy........ mana betul-betul sakit, hati sakit atau kaki sakit?
MESRA: Calon BN, P Kamalanathan bersama Timbalan Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor G Palanivel selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. - Foto Rosdan Wahid
MESRA: Calon BN, P Kamalanathan bersama Timbalan Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor G Palanivel selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Ini cerita ada betul ka.......
Kalau Pengerusi SPR ada maruah dan harga diri, beliau patut melepaskan jawatan setelah melihat dihadapan mata sendiri bagaimana Umno/Bn menyalahgunakan kuasa.......... ada berani ke.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular