Translate

Jumaat, 12 Februari 2010

Kerana Terlalu Lama Berada Di Kayangan, Umno Semakin Angkuh.





Semakin lama semakin angkuh, itulah kata-kata yang sesuai buat Umno yang terlalu lama diberi tampuk pemerintahan. Mereka merasakan bahawa banyak berjasa kepada rakyat diatas pembangunan yang telah dilakukan. Jika boleh, mereka ingin menjadi Raja di Malaysia yang secara teorinya mereka sudah melakukannya. Cuma mereka tidak ditabalkan sahaja sebagai Raja sebenar.

Keangkuhan Umno semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan Umno yang ada sekarang ini bukan Umno atau Pekembar yang ditubuhkan pada tahun 1946. Merekalah Raja segala Raja di dibumi Malaysia atau Malaya atau Tanah Melayu atau pun Semenanjung Emas. Ditambah pula dengan kemenangan mereka di Mahkamah Rayuan berhubung pertikaian siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah.

Tiada Mahkamah yang dapat mengungkai kekebalan mereka, hatta Raja-Raja Melayu pun boleh didakwa di Mahkamah Khas.Sebab itulah tiada Mahkamah yang berani memberi keputusan yang tidak memihak kepada Umno. Jika ada yang mempertikaikannya, alasan yang diberi ialah tiada orang siapa yang kebal dari undang-undang. Dan mereka akan berkata............. lihatlah bagaimana pemimpin berprofail tinggi pun didakwa seperti Tan Sri Kasitah, seorang menteri penuh. 

Realitinya, pemimpin-peminpin yang didakwa ialah pemimpin yang sudah tidak diingini lagi. Kerana itulah mereka didakwa, itulah dakwaan para pemimpin Umno. Jika hendak mengharapkan Peguam Negara untuk mendakwa pemimpin Umno, simpan sahajalah hasrat hati itu. Walau sebanyak mana bukti dibawa yang boleh mensabitkan para pemimpin Umno, pasti bukti-bukti tersebut akan dibangkul sampahkan. Jika dirujuk kepada undang-undang, Peguam Negara mempunyai kuasa yang cukup besar kerana hanya Peguam Negara yang boleh membawa Perdana Menteri ke muka pengadilan.

Jika Peguam Negara sendiri pun duduk bersekongkol dengan para pemimpin Umno , apa yang rakyat boleh katakan........... Umnolah Raja di Malaysia. Lihatlah bagaimana satu kes video seks yang melibatkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari MIC, walau pun sudah cukup bukti untuk mendakwa Timbalan Speaker tetapi atas arahan Peguam Negaralah pita video seks tersebut dibakar. Kejadian tersebut berlaku semasa rejim Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kerana itulah kita tidak menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi kes Menteri Besar Perak. Kita tidak hairan langsung jika kalah tetapi kita akan cukup-cukup hairan jika kita memenangi kes tersebut. Itulah bukti bagaimana badan kehakiman telah dilacur dan diliwat secara beramai-ramai oleh Umno. Apabila kita menghentam kerajaan Umno/Bn, pasti juak-juak mereka yang mendapat seratus dua akan berkata.......... apakah Umno tidak melalukan apa-apa.......... pembangunan yang ada sekarang ini, pembangkang ke yang buat.......... apa pemimpin PAS boleh bagi kat penyokongnya, masuk syurga.......... apa kerajaan PAS Kelantan lakukan selama 20 tahun memerintah.......... pembangunan yang ada kat Kelantan itu pun kerajaan pusat yang bagi.......... dan bla bla bla bla.......... para juak-juak Umno berhujah.

Sebenarnya apa yang mereka hujahkan itu menunjukkan bagaimana dangkalnya akal mereka tentang politik. Apakah mereka merasakan pembangunan yang ada sekarang ini adalah menggunakan duit mak bapak mereka. Parti mana pun yang memegang pemerintahan pusat, wajib menyalurkan bantuan kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memerintah negeri tersebut. Jika mereka tidak menyalurkan bantuan tersebut, maka kerajaan pusat tidak berhak mengenakan cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai jalan, cukai export, cukai import dan apa jenis cukai tok nenek terhadap rakyat negeri tersebut.
Andainya kerajaan Umno/Bn menyatakan bahawa rakyat dinegeri yang diperintah oleh pembangkang tidak dikenakan segala cukai kerana kerajaan negeri tersebut akan menguruskan kewangan mereka sendiri. Jika benar-benar berlaku, kita pasti orang Umnolah yang pertama-tama akan mengaku yang mereka adalah rakyat negeri tersebut............... jika tidak percaya.............. cubalah buat!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular