Translate

Selasa, 6 April 2010

Hulu Selangor Akan Bermandi Dengan Mod Cek.

Semasa pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, surau dan masjid-masjid telah dijanjikan dengan peruntukkan yang disampaikan oleh One Malaysia. Apabila mereka pergi untuk menunaikannya, seorang pegawai memberitahu tabung tersebut sebenarnya tidak wujud.

Dan yang terakhir berlaku di Terengganu bila akhbar dan media pencacai memaparkan gambar One Malaysia menghulurkan mod cek antara yang terbesar, wang pembayaran hasil minyak bernilai lebih RM 400 juta. Bukan main tersenggeh Mat Said menerimanya tapi sampai sekarang wang tersebut tidak dapat.

Sekarang ini pasti 'Tipah Tertipu Lagi Bang', akan berlaku kat Hulu Selangor pulak. Tidak tahu berapa banyak lagi mod cek yang akan dihulurkan oleh timbalan One Malaysia untuk rakyat Hulu Selangor.

Jentera-jentera berat sudah mula memasuki Hulu Selangor bila mendengar kematian MPnya. Projek-projek 'Mee Segera' mula menbanjiri Hulu Selangor dengan SPR hanya memejamkan mata sahaja. Buat penduduk Hulu Selangor, jika ada keinginan untuk membeli tilam baru, simpan dahulu niat itu kerana nanti ada tilam yang akan dilelong.


Inilah masanya syarikat percetakkan untuk membuat duit dan tidak berkecuali bagi penduduk Hulu Selangor menjadikan kediaman mereka untuk disewa. Hang letaklah tinggi-tinggi sewa rumah dan pastikan sewa daripada Umno mesti diambil dahulu, jika tidak jangan diharap Umno akan membayar selepas PRK.


Jika si Bapak kaki penipu, apatah lagi anak-anak buah mereka yang di ibaratkan .Bapak Borek Anak Rentik'. Depa bagi jangan ditolak, tapi undi pandai-pandai fikir yang mana terbaik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular