Translate

Memaparkan catatan dengan label Krisis Kesultanan Sulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Kesultanan Sulu. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mac 2013

Majlis Syura PAS: Ambil Iktibar Insiden Lahad Datu.

Majlis Syura Ulamak PAS mahu semua pihak mengambil iktibar dengan insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh mengharapkan, insiden seperti itu sebolehnya tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan kerajaan Malaysia perlu memastikan kawalan keselamatan negara pada tahap terbaik.

"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada  dari dalam mahupun luar negara.

"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.

Pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah sejak sebulan lalu telah menyaksikan lapan anggota polis terkorban ditangan kumpulan tersebut.

Di pihak penceroboh bersenjata itu pula, seramai 54 orang mati di tangan anggota keselamatan manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Dalam pada itu, Majlis Syura Ulamak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dan menganggap mereka wira negara.

"Kita memandang serius peristiwa Lahad Datu dan merakamkan doa dan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa," kata Zawawi. Sumber

Ahad, 10 Mac 2013

Wartawan Tersua Lelaki Bersenjata Di Zon Merah.


Petugas media terserempak dengan satu individu bersenjata ketika memasuki "zon merah" dalam kawasan Kampung Tanjung Labian yang menjadi kawasan operasi pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata.

Kumpulan petugas media berkenaan mengunjungi kawasan tersebut yang disangka selamat memandangkan satu sekatan polis yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung tersebut tidak dikawal.

Jurugambar The Star Normiemie Duin berkata mereka menyangka demikian apabila melihat penduduk bermotosikal keluar dari kampung berkenaan dan sekatan itu juga tidak dikawal.

Dua kenderaan membawa jurukamera tersebut terpisah sebai memasuki kampung berkenaan.

Normiemie berkata, beliau secara tiba-tiba terlihat satu individu berpakaian gelap dan bersenjata raifal sedang bersembunyi di sebalik pohon kelapa sawit.

Beliau segera tunduk dan meletakkan kameranya kerana bimbang individu tersebut menyangka kameranya satu senjata.

Lelaki bersenjata itu juga merebahkan badan ke tanah manakala pemandu kenderaan, wartawan TV Al-Hijrah Senieffa Mushtadfa Albakry, berpatah balik dan memecut untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Beliau turut memberitahu rakannya, yang sedang merakam foto di kawasan berdekatan, untuk meninggalkan kawasan itu.

Rakannya itu turut meninggalkan kawasan berkenaan, katanya.

Normiemie berkata beliau pasti bahawa lelaki bersenjata itu bukan seorang anggota keselamatan.

Tambahnya, individu berkenaan tentunya akan memberhentikan mereka dan tidak bertindak sedemikian. Sumber

Sabtu, 9 Mac 2013

27 Lelaki Dalam Tiga Bot Ditahan Di Pantai Tanjung Batu.



Seramai 27 lelaki dalam tiga buah bot ditahan pagi ini di kawasan pantai Tanjung Batu, Lahad Datu berhampiran zon operasi di mana pasukan keselamatan melancarkan gerakan mengusir penceroboh Sulu,  kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONE"Kami telah menyerahkan mereka kepada Ibu Pejabat Polis 
Daerah Lahad Datu untuk siasatan.

"Kita tidak mahu sesiapa pun memasuki kawasan operasi. Ia akan menjejaskan operasi dan membahayakan nyawa," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Residence Sabahat, Lahad Datu, pagi ini.

Ismail berkata tidak jelas sama ada mereka cuba memasuki zon operasi atau meninggalkannya, dan polis masih menyiasat motif mereka.

Ismail berkata mereka yang mendakwa ingin menangkap ikan, ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu, dan menyerahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

map sabah lahad datuBagaimanapun, Ismail berkata, tiada senjata ditemui di dalam 
bot mereka. Beliau juga tidak mendedahkan kerakyatan mereka yang ditahan itu.

Dengan ini, jumlah tangkapan suspek berhubung krisis Sabah yang bermula 12 Februari lalu ialah 106 orang.

Dalam sempadan operasi yang terdiri daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, Ismail berkata tidak ada perkembangan baru selain daripada seorang penceroboh ditembak oleh oleh pasukan keselamatan pagi ini. Sumber

Khamis, 7 Mac 2013

Mayat Di Semporna Diperlakukan Dengan Kejam.



Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi.

semporna simunul 040313 blood
Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina.


Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis itu telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

"Pihak polis dihantar pasukan penyelamat untuk mengambil mayat wira-wira kita terkorban dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul, Semporna. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi tersebut.

"Mayat anggota polis yang terkorban itu ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," tambahnya..

NONEPolis menamakan enam anggota yang terkorban sebagai Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan bahawa ada mangsa dipenggal dan juga mata mereka dikorek keluar.



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merujuk kepada insiden tersebut dalam satu sidang akhbar pada hari Selasa dan menyifatkan tindakan penceroboh itu 'sebagai tidak Islamik'.

Insiden mengerikan itu juga dibangkitkan pada mesyuarat tengah malam antara Setiausaha Luar, Albert del Rosario dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada hari Isnin di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengeluarkan satu penjelasan semalam, bahawa del Rosario tidak melabelkan kumpulan Filipina itu sebagai "pengganas", tetapi mengakui kekejaman tersebut, jika benar, dianggap sebagai perbuatan "pengganas".

"Di Semporna, terdapat dakwaan tindakan keganasan. Seperti yang dilaporkan oleh menteri luar Malaysia, selepas pasukan polis terjebak dalam satu serangan hendap dan dibunuh, mayat mereka dipelakukan dengan kejam.

"Jika benar kekejaman ini dilakukan seperti yang dilaporkan kepadanya, kedua-dua setiausaha luar dan menteri luar itu bersetuju bahawa ini adalah tindakan keganasan," kata kenyataan itu. Sumber

Rabu, 6 Mac 2013

Ops Daulat Terus Buru Pengganas Di Lahad Datu.

Op Daulat terus buru pengganas di Lahad Datu


Hampir 20 minit jet pejuang F18 dan Hawk membedil sekitar Kampung Tanduo di timur Sabah hari ini selepas pasukan keselamatan bertekad tiada lagi pilihan setelah usaha penyelesaian tanpa pertumpahan darah isu pencerobohan pengganas Sulu ke atas wilayah berdaulat Malaysia selama 21 hari tidak mendatangkan hasil.
Hampir empat jam kemudian Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengumumkan Op Daulat melibatkan serangan udara dan darat 'menepati objektifnya'.
Beliau bagaimanapun sehingga lewat petang ini tidak mengumumkan bilangan musuh yang terbunuh, cedera atau ditangkap.
Reaksi spontan rakyat Malaysia pelbagai lapisan masyarakat menyokong tindakan Malaysia itu dalam menjaga kedaulatan negara.
Malah, ada yang mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai 'Sultan Sulu' untuk dibicarakan di negara ini
kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar misalnya berkata, desakan itu wajar kerana walaupun Jamalul Kiram III tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, dia boleh dianggap bersubahat berdasarkan sokongan yang ditunjukkan melalui beberapa kenyataannya.
Op Daulat yang dilancar pasukan polis dan tentera yang bermula seawal 7 pagi itu, kini diteruskan dengan gerak gempur melalui darat bagi memburu dan
menangkap anggota kumpulan pengganas dari Sulu yang menceroboh Lahad Datu.
Serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk itu, diikuti serangan mortar dan gerak gempur melalui darat.
Tiga letupan kuat diikuti beberapa letupan kecil didengari di kawasan itu selepas setengah jam bunyi jet pejuang memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.
Serangan pasukan keselamatan yang bertumpu di kawasan seluas empat kilometer Kampung Tanduo itu disifatkan Ismail sebagai berjaya mencapai objektif yang ditetapkan operasi itu.
Beliau berkata, sejak serangan dimulakan, pasukan keselamatan negara mendapat tentangan apabila pihak musuh melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan tentera.
"Tiada kecederaan atau kematian di pihak anggota keselamatan," katanya.
Kumpulan bersenjata dan berpakaian ala tentera itu yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu pada 12 Februari lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata kerajaan mesti mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya.
Ismail pada sidang akhbar pukul 4 petang ini berkata Op Daulat itu masih berjalan kerana polis percaya masih ada anggota kumpulan itu di kampung
berkenaan.
Tindakan susulan dan penggeledahan rumah ke rumah dijalankan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
Katanya, semangat dan moral pasukan keselamatan terus membara untuk menyelesaikan misi dengan jaya demi kedaulatan negara berkat sokongan dan
dorongan kuat rakyat Malaysia.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mod Zin pula berkata, selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera, seperkara lagi yang begitu
membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin antara pasukan polis dan tentera dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
Sementara itu, polis menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar dan membuat sebarang andaian mengenai operasi itu khususnya berkenaan jumlah
kematian atau mereka yang cedera.
"Berita-berita yang tidak tepat ini boleh jejaskan operasi yang sedang berjalan," katanya yang meminta orang ramai tidak perlu bimbang kerana serangan
dalam 'Op Daulat' itu hanya melibatkan Kampung Tanduo.
Ismail berkata, serangan ofensif itu perlu diambil pasukan keselamatan dalam mempertahan keselamatan negara dan memastikan keamanan dan ketenteraman di Sabah tidak tergugat.
- Bernama

Selasa, 5 Mac 2013

Benarkah Negara Kita Selamat?


Kalau difikirkan sedalam-dalam apa yang berlaku di Sabah sejak tiga minggu yang lepas dan hasilnya (kematian lapan orang anggota keselamatan) yang kita terima, kita sedang berada di dalam keadaan yang begitu ‘crucial’. Masalah bagi kita pula dalam menghadapi isu seperti ini, kita tidak dapat memberikan komen kerana pihak kerajaan akan menjawab yang isu keselamatan seperti ini bukannya orang awam seperti kita untuk membuat komen.


Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat berhak untuk memberikan komen-komen kerana negara ini adalah hak rakyat dan merasakan keresahan dengan tahap keselamatan negara kita yang tercinta ini. Rakyat yang begitu lantang mengkritik tentang kelalaian kerajaan tentang pendatang asing ini tidak digemari oleh mereka yang membawa masuk mereka (pendatang asing) ini dahulu.

Rakyat merasakan tindakan membawa masuk pendatang asing itu sebagai satu pengkhianatan kepada negara tidak disukai oleh pihak yang mahukan pendatang asing itu berada di sini kerana politik dan kepentingan peribadi mereka. Bak kata perpatah ‘sudah terantuk baru hendak mengadah’ itu benar-benar terjadi. Tidak salah lagi pandangan orang ramai yang tindakan pimpinan negara memberikan kad pengenalan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dahulu merupakan satu isu keselamatan kepada negara kita.

Pencerobohan yang dilakukan oleh pengikut Sultan Sulu itu adalah pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang kita kenali. Malahan ketua kumpulan penceroboh itu adalah anak menantu kepada salah seorang ketua cawangan UMNO di Sabah dan seorang lagi penceroboh itu adalah besan kepada seorang lagi ketua cawangan UMNO di Negeri Bawah Bayu itu.

Pasukan polis kita tidak pula kemampuan untuk berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini mungkin kerana tidak ada pengalaman berhadapan dengan situasi sebegini. Setakat ini PDRM hanya berpengalaman berhadapan dengan rakyat sendiri yang tidak berenjata seperti peserta rally Bersih dahulu sahaja. Kalau dengan rakyat sendiri yang lemah dan tidak bersenjata Polis kita menunjukan garang mereka yang hebat-hebat.

Penceroboh ini mungkin mempunyai kad pengenalan negara kita juga dan tempat mereka mendarat itu merupakan tempat yang mereka begitu ‘familiar’ dan bukannya tempat yang asing bagi mereka. Mereka begitu mengenali selok belok Lahat Datu, Kunak mahupun Semporna dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk bergerak secara mudah jika mereka melakukan pencerobohan.

Apabila ‘incursion’ ini berlaku satu perkara yang menjadi kehairanan bagi banyak orang awam yang memerlukan perlindungan pihak keselamatan kita bertanya, ‘kenapa Polis pula yang mengendalikan isu ini, kenapa tidak tentera kerana ini melibatkan ‘invasion’ orang asing dan kenapa begitu mudah nyawa anggota keselamatan kita melayang?’ Rakyat bertanya lagi kenapa tunggu sampai hampir tiga minggu untuk bertindak?

Apakah sebabnya begitu ramai anggota kita yang mati untuk berhadapan dengan hanya 200 orang penceroboh ke negara kita ini? Berapakah jumlah korban yang terpaksa kita alami jika seribu orang yang menceroboh? Secara matematiknya jika dua ratus orang penceroboh kita terpaksa mengorbankan 8 orang maka jika seribu orang yang menceroboh adakah kita terpaksa mengorbankan 40 orang?

Kenapa Najib tunjukkan sangat kenaifan beliau semasa memberikan sidang media tentang kematian anggota kita sedangkan beliau telah menjadi Menteri Pertahanan selama banyak tahun dulu? Kenapa Najib boleh berani bercakap yang anggota kita telah tertipu oleh musuh yang telah mengangkat bendera putih (menyerah) dan menembak anggota kita semasa anggota kita menghampiri mereka yang sudah mengangkat bendera putih itu?

Kata-kata Najib itu menampakkan sangat kenaifan beliau dan kata-kata beliau itu didengar oleh orang ramai, samada orang tempatan atau masyarakat antarabangsa. Tahukah Najib jika musuh itu yang mengangkat bendera putih adalah satu SOP (Standard Operation Procedure) yang pihak yang mengangkat bendera putih itu meletakkan senjata dan bergerak kepada pihak kita, bukannya kita yang bergerak kepada mereka?

Tetapi dalam kes ini Najib mengatakan yang anggota kita yang pergi menghampiri mereka yang mengangkat bendera putih itu. Bukankah ini membayangkan yang kita tidak mampu untuk memahami perkara yang mudah dan persoalannya bagaimana kita hendak mempertahankan negara kita jika kita diserang oleh musuh yang mempunyai senjata yang banyak dan bersama dengan persenjataan yang canggih?

Salahkah kita rakyat awam ini merasakan yang kita akan ‘crash even before taking off’ jika kita diserang oleh negara jiran yang mempunyai persenjataan yang canggih? Jika kita tidak tahu untuk mengendalikan kumpulan musuh yang menyerah diri bagaimanakah pihak kita hendak berperang dalam peperangan yang besar jika ia berlaku kepada negara kita?

Sekarang baru kita sedar yang selama ini pihak musuh telah bersedia untuk melakukan serangan terhadap negara kita dan kelalaian kita selama ini tidak membolehkan kita menyalahkan pihak mana-mana selain dari menyalahkan diri kita sendiri. Walaupun ramai rakyat merasakan yang mereka tidak mempunyai tahap keselamatan yang kukuh, tetapi kita setiap hari dijanjikan dengan jaminan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik oleh pimpinan kita.

Sesungguhnya apa yang dirasakan oleh ramai rakyat kita selama ini sudah kita rasakan sekarang ini. Kita tidak mempunyai tahap keselamatan yang sebenarnya. Itulah sebabnya jika orang ramai mengkritik tentang bahayanya di sempadan negara itu jangan dituduh rakyat dipergunakan oleh pihak lain kerana politik. Sekarang jelas isu rakyat Sabah yang mempunyai dua kad pengenalan ini benar-benar memakan diri kita sendiri. Jika rakyat asal sendiri mempunyau perasaan tidak sayang kepada negara kita masakan kita boleh menyandar harapan kita kepada pendatang yang kita berikan kad pengenalan itu?

Sekarang semua pihak yang bertanggungjawab cuba mengelak dari mengambil ‘accountability’ terhadap kelalaian pimpinan selama ini. Mereka yang bertanggungjawab hanya bermain politik dan menuduh Ketua Pembangkang yang mendalangi pencerobohan ini dengan mengambil kononnya ada laporan yang diterima dari pihak asing, khususnya di Filipina.

Pihak kerajaan hari ini menggunakan kesalahan sendiri untuk mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak pembangkang dan mereka masih ada masa untuk bermain politik kotor semasa kita sedang menunggu kedatangan pilihanraya umum ini.

Itulah sebabnya kita sepatutnya tidak memberikan keyakinan kepada mereka yang bercakap bergegar-gegar dan mereka yang siang malam mencium keris untuk menunjukkan kepahlawanan mereka sedangkan sekarang terbukti yang selama ini kita ditadbir oleh ‘faked leadership’ yang penuh dengan kepalsuan dan kekeliruan.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah sekarang ini akan membawa implikasi yang besar jika kita tidak mengendalikannya dengan betul. Kita tidak boleh lagi leka mendengar janji-janji keselamatan untuk kita lagi. Kita sendiri wajar melakukan usaha keselamatan ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Demi Maruah Konon, Apa Cerita Di Memali Dan Sauk?????

  • Demi maruah, kenapa berlaku pembunuhan penduduk Memali yang memiliki parang, cangkul dan buluh, barang kegunaan orang kampung.
  • Demi maruah, bagaimana peristiwa di Sauk dilakonkan semula oleh kerajaan Mahathir menunjukkan demo tentang rampasan bertan-tan senjata dengan 3 buah Pajero sahaja.
  • Demi maruah, dimana perginya kapal selam yang berpengkalan di Sabah.
  • Demi maruah, kenapa polis mengambil tugas tentera.
  • Demi maruah, kenapa sembunyikan peralatan tentera atau memang tentera masih memiliki senjata terpakai.
  • Demi maruah, jika begini keadaannya Singapura yang kecil boleh menakluki negara.
  • Demi maruah, mana senjata-senjata yang dibeli sejak Umno memerintah selama 55 tahun.
  • Demi maruah, kemana perginya peruntukkan setiap tahun yang diumumkan pada setiap kali bajet.
  • Demi maruah, berapa puluh bilion peruntukkan tentera yang disonglap oleh ahli politik.
  • Demi maruah, Malaysia pimpinan Umno adalah negara yang paling teruk didunia kerana jika berlaku dinegara yang berdaulat pasti pada hari pertama dah diperangi para penceroboh.
  • Demi maruah, kerajaan seperti menyembunyikan sesuatu yang amat rahsia.
  • Demi maruah, penceroboh bersenjata dibawa berunding tetapi rakyat sendiri didera, dipukul dan dibunuh tanpa belah kasihan.
  • Demi maruah, sebenarnya kerajaan yang diperintah oleh Umno memang tiada maruah.

Berikut adalah kenyataan penuh perdana menteri pagi ini:

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman  tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
    
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
    
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak. 
    
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
    
Kerajaan  mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan  telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Baru Semalam Disiarkan Dalang Serangan Di Sabah, Tiba-Tiba Berita Itu Lenyap. Kenapa Ya....!!!!!



Laporan yang disiarkan oleh portal berita on-line iaitu Manila Bulletin Publishing Corporation (mb.com.ph) menyiarkan janji Najib kepada Tentera Sultan Sulu yang kini menceroboh Sabah didapati telah dipadam.

Laporan tersebut dengan tajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia” telah disiarkan pada 21 Febuari lalu. Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. "Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri. Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman. Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari. Nur Misuari juga mendakwa Agbimuddin Kiram ke Sabah kerana tidak sabar untuk menuntut janji itu dan beliau meminta perkara ini diselesaikan secara aman.  Dan kini jika hanya paparan di bawah terpapar apabila kita cuba mengakses berita tersebut.
Manila Bulletin

-anaksungaidehaka 

Isnin, 4 Mac 2013

Bukti Siapa Dalang Serangan Di Sabah... Sungguhku Tak Sangka...!!!!




Gambar Esmail Kiram 11 dengan Najib dalam satu majlis...dari facebook Esmail D. Kiram 11

MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.
 
Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

 Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari (gambar).

Laporan penuh artikel yang ditulis oleh Edd K.Usman boleh dibaca di sini.

http://www.mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTN41nySDDE

Penafian Misuari

Sementara itu media yang sama melaporkan, Sabtu lepas ketika bercakap di Davao City, Nur Misuari menafikan penglibatan beliau dengan apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Misuari menafikan penglibatan ini ketika pertemuan lewat malam dengan Timbalan Datuk Bandar Davao City, Rodrigo Duterte di Hotel Royal Mandaya Sabtu, 2 Mac lepas.

"Mereka mendakwa saya memberikan semangat," kata Misuari disamping mendakwa beliau memberikan bantuan kewangan kepada kumpulan Kiram ini.

“Saya bersama isteri hampir sebulan di Afrika, Malayo kami," kata Misuari semasa pertemuan tersebut.

Lagipun, katanya, dia tidak mempunyai wang untuk membantu mereka. "Di mana saya nak dapatkan wang itu membantu mereka," tambahnya (Hrkh)


 

Ni.. Penceroboh L/Datu, Rupanya Tetamu UMNO

EDISI KANTOI TERBURAI! RAKAMAN GAMBAR PEMIMPIN UTAMA SULU HADIR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 SEBAGAI TETAMU AGUNG JEMPUTAN KHAS TERSEBAR LUAS!

Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.

Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim. Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012. 
Diangkat dari Omak Kau 

Pencerobohan Di Lahat Datu: Ada kemungkinan Tun Dr Mahatihir Mohamad terlibat secara langtsung.

 
Pencerobohan di Lahad Datu: Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat secara langsungRisikan antarabangsa tidak menolak kemungkinan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad terlibat secara langsung dalam insiden pencerobohan yang berlaku di Lahat Datu dan Sandakan, Sabah. 

Sumber tersebut turut mengatakan bahawa perancangan 'menjual' Sabah kepada waris kesultanan Sulu telah lama diusahakan antara Tun Mahathir dan waris kesultanan Sulu.


Menurut sumber yang berpusat di Basilan, Kepulauan Sulu itu lagi, dana asing dipercayai dari Israel telah disalurkan kepada Mahathir sejak pemerintahan regim diktator Marcos bertujuan untuk memberi kerakyatan Malaysia kepada pendatang warga Filipina adalah asas kepada pencerobohan di Sabah. - Telavinews   Diangkat dari http://kerajaanrakyat.blogspot.com
























 
Media Filipina dedahkan Najib telah janjikan penempatan untuk Tentera Sulu di Sabah.. 

Laporan dari portal berita Filipina, Inquirer News yang melaporkan seperti perkara di atas digunakan oleh Blogger Pro UMNO untuk mengaitkan pertumpahan darah di Sabah dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dan laporan dari Blogger Pro UMNO itu telah dipetik pula oleh Utusan Malaysia untuk menimbulkan persepsi buruk masyarakat Melayu yang membaca Utusan terhadap Anwar.. Seterusnya pula TV3 memetik pula apa yang disiarkan oleh Utusan yang menyebut laporan media Filipina kononnya memetik sumber risikan mendapati ada pihak tertentu yang dikatakan rapat dengan Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari.
Fitnah ini menyebabkan Anwar benar-benar kecewa dan beliau bercadang untuk memfailkan saman sekali lagi terhadap Utusan ~ sila baca di ( SINI )
 
Mengapa Sultan Sulu Ceroboh Sabah?

Ini pula adalah satu lagi laporan dari portal berita Filipina yang disiarkan pada 21 Februari 2013 yang mendedahkan antara sebab mengapa Tentera Sultan Sulu menceroboh Sabah..
Manila Bulletin memetik kenyataan oleh Nur Misuari , pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang mendakwa Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ada menjanjikan tanah atau penempatan di Sabah kepada tentera Sultan Sulu..
Manila Bulletin
































 

Jadi.. bukanlah satu perkara yang menghairankan lagi kini mengapa Tentera Sultan Sulu yang lengkap bersenjata itu boleh melepasi kawalan di perairan negara oleh TLDM, APMM dan Polis Marin..

Mereka datang untuk menuntut perkara yang dijanjikan terhadap mereka oleh Presiden UMNO rupanya.. Patutlah sepupu Najib yang jadi Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien sendiri mengistiharkan mereka bukan pengganas..

Selain itu perlu juga kita tahu bahawa pemimpin-pemimpin Sulu adalah jemputan Khas ke Persidangan Agung UMNO pada tahun 2012 yang lalu.. ini gambarnya.. (IH)Sumber

Jumaat, 22 Februari 2013

Pencerobohan Lahad Datu, Apa Kata Penduduk.


Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat. 

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup. 

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung. 

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia. Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular