Translate

Memaparkan catatan dengan label sIasatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sIasatan. Papar semua catatan

Ahad, 28 Februari 2010

Rintihan Dari Bukit Aman. (Blog Kumanddieaf)


KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA


RINTIHAN DARI BUKIT AMAN



Assalamualaikum.....

Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.

Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.

Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.

Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.


Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.

TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.

KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.

Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask.............................(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him ?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).

Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?

SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.

KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.

SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !!

Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.

2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?

Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.

Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.

Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.

Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS......... Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki".

Isnin, 22 Februari 2010

Kehebatan Polis Dubai......



INTERPOL telah mengeluarkan Kod Merah terhadap 11 individu yang telah dipohonkan oleh polis UAE / Dubai kerana melakukan pembunuhan komander Hamas Mahmoud  Mabhouh di Dubai pada tarikh 19 Januari 2010.

Dan INTERPOL mempunyai alasan untuk percaya bahawa para susupek berkaitan dengan pembunuhan ini telah mencuri identiti orang lain. INTERPOL telah secara rasmi mengeluarkan foto-foto dan nama-nama yang digunakan pada pasport untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Satu kejayaan besar yang telah berjaya didedahkan oleh Polis Dubai dan juga satu tamparan yang hebat buat perisikan Israel, Mossad. Perisikan Mossad adalah cukup dikenali akan kehebatan mereka melakukan hasil kerja dengan penuh kejayaan  tetapi mereka tidak menjangkakan ini juga telah memalukan kerajaan haram Israel.

Israel telah dikecam hebat oleh dunia dan juga sekutu-sekutu mereka kerana pemalsuan pasport negara-negara tersebut. Ini ditambah pula dengan laporan penemuan sulit antara Perdana Menteri Natanyahu dengan agen-agen tersebut yang telah diatur oleh ketua perisikan Mossad, dengan 'ucapan selamat berjaya' sebelum mereka bertolak untuk menjalankan misi tersebut.

Satu kerjayaan besar oleh telah dilakukan oleh polis Dubai yang dianggap amatur  jika hendak dibandingkan dengan kehebatan PDRM. Kehebatan yang dimiliki oleh PDRM mula menjunan laju umpama enjin jet dibuang dari udara. Yang terbaru ialah pendedahan Dr. Anes Munawar akan kehebatan soal siasat yang dijalankan oleh pasukan khas terhadap beliau berkaitan isu liwat DSAI. Hebat..... Hebat.......... Hebat......... kehebatan yang setaraf dengan Mossad.

Khamis, 28 Januari 2010

Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Kes Kepala Babi

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala babi hutan diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.

"Kes ini membabitkan keselamatan dan keamanan negara, dan perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan Berhemat di sini hari ini.


Muhammad Sabtu berkata, siasatan dijalankan untuk mengesan saksi dan petunjuk kepada kes itu selain mencari motif perbuatan itu.

"Kalau sesiapa ada maklumat, tolong salurkan kepada kita," katanya.

Semalam dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa. 


Dalam ucapannya pada majlis itu pula, Muhammad Sabtu berkata penyelia kewangan di setiap balai dan ibu pejabat polis telah diarah untuk mengenal pasti pegawai-pegawai dan anggota di bawah selian masing-masing yang dibebani hutang.

"Langkah perlu diambil agar masalah hutang tidak mendatangkan kesan jangka panjang kepada mereka yang terlibat," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, pemantauan secara berterusan dan berkala juga hendaklah dibuat terhadap gaya hidup pegawai dan anggota supaya mereka yang terlibat dengan masalah ini hidup secara sederhana dan mengikut kemampuan. - Bernama 


Ulasan Musafirlalu........

Jika pihak polis boleh menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes kepala babi dan pasukan khas menyiasat kes menghina Almarhum Sultan Johor. Bagaimana pula dengan pasukan khas untuk menyiasat penghinaan terhadap Sahabat dan Isteri Rasulullah s.a.w.?

Tidakkah penghinaan yang dilakukan terhadap Sahabat r.a. dan Aisyah r.a. juga melibatkan kepentingan awam? Yang mana penghinaan tersebut melibatkan sentiviti umat Islam dan patut juga disegerakan. Apakah kerana tiada laporan polis dibuat, maka siasatan tidak boleh dilakukan. Jika tiada laporan polis, pihak polis sendiri boleh membuat laporan polis seperti yang pihak polis lakukan.

Mungkin juga kerana isu ini terlepas pandang oleh parti Islam Umno kerana tidak dapat mengaitkan mana-mana parti politik pembangkang. Oleh kerana penulis tersebut adalah bukan berada di kem pihak pembangkang, parti Islam Umno rasa ianya tidak menguntungkan untuk dilaporkan.

Maka jadilah Islam sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli, hinalah sebanyak mana kamu nak hina. Biarlah akidah melayang asalkan ianya menguntungkan parti Islam Umno. Jika penghinaan tersebut datangnya dari kem pembangkang, pasti beratus-ratus laporan polis akan dibuat.

Macam juga dengan demotrasi, jika ada sekatan jalanraya dan FRU berkawal maka kita boleh agak siapa pesertanya. Kalau tiada sekatan jalan dan FRU, penganjurnya pastilah dari parti Islam Umno dan yang sewaktu dengannya. Jika polis ada pun, mungkin untuk melancarkan perjalanan demotrasi tersebut.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Saya rela disiasat...... Hassan Ali

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menegaskan beliau sedia dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk disiasat serta menerima apa sahaja hukuman yang diputuskan oleh parti sekiranya didapati bersalah.

Bagaimanapun, menurut beliau, Jawatankuasa Disiplin tersebut mesti melakukan siasatan dengan adil serta telus dan bukannya bersandarkan emosi atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Beliau mengharapkan siasatan itu dilakukan segera secara menyeluruh demi keadilan.

''Percepatkan siasatan kalau saya yang menjadi punca 'kecacatan' parti. Siasat dan kajilah saya. Saya sangat mengalu-alukan siasatan itu dibuat.

''Tetapi, dengan syarat sila kemukakan bukti yang kukuh. Cara siasatan itu dibuat mesti dengan cara yang meyakinkan kita. Bukan dilakukan dengan emosi atau dipengaruhi mana-mana pihak. Mesti dibuat dengan telus. Saya akan terima,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau Loji Rawatan Air, Batu 11 Cheras, di sini hari ini.

Hassan mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyenaraikan namanya sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan prokerajaan perpaduan.

Ini adalah kenyataan pertama Hassan kepada media selepas mesyuarat khas parti pada 28 Oktober lalu yang membincangkan cadangan Nik Abdul Aziz mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.

Selain Hassan, Nik Abdul Aziz juga melalui blognya menamakan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Mengulas lanjut, katanya, beliau langsung tidak terkejut atau jauh sekali mahu 'bersikap murung' dengan dakwaan Mursyidul Am Pas itu.

''Sebagai pejuang, 'hati mesti besar'. Bukan bermakna sombong. Perlu kuat ketahanan diri dan inilah waktunya untuk melihat kekuatan diri.

''Jika saya terbukti bersalah dan siasatan itu telus, saya sedia menerima hukuman. Apa saja bentuk hukuman itu saya terimalah. Saya terima kenyataan. Saya anggap teguran Tuan Guru sebagai abang kepada adik. Saya menghormati beliau. Mana-mana jika Tuan Guru ada (berada), saya akan menegurnya dulu. Saya tidak murung atau muram dengan tuduhan itu,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Hassan berkata, Pas Pusat perlu memperluaskan siasatan kepada Pas Selangor dan bukannya tertumpu pada beliau seorang sahaja.

''Saya serahkan pada mereka. Jangan hanya siasatan tertumpu pada 'Hassan Ali' sahaja. Mungkin 'Hassan Ali' dianggap player (pemain). Tapi mungkin ada beberapa lagi individu di Selangor akan disiasat atas pertuduhan 'mencacatkan' parti,'' katanya.

Ditanya mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta, Hassan menyifatkan tindakan itu tidak menjejaskan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

''Kalau boleh kita tidak mahu kehilangan satu kerusi pun. Tetapi tindakan ADUN Pelabuhan Klang itu tidak menjejaskan PKR Selangor. Majoriti (kerusi ADUN) masih milik kita,'' katanya. (Utusan Malaysia)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular