Translate

Selasa, 5 Mac 2013

Demi Maruah Konon, Apa Cerita Di Memali Dan Sauk?????

  • Demi maruah, kenapa berlaku pembunuhan penduduk Memali yang memiliki parang, cangkul dan buluh, barang kegunaan orang kampung.
  • Demi maruah, bagaimana peristiwa di Sauk dilakonkan semula oleh kerajaan Mahathir menunjukkan demo tentang rampasan bertan-tan senjata dengan 3 buah Pajero sahaja.
  • Demi maruah, dimana perginya kapal selam yang berpengkalan di Sabah.
  • Demi maruah, kenapa polis mengambil tugas tentera.
  • Demi maruah, kenapa sembunyikan peralatan tentera atau memang tentera masih memiliki senjata terpakai.
  • Demi maruah, jika begini keadaannya Singapura yang kecil boleh menakluki negara.
  • Demi maruah, mana senjata-senjata yang dibeli sejak Umno memerintah selama 55 tahun.
  • Demi maruah, kemana perginya peruntukkan setiap tahun yang diumumkan pada setiap kali bajet.
  • Demi maruah, berapa puluh bilion peruntukkan tentera yang disonglap oleh ahli politik.
  • Demi maruah, Malaysia pimpinan Umno adalah negara yang paling teruk didunia kerana jika berlaku dinegara yang berdaulat pasti pada hari pertama dah diperangi para penceroboh.
  • Demi maruah, kerajaan seperti menyembunyikan sesuatu yang amat rahsia.
  • Demi maruah, penceroboh bersenjata dibawa berunding tetapi rakyat sendiri didera, dipukul dan dibunuh tanpa belah kasihan.
  • Demi maruah, sebenarnya kerajaan yang diperintah oleh Umno memang tiada maruah.

Berikut adalah kenyataan penuh perdana menteri pagi ini:

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman  tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
    
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
    
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak. 
    
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
    
Kerajaan  mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan  telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Demi maruah,cakap sajalah yang drama ini tak ikut skrip yang disediakan. Dah melambak kenyataan2 dan gambar2 keakraban Umno dengan pemimpin2 penceroboh tersebar di internet, nak cerita tentang maruah. Nampaknya mykad2 yang dah siap tu terpaksa dibuang ke laut Sulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular