Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 9 April 2010

Tarif Elektrik : Buat Pengundi Hulu Selangor,Tunjukkan Protes Anda Terhadap BN..

Seminggu yang lepas, adik ipar saya berkunjung kerumah saya bersama suaminya (kira biras la). Semasa saya bersembang dengan Biras saya, beliau menanya kepada berkenaan bil api kat rumah dia. Katanya, dulu bil api dia setiap bulan lebih kurang RM 240 - RM 260 tapi sekarang sudah sampai RM 330 - RM 350. Beliau tanya saya, adakah tarif letrik telah naik pasal tambahan yang beliau perlu bayar amat tinggi sedangkan kegunaannya sama sahaja seperti dulu.

Bila tanya saya, saya katakan kemungkinan meter beliau rosak dan saya syorkan agar beliau bawa bil-bil beliau yang lepas dengan yang terbaru ke pejabat TNB buat aduan. Saya katakan lagi berkemungkinan TNB telah mengubah meter baru mereka agar putaran lebih cepat. Bagi pendapat saya, apabila sesuatu perniagaan dimonopoli oleh satu pihak sahaja, mereka boleh melakukan apa sahaja untuk mengawal. Oleh itu apa yang mereka lakukan ialah mengaut seberapa banyak keuntungan tanpa memikirkan pengguna itu kelas bawahan ke, miskin ke, kurang kaya ke  atau pun memangnya miskin.

Ingatkan rumah adik ipar sahaja yang kena, rupa-rupanya saya pun terkena juga bila terima bil yang terbaru semalam. Saya kena lagi dahsyat, biasa kegunaan tiap-tiap bulan dalam lingkungan RM 115 - RM 125. Kali ini memang dapat durian runtuh, tengok bil pun terkejut beruk.... RM 332.87 sedangkan bil terakhir saya ialah RM 118.10. Ini baru betul wahai  Najib One Malaysia........ RAKYAT DIDAHULUKAN kepala hotak hang. Hang nak bagi RAKYAT DIDAHULUKAN makan pasir, bil istana hang puluh ribu tiap-tiap bulan bukan hang yang bayar...... RAKYAT DIDAHULUKAN yang tukang bayar........ celako.......celako...... celako........ 100 kali celako aku bagi kat hang.

Seperti kata lawak bodoh daripada CEO TNB, kalau tarif elektrik dinaikkan TNB tetap rugi....... kepala hotak hang rugi. Habis tiap-tiap suku tahun duk umum untung ratus-ratus juta tu buat apa.... takkan nak tipu pemegang saham kot. CEO TNB tolong mai rumah aku sat....... aku nak lekuk-lekuk kepala hang yang bergeliga tu. Ni yang nak buat aku cakap kurang ajar kat Umno/Bn yang sememangnya kurang ajar. 

Blogger BPN penjilat nombor wahid....... mai tolong jawab awat jadi lagu tu. Aku nak dengor sangat hujah dari blogger BPN (Biar Punah Negara) tentang aduan aku ni. Nak dengar lagu mana yang kamu akan dendangkan, irama keroncong ke, rock ke, rap ke, hip pop ke, lantak kamulah....... janji tolong jawab. Kalau tak ada sumber maklumat, tanya kat TNB pasal TNB tu geng kamu.

Buat pengundi Hulu Selangor, sekarang kuasa mengundi dah kat tangan, inilah masanya untuk anda mewakili kami sebagai rakyat Malaysia agar menolak BN yang korup itu. Mungkin anda belum terkena lagi kerana Umno/Bn sedang menunjukkan sikap 'pijak semut tak mati'. Inilah masa untuk anda memberi sedikit pengajaran kepada Umno/Bn yang sedang menindas rakyat marhean.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular