Translate

Jumaat, 2 Oktober 2009

Bagan Pinang : Tentera Patut Undi


ATM masih lagi bersih jika hendak dibandingkan dengan PDRM, SPRM, SPR dan beberapa lagi agensi kerajaan yang lain. Memandangkan ATM adalah dibawah Yang DiPertuan Agong maka biarkan kedudukkannya dipertahankan.

Bila melibatkan pengundi pos, rakyat Malaysia akan memandang kepada anggota tentera sebagai benteng rakyat Malaysia yang masih lagi bersih. Kerana itulah kerajaan meminggirkan anggota tentera. Oleh sebab rakyat lebih menghormati anggota tentera berbanding daripada agensi lain maka undi tentera adalah satu ancaman untuk masa depan politik mereka.

Anggota tentera adalah anak tiri kepada kerajaan Barisan Nasional kerana Polis Di Raja Malaysia adalah anak emasnya. dari segi layanan pun mereka dilayan sebagai pasukan beruniform kelas kedua. Apa sahaja tuntutan daripada PDRM akan dipenuhi dan anggota tentera dipinggirkan. Walau bagaimana pun masih ramai anggota PDRM yang bersimpati kepada pembangkang.

Memangkan anggota tentera diberi hak untuk memilih siapa yang mereka sokong maka ada tekanan daripada Umno untuk menafikan hak mereka.. Cukuplah dengan PDRM, SPRM dan SPR diperkudakan oleh Umno-Bn. Rakyat Malaysia masih menghormati Angkatan Tentera Malaysia jika dibandingkan dengan Polis Di Raja Malaysia.

Ada juga cerita-cerita dibelakang tabir yang mengatakan bahawa kertas-kertas undi mereka tidak sampai ketangan anggota tentera/polis yang dilihat bersimpati kepada pembangkang. Bagi yang bersimpati kepada pembangkang,  kertas undi tersebut banyak yang tidak sampai ke tangan mereka tetapi telah dipangkah oleh pihak atasan yang menjadi talibarut Umno.

Kerana itulah pihak Pakatan Rakyat cukup meragui akan ketelusan undi tersebut, dan sekiranya sampai pu ketangan anggota tentera, ianya akan disemak. Sekiranya undi tersebut berpihak kepada pembangkan, undi tersebut akan dirosakkan.

Kepada perwira negara, usahlah anda gentar dengan ugutan-ugutan yang diberikan oleh Umno dan juga pihak atasan. Kerana rezeki yang saudara dapat itu adalah daripada Allah sw.t. yang disalurkan melalui rakyat dan kemudian disalurkan pula oleh pihak yang memerintah.

Apakah Umno-Bn boleh mengaku yang gaji tersebut dibayar oleh mereka. Jangan kata nak bagi, kalau boleh duit kat tangan anggota tentera/polis pun mereka mahu rampas. Kerana itulah calon mereka pun adalah seorang perasuah besar.

Calon mereka bukan boleh ditarifkan sebagai ikan bilis tetapi adalah bapak segala naga dalam rasuah.  Orang-orang seperti ini patut dilenyapkan dari arena politik kerana jika Umno di menangkan, negara akan berada didalam bahaya. Sudah sampai masanya anggota tentera dilayan sebagai pasukan kelas pertama.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular