Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 4 Mac 2013

Bukti Siapa Dalang Serangan Di Sabah... Sungguhku Tak Sangka...!!!!




Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11

MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
 
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

 Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari

Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

“Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya (Hrkh)


 

Ni.. Penceroboh L/Datu, Rupanya Tetamu UMNO

EDISI KANTOI TERBURAI! RAKAMAN GAMBAR PEMIMPIN UTAMA SULU HADIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 SEBAGAI TETAMU AGUNG JEMPUTAN KHAS TERSEBAR LUAS!

Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.

Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim. Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012. 
Diangkat dari Omak Kau 

Pencerobohan Di Lahat Datu: Ada kemungkinan Tun Dr Mahatihir Mohamad terlibat secara langtsung.

 
Pencerobohan di Lahad Datu: Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat secara langsungRisikan antarabangsa tidak menolak kemungkinan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat secara langsung dalam insiden pencerobohan yang berlaku di Lahat Datu dan Sandakan, Sabah. 

Sumber tersebut turut mengatakan bahawa perancangan 'menjual' Sabah kepada waris kesultanan Sulu telah lama diusahakan antara Tun Mahathir dan waris kesultanan Sulu.


Menurut sumber yang berpusat di Basilan, Kepulauan Sulu itu lagi, dana asing dipercayai dari Israel telah disalurkan kepada Mahathir sejak pemerintahan regim diktator Marcos bertujuan untuk memberi kerakyatan Malaysia kepada pendatang warga Filipina adalah asas kepada pencerobohan di Sabah. - Telavinews   Diangkat dari http://kerajaanrakyat.blogspot.com
























 
Media Filipina dedahkan Najib telah janjikan penempatan untuk Tentera Sulu di Sabah.. 

Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar.. Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.
Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan ~ sila baca di ( SINI )
 
Mengapa Sultan Sulu Ceroboh Sabah?

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..
Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..
Manila Bulletin
































 

Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya.. Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu.. ini gambarnya.. (IH)Sumber
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular