Translate

Selasa, 5 Mac 2013

Baru Semalam Disiarkan Dalang Serangan Di Sabah, Tiba-Tiba Berita Itu Lenyap. Kenapa Ya....!!!!!



Laporan yang disiarkan oleh portal berita on-line iaitu Manila Bulletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyiarkan janji Najib kepada Tentera Sultan Sulu yang kini menceroboh Sabah didapati telah dipadam.

Laporan tersebut dengan tajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia” telah disiarkan pada 21 Febuari lalu. Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. "Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri. Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman. Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari. Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar untuk menuntut janji itu dan beliau meminta perkara ini diselesaikan secara aman.  Dan kini jika hanya paparan di bawah terpapar apabila kita cuba mengakses berita tersebut.
Manila Bulletin

-anaksungaidehaka 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular