Gambar-gambar semasa penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Dearah Hulu Selangor.
Wartawan Nanyang, Alan Hang Liong Yin pengsan ketika kejadian tolak-menolak untuk memasuki pusat penamaan calon.
Penyokong Pas semasa penamaan calon di Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Antara penyokong PKR yang hadir memberi sokongan ketika penamaan calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor.
Sebahagian ribuan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di sekitar pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini.
Kelihatan anggota pasukan keselamatan menenangkan penyokong Pakatan Rakyat yang berarak ke pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. BN mula membuat provokasi.
Hishammuddin Hussein bersama penyokong Barisan Nasional sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Komplek Suka Hulu Selangor untuk penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Bila PDRM dibawahnya, apakah beliau sedang mengajar penyokong BN membuat provokasi?
Penyokong Barisan Nasional berarak mengiringi calon BN P. Kamalanathan ke pusat penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.
Ahli Puteri Umno turut tidak ketinggalan membawa sepanduk untuk memeriahkan sokongan ketika hari penamaan calon. Ini yang buat aku getik nak join sama dalam Puteri Umno. Nasib baik masa tidak mengizinkan, kalau tidak dapat buat b#n# no.2 atau 3...... Nasib.....nasib.........dah tak ada rezeki.
Calon Parti Keadilan, Datuk Zaid Ibrahim bersama isteri hadir ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, pagi ini. Turut kelihatan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Calon Barisan Nasional, P Kamalanathan bersama isterinya S Sobana selepas penamaan calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Calon Bebas, Johan Mohd Diah berjabat tangan dengan anggota keselamatan ketika keluar dari Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Marah : J Anuraadhaa tidak dibenarkan masuk ke dewan kerana tempoh pencalonan sudah berakhir pada 10 pagi. Beliau tiba di dewan pada jam 10.10 pagi.
CALON Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dari kiri P.Kamalanathan (BN), Johan Mohd Diah (BEBAS), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan Vs Chandran (BEBAS) selepas menyerahkan borang pencalonan di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (dua dari kanan) selepas pengumuman pencalonannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri). Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (kanan) dan Dr Tan Seng Giaw (kiri) di Dewan Komuniti, Serendah, baru-baru ini.
Gambar-gambar bagaimana salahguna kuasa telah dilakukan oleh pemimpin Umno/Bn sebelum penamaan calon berlaku dengan SPR hanya menutup mata.
ORANG ramai yang hadir ke Majlis Pelancaran Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dan Sumbangan Pelajar-Pelajar Cemerlang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks JKKR Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor, baru-baru ini.
Najib Razak cuba menebar roti canai sambil diperhatikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (kiri) bersama peniaga roti canai, Zulkifli Ismail 50, (kanan) dan Abdul Roni Jusof 55, (dua dari kanan) ketika hadir melawat majlis kenduri kahwin di Felda Sungai Tengi Selatan, baru-baru ini.
Laungan slogan 1 Malaysia oleh belia Cina ketika menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pekan Kuala Kubu Bharu dalam lawatan sehari beliau ke kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini.
Najib Razak berbual bersama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalannya, Leow Teong Lai serta ahli MCA Kuala Kubu Bharu ketika sesi lawatan sehari di kawasan Hulu Selangor, baru-baru ini.
Najib Razak melihat model rumah yang akan dibangunkan sempena projek Perumahan Generasi Kedua pada Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Warga Felda Gugusan Felda Sungai Dusun di Felda Soeharto, baru-baru ini.
Muhyiddin Mohd Yassin beramah mesra dengan pelajar Tadika Wawasan Gemilang, Unair Norazlan dan Syasya Nabihah Mohd Zamri (kanan) selepas melancarkan Majlis Pemberian Geran Permulaan Prasekolah Swasta Kementrian Pelajaran Malaysia di tadika berkenaan di Sungai Buaya, baru-baru ini.
Muhyiddin Yassin menghadiri program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini.
Muhyiddin Yassin ketika berbual bersama Datuk G Palanivel selepas Program bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, baru-baru ini.
Muhyiddin Yassin menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk ketika majlis Ramah Mesra bersama Penduduk Kampung Sentosa, DUN Batang Kali. Turut hadir Adun Batang Kali, YB Isa Kassim dan Datuk G. Palanivel.
Mohd Shafie Apdal (kiri) beramah mesra bersama Norsiah Tembai, 31, (kanan) pada Program Ramah Mesra Orang Asli @ 1 Malaysia di Kampung Orang Asli Hulu Tamu, Hulu Selangor, baru-baru ini.
Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan sijil pendaftaran Koperasi 1 Hulu Selangor Berhad kepada Tok Batin Orang Asli Kampung Changkat Bintang sempena pelancaran Koperasi Komuniti Orang Asli 1Hulu Selangor Berhad di Kampung Orang Asli Bukit Manchung, baru-baru ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan) cuba membuat apam balik dengan dibantu peniaga, Haizon Salim (tengah) ketika hadir beramah mesra bersama penduduk Pekan Rasa, Hulu Selangor, baru-baru ini.
Noh Omar (depan) meninjau kerja baik pulih bumbung di pangsapuri kos rendah Sri Rose 2, di Bukit Sentosa yang 70 peratus hampir siap, semalam.
Noh Omar (kanan) mencuba minuman ‘Ice blended’ ketika melawat tapak pameran Mini Maha 2010 Hulu Selangor. Turut hadir, Pengerusi FAMA, Datuk Badaruddin Amiruddin (kiri).
SAMY Vellu menerima rawatan di tangan dan kaki selepas tergelincir ketika berasak memasuki pusat penamaan calon. Hello Samy........ mana betul-betul sakit, hati sakit atau kaki sakit?
MESRA: Calon BN, P Kamalanathan bersama Timbalan Presiden MIC yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor G Palanivel selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna, Pusat Penamaan Calon Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Ini cerita ada betul ka.......
Kalau Pengerusi SPR ada maruah dan harga diri, beliau patut melepaskan jawatan setelah melihat dihadapan mata sendiri bagaimana Umno/Bn menyalahgunakan kuasa.......... ada berani ke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan