Translate

Selasa, 6 April 2010

Kickdefella + TF13 + Pas Reform = Adik-Beradik.

'Kita tidak baca hati orang, kita baca perbuatan orang', kata-kata Mahaguru Tulang Besi. Kita membaca artikel daripada Kickdefella berkaitan dengan serangan yang dilakukan oleh beliau terhadap TGNA. Oleh kerana mengikut kata-kata Mahaguru Tulang Besi, maka kita boleh menilai betapa dendam yang teramat sangat Kickdefella kepada TGNA.

Sebagaimana dendamnya kumpulan yang mengelar diri mereka TF 13 dan Pas Reform terhadap jemaah PAS yang mereka namakan Puak UG atau Puak Terengganu. Lebih-lebih lagi terhadap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Semua perkara yang dilakukan adalah tidak betul 1000 %, dan yang kecil akan dibesar-besarkan sampai tiada ruang untuk bernafas.

Apabila Kickdefella menghentam sehebat-hebatnya TGNA, puak TF 13 dan Pas Reform akan berdiam diri. Begitu juga sebaliknya kerana mereka adalah adik beradik yang berlainan bapa dan ibu. Jika kemarahan Kickdefella kerana isu beliau ditamatkan kontraknya oleh PMBK, Mahaguru Tulang Besi pula disebabkan kerana tidak dilantik menjadi CEO anak syarikat kerajaan Selangor.

Apabila Mahaguru Tulang Besi ditanya tentang pemohonan beliau untuk dilantik sebagai CEO, alasan yang diberikan adalah kerana arahan jemaah. Betul ke itu adalah arahan jemaah, sedangkan keahliannya dalam PAS pun dipertikaikan kerana tidak membayar yuran keahlian RM 3 setahun. Semua orang tahu gaji CEO anak syarikat kerajaan Selangor mengalah gaji Menteri Besarnya sendiri.

Jika benar arahan jemaah, siapakah yang akan mendapat laba dengan perlantikkan Mahaguru Tulang Besi sebagai CEO. Adakah gaji beliau akan diserahkan kepada PAS atau PASTI, atau yang pastinya gaji tersebut akan masuk kekantung beliau 1000 %. Pasti gaji beliau tidak akan dikongsi dengan PAS dan PASTI jika sekarang pun beliau sedang mengutip derma untuk guamannya sendiri. 

Ini berpandukan kepada ajaran Mahaguru Tulang Besi, 'kita tidak baca hati orang, kita baca perbuatan orang'. Apa yang saya katakan ini adalah daripada ajarannya sendiri. Disebabkan kebijaksaannyalah, beliau layak mendapat gelaran Mahaguru yang mana tarafnya lebih tinggi dari Tok Guru. Dengan ilmu Laduni yang beliau miliki hasil daripada berulang alik ke Lombok, maka kemaksumnya usah dikatalah kerana itulah segala kata-katanya adalah benar sebenar-benarnya. 

Sekarang ini saudara beliau, Kickdefella sedang menyerang habis-habisan terhadap TGNA dengan menggunakan peluru berpandu cap kapak/cermin kereta. Dengan mendedahkan dokumen yang taukeh-taukeh balak dermakan kepada PASTI, legalah sikit pasal ada juga taukeh balak menderma kepada PASTI yang serba daif jika hendak dibandingkan dengan Tadika Kemas.

Jika taukeh balak buat derma kat PASTI, adalah pengarah PASTI negeri atau pusat yang kaya raya?. Memang isu yang beliau ketengahkan ialah, disebabkan derma kat PASTI, maka pasti taukeh balak akan dapat kawasan balak. Itu point beliau untuk menunjukkan bagaimana di Kelantan telah berlaku salahguna kuasa. Jika betul perkara tersebut berlaku, kenapa mendedahkannya didalam blog beliau? 

Serah saja kepada SPRM, bagi depa kerja sikit jangan duk berlenggang kat kerusi empuk saja. Inilah sikap manusia, apabila hati penuh dengan dendam yang membara. Tapi bagus juga dengan pendedahan seperti itu kerana sekurang-kurangnya PAS akan beringat dimasa hadapan apabila jumpa orang-orang seperti mereka ini. Dan sebagai sebuah Gerakan Islam, kita menentang segala rasuah dan juga salahguna kuasa........ So.... lapurkan saja kat pihak berkuasa jika bukti dah cukup.

Jangan jadi macam Mahaguru Tulang Besi sudahlah, kerana takut perbuatannya ber email dengan PapaGomo dikatakan berlaku secara gelap, cepat-cepat beliau memapar dalam blognya. Supaya yang gelap menjadi terang kemudian menuduh saya memberi maklumat beliau kepada PapaGomo. Saya buat penafian dan MUSAFIR pun buat penafian......... entah apa maklumat tentang beliau pun saya tak tahu........... apalah maklumat yang ada pada Mahaguru Tulang Besi selain dari menipu, menipu dan menipu. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular