Mengikut maklumat, para petugas PAS dari Terengganu telah ditempatkan untuk kawasan Felda Sungai Tinggi, Hulu Bernam. Hulu Bernam adalah salah satu Dun yang terletak dalam parlimen Hulu Selangor. Diantara 3 Dun yang berada didalam parlimen Hulu Selangor, iaitu N5 Hulu Bernam, N6 Kuala Kubu Baharu dan N7 Batang Kali, Dun Hulu Bernam mempunyai peratusan kaum Melayu paling tinggi, 67.7 % daripada 17,549 pengundi berdaftar.
Para pertugas dan perayu undi PAS terpaksa bekerja keras kerana dalam PRU 12 yang lepas, Dun Hulu Bernam telah mengalami kekalahan dengan majoriti paling tinggi jika hendak dibandingkan dengan Dun Kuala Kubu Baharu dan Batang kali. Calon BN telah mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 3,549 undi.BN diwakili oleh Datuk Mohamed Idris Abu Bakar memperolehi undi sebanyak 7,985. Manakala calon PAS yang diwakili oleh Sukor Ali hanya memperolehi undi sebanyak 4,436 dengan peratusan yang keluar mengundi ialah 72.59 % (12,739).
Memandangkan majoriti pertugas dikawasan tersebut adalah daripada Terengganu, iaitu negeri kelahiran saya dan saya juga menjangkakan ramai dari kalangan mereka adalah saudara mara, sahabat dan kenalan saya. Apa yang saya dapat lakukan ialah berdoa agar mereka diberi kekuatan dalam menghadapi jentera Umno/Bn yang telah dijadimilik 'MakBapak' mereka (Harapkan Umno, mereka mana ada jentera).
Seandainya majoriti Dun Hulu Bernam dapat dikurangkan, pasti puak-puak dari kayangan akan terbang awal ke kayangan. Kerana itu kerja keras perlu dilakukan dalam keadaan Unmo/Bn yang terlalu terdesak untuk merampas kembali kerusi tersebut.
Pasti pertugas Pakatan Rakyat akan menghadapi laluan sukar setelah Umno/Bn akan .me'Makbapak'kan agensi-agensi kerajaan yang sedia ada. Apatah lagi Umno/Bn sekarang ini kekurangan isu untuk diketengahkan setelah teruk dibelasah dengan APCO.
Saya pasti Umno tidak akan memainkan isu berkaitan saman Datuk Zaid terhadap Hukum Hudud. Andainya isu itu dicanangkan, pasti Umno sendiri yang akan terkena dengan bahananya kerana semasa beliau menyamannya, Datuk Zaid masih lagi menjadi ahli Umno dan Umno sendiri seperti merestuinya.
Mungkin dalam PRK kali ini akan menempa sejarah apabila calon BN, Kamalanathan akan berkempen dengan menggunakan tiga identiti. Jika beliau berkempen di kawasan Hulu Bernam, beliau akan mengaku sebagai bangsa Melayu dengan menggunakan nama 'KAMAL'. Di kawasan Kuala Kubu Baharu pula, beliau akan mengaku sebagai keturunan Cina dengan menggunakan 'ALAN' dan di kawasan Batang Kali baru beliau akan mengaku berbangsa India dengan menggunakan nama 'NATHAN'.
Inilah hasil daripada idea APCO dalam usaha menjulangkan slogan 1Malaysia : KAUM KERABAT DIDAHULUKAN, KEKAYAAN DIUTAMAKAN.
UNDI PAKATAN RAKYAT (PKR) BERMAKNA MENYOKONG PERUBAHAN.
UNDI BN BERMAKNA MENYOKONG ISRAEL MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Oleh kerana masih ada yang keliru tentang kedudukan sebenar Masjidil al-Aqsa dari para pembaca, maka saya ingin mengucapkan ribuan teri...
-
Setelah saya membaca tulisan Sheridan Mahavera di dalam The Malaysian Insider, saya dapati tulisannya berbaur fitnah d...
-
Dalam satu wawancara di youtube , dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang ...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
Dipetik Oleh : setiaPemuda Berat rasanya untuk menulis. Bimbang jika akal ini masih terkeliru. Benarkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) yang...
-
Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR. &q...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Berjalan bersama-sama Datuk Sabri dengan dikelilingi penyokong Umno dan telah dilanyak-lanyak dengan teruknya oleh penyokong PAS. Beliau ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan