Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 6 April 2010

Apa Pasal Mahaguru Tulang Besi Melalak Kat Singapura.

Dalam masa jemaah PAS sedang bertungkuslumus mempertahankan TGNA dan PAS Kelantan, tak pasal-pasal Mahaguru dok melalak kat Singapura. Dah tak ada lagi fitnah untuk dilemparkan kepada PAS. Yang hang dok susah-susah menjaja cerita tentang Singapura, apa pasal.

Dah buang tabiat ke, atau saja nak test ilmu Laduni yang hang dapat dari Lombok. Mungkin juga untuk melihat boleh ke ilmu tersebut sampai kat peringkat antarabangsa. Sebagai permulaan, hang test negara yang dekat dengan Malaysia dulu, iaitu Singapura.

Oleh jerana ilmu tersebut dapat kat Indonesia, maka hang tak bolehlah nak test kat Indonesia pasal takut dikejar dengan buluh runcing gayang Malaysia. Mengikut perkiraan Mahaguru Tulang Besi, ianya tidak molek ilmu Laduni beliau dilakukan kat Indonesia, pasal takut nanti orang kata lawan taukeh pulak.

Jika mengikut perkiraan Mahaguru Tulang Besi, apa yang berlaku di Kelantan adalah fitnah (kerana tiada individu yang disebut oleh Kickdefella) jadi berliau terpaksa berdiam diri kerana jawapan daripada beliau pun berunsur fitnah juga.

Jadi mengikut ilmu Laduni Mahaguru Tulang Besi yang telah sampai tahap wali, tidak moleklah perkara fitnah dijawab dengan fitnah juga. Mana boleh fitnah lawan fitnah, apatah lagi mereka pula adalah adik beradik berlainan bapa dan ibu, jawabnya tak ngamlah untuk bernalah. Jalan terbaik bagi Mahaguru Tulang Besi ialah berdiam diri.

Walau pun mulut dan tangan memang terasa amat gatal untuk menulis berita-berita fitnah, terpaksalah Mahaguru Tulang Besi berpuasa sunat. Antara sebab yang terbesar, takut-takut ilmu Laduni yang beliau miliki secara tiba-tiba akan hilang secara tiba-tiba juga............ Nasib kamulah labu.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular