Translate

Ahad, 4 Oktober 2009

Bagan Pinang : Zulkefly Calon Bersih Anak Jati Negeri Sembilan

Pakatan Rakyat yakin pengundi N31 tidak sewenang-wenangnya memilih calon Adun Bagan Pinang berdasarkan kriteria anak tempatan semata-mata, sebaliknya, kelayakan calon mestilah terdiri oleh seorang yang berakhlak mulia serta tidak mengamalkan rasuah.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar tidak mustahil memenangi hati anak tempatan, seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir lalu. 

"Ustaz (Mohd) Salleh Man bukanlah anak tempatan Permatang Pasir. tetapi boleh menang kerana pengundi sendiri menolak Rohaizat (Othman) yang tidak bersih." 

Katanya, Salleh nyata tidak dikenali penduduk tempatan, berbanding Rohaizat Othman yang kebetulan anak jati tempatan. 

Tapi, apalah gunanya seseorang calon itu dikenali sebagai pecah amanah, terlibat dalam salah guna kuasa dan mempunyai beberapa masalah peribadi yang begitu meruncing.
Image Jelasnya lagi, 22 tahun Isa menjadi Menteri Besar jika berjasa kepada rakyat sekalipun, itu adalah tanggungjawab pemerintah. 

Pun begitu, khalayak lebih tahu sejauh mana kepemimpinan serta kemampuan Isa sebelum ini. 

"Beberapa isu seperti perparitan yang tidak berfungsi, projek mee segera yang banyak terbengkalai, isu pembiakan lalat terutama waktu musim hujan, sampah sarap tidak diurus dengan baik, semuanya masalah rakyat yang tidak diselesaikan Isa." 

Tambahnya lagi, Isa juga perlu menjawab beberapa tanda tanya rakyat � mengapa PD Marina dibina atas 20 ekar tanah rizab rakyat Melayu. 

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menjelaskan, jika Zulkefly menang dalam pilihanraya kecil N31; bermakna ia mempercepat kemenangan Pakatan di Negeri Sembilan dan Selatan Malaysia. 

"Umno tidak boleh sombong mendabik dada mengatakan Zulkefly tidak boleh buat apa-apa jika menang kerana negeri di bawah Umno. 

"Beza kerusi tidak banyak. Mereka (BN) 19 dan kita (Pakatan) 15. Kalau Zulkefly memang, mendekatkan kita pada membentuk kerajaan jika ada beberapa adun BN yang bersih sedia bersama kita. 

"Jika Zulkefly menang, Umno akan lebih berkhidmat untuk (rakyat) Bagan Pinang dan negeri kerana tidak mahu lagi Dun yang lain pula jatuh ke tangan Pakatan," katanya. 

Sebelum menjadi calon, Zulkefly telah berkhidmat dalam beberapa sektor swasta profesional; termasuk mempengerusikan gerakan 'No Incinerator' di Broga. 

Kelulusan peringkat Sarjana (Master) dalam Sains serta pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi melengkapkan lagi kepemimpinan pengurusan beliau. 

Kelmarin, Zulkefly menjelaskan bahawa beliau anak jati Negeri Sembilan. Isa pula dikenali sebagai anak jati Telok Kemang. 

Pengumuman SPR pagi tadi, mengesahkan Zulkefly bakal ditentang oleh Isa.

Pilihanraya kecil N11 menyaksikan Umno sedaya upaya meraih sokongan pengundi dengan memainkan sentimen anak tempatan, sedangkan PAS serta Pakatan Rakyat pula yakin pengundi akan terus memilih calon yang berakhlak, bersih serta amanah seperti beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. (Harakah)

Ulasan Musafirlalu..............

Sekiranya Isa Samad seorang yang mempunyai kuasa, pangkat, dan gelaran di Negeri Sembilan dan Bagan Pinang amnya. Apakah yang telah beliau lakukan untuk penduduk Teluk Kemang sebelum Pilihan raya kecil.

Sebelum beliau menjadi calon, adakah beliau mengambil berat tentang penduduk-penduduk dikawasannya. Adakah beliau selalu berjumpa dengan penduduk yang tidak setaraf dengannya. Ada beliau bertanya khabar tentang masaalah yang dihadapi oleh penduduk Bagan Pinang dan Teluk Kemang.

Saya pasti beliau tidak mempunyai sikap-sikap seperti itu kerana beliau adalah dari kalangan elit. Mungkin beliau tiada masa untuk berada dikawasannya kerana terlalu sibuk dengan golongan-golongan elit di Kuala Lumpur.

Sekarang ini penduduk tidak perlu buat temu janji untuk berjumpanya kerana beliau sendiri akan datang mengadap penduduk. Sekiranya penduduk Bagan Pinang memanggil beliau untuk merasmikan tandas/jamban  kat rumah mereka, pasti Isa Samad dan Pak-pak Menteri tidak akan menolaknya.

Walau pun ianya satu penghinaan buat mereka tapi kerana hendak menjaga hati dan undi, mereka tetap akan melakukan dengan hati yang berat. Oleh itu buat penduduk bagan Pinang, pergunakan betul-betul peluang yang ada kerana anada sekarang ini dianggap sebagai Raja oleh One Malaysia.

Mungkin sekarang ini banyak projek-projek 'Mee Segera'  akan dilaksanakan oleh Umno-Bn untuk memenangi hari penduduk Bagan Pinang. Itu pun dikira bernasib baik disebabkan ada pilihan raya kecil, jika tidak jangan harap penduduk Bagan Pinang akan merasainya.

Walau sebanyak mana pun projek dilakukan, semuanya adalah milik kroni-kroni mereka sahaja dengan menggunakan duit rakyat. Apa yang penduduk Bagan Pinang dapat hanyalah untuk santapan mata sahaja.

Penduduk Bagan Pinang akan ditaburkan dengan duit yang bertimbun-timbun daripada Umno-Bn. Jika mereka menabur duit, pastikan jangan lepas peluang.......... ambil sebanyak mana yang dapat kerana duit tersebut adalah milik rakyat.

Mungkin kali ini habuan untuk penduduk Bagan Pinang lebih besar dari kawasan-kawasan lain kerana calon Umno-Bn adalah bapak segala naga. Ambil apa sahaja yang mereka berikan kerana peluang seperti ini bukan selalu ada.

Bak kata 'kalau orang bagi kita ambil tetapi undi tetap untuk PAS (Pakatan Rakyat). Buat penduduk Bagan Pinang...... katakan tidak pada rasuah......... katakan tidak pada parti rasuah............ katakan tidak pada calon perasuah.......... katakan tidak pada kerajaan yang rasuah.

Oleh itu jangan biarkan perasuah diberi kuasa............. jika tidak hancurlah negara.............. ingatlah akan nasib anak cucu kita............... takut nanti kita akan disoal oleh anak cucu kita........... lebih baik kita menyesal dahulu daripada menyesal dikemudian hari.

Apakah alasan yang akan kita berikan semasa di padang Mahsyar nanti............. apabila kita ditanya oleh Allah s.w.t............ kenapa kita memberi ruang kepada perasuah untuk memerintah negara. Undi anda adalah penentu akan masa depan anak cucu kita........... maka marilah sama-sama kita mengundi calon yang bersih dan bukan calon yang perasuah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular