Translate

Isnin, 5 April 2010

Kickdefella ; Inilah Yang Dikatakan Penulis Upahan.

DAHULU.....

Selamatkan Tok Guru

Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis.

Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bercadang ke Mekah pada tahun ini. Memang tiada perancangan tetapi Tuan Guru yang kita sayangi telah dipujuk oleh Menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman untuk ke Mekah kerana Ariff bercadang ke Mekah pada tahun ini.

Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.

Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang mengejutkan bila Tuan Guru yang ikhlas itu mengaku kepada wartawan pada 10 November 2009 bahawa memang benar kepergiannya di taja oleh orang luar.

Sekali lagi saya menyeru kepada Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sekarang, seperti yang pernah saya nasihatkan kepadanya, “anta sudah banyak mencemarkan nama baik Tok Guru, cukuplah.”

Kenapa mesti Kafir Quraisy yang terpaksa memimpin Tuan Guru supaya keluar dari kontroversi. Di mana dia yang kasih dan sayang pada Tuan Guru kita?

SEKARANG......

Nik Aziz Berbohong.

Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.

Dengan ini saya buat kali kedua mencabar Nik Abdul Aziz mengarahkan Kerajaan Negeri mengeluarkan senarai kesemua syarikat yang telah menerima tanah balak dan tanah hutan simpan untuk tujuan perladangan dan pertanian di Negeri Kelantan sejak 1990 hingga sekarang, bagi membuktikan beliau tidak ada menyembunyikan sesuatu yang berkaitan dengan dakwaan saya bahawa PAS Negeri Kelantan dibawah pentadbirannya beramal dengan rasuah dalam bentuk ‘derma’ dan kronisme.

Tidak salah jika saya menyatakan yang blogger Kickdefella adalah penulis upahan yang akan mengikut sahaja apa yang diperintahkan kepada beliau. Jika dahulu bukan main lagi sanjungan yang beliau berikan kepada TGNA, tetapi sekarang ianya sudah menjadi satu dendam yang teramat sangat dihati beliau......... kenapa ya.

Disini kita boleh menilai akan sifat sebenar beliau membawa kebenaran dalam penulisannya. Kenapa beliau tidak mendedahkannya dahulu, kenapa sekarang. Jika benar ada salahguna kuasa, kenapa tidak melaporkan kepada SPRM. Agensi kerajaan yang cukup suka dan cinta kepada PAS dan pembangkang. Jangan kata buat lapuran, baru dengar khabar-khabar berangin, mereka dah tercegat kat pintu pejabat..

Sedangkan kickdefella cukup arif tentang undang-undang di Malaysia mengalah peguam dan hakim. Tengoklah bagaimana beliau mengulas tentang Pemangku dan Sultan Kelantan. Undang-undang di Malaysia bagaikan duduk dalam poket beliau. Jika beliau cukup bukti, buat saja laporan kat SPRM atau PDRM. Takkanlah dua agenci tersebut cukup takut untuk buat siasatan terhadap TGNA dan kerajaan PAS Kelantan.

Yang menjadi kemuskyilannya, dimana perginya hulubalang-hulubalang dalam mempertahankan TGNA dan kerajaan PAS Kelantan. Atau pun kejantangan mereka sudah hilang untuk mempertahankan TGNA, ataupun masih belum tamat usrah yang diberikan oleh T13 dan Pas Reform.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular