APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Ahad, 18 Oktober 2009
Benarkah Umno Hendak Menubuhkan Dewan Ulama ( 1 )...........
Saya tidak pasti benarkah berita yang saya terima bahawa Umno ingin menubuhkan dewan ulama. Macam tidak percaya aje apabila mendengar berita tersebut. Kenapa sekarang ..... walau pun Umno lama sudah memiliki dewan ulamanya di awal penubuhan Umno pada akhir 40an.
Tetapi ianya telah dibawa keluar oleh alim ulama dan menubuhkan parti sendiri iaitu Parti Islam SeMalaya (PAS). Para ulama yang berada didalam Umno telah keluar beramai-ramai setelah melihat akan pejuang Umno lama telah tersasar dari landasan Islam yang sebenar.
Ini membawa makna bahawa Umno telah terpesong jauh, apatah lagi Umno juga dilihat sebai anak emas penjajah British. Mereka (alim ulama) telah melihat bahawa Umno bukan parti yang terbaik untuk memertabatkan Islam kerana perjuangan mereka berlandaskan sikap perkauman yang tebal.
Sebenarnya Umno tidak perlu menubuhkan dewan ulama kerana para pemimpin mereka sendiri adalah 'Ulam Mamak'. Ini boleh dilihat semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri, banyak fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh pencacai beliau.
Diantara fatwa yang dikeluarkan oleh Akbar Ali ialah," mungkin serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk kedalam otak mereka. Mereka tidak berfikiran waras ". " Membuat fatwa yang mana kebanyakan orang, termasuk ulama dan mufti lain, tidak ikut ".
dan beliau berfakwa lagi iaitu, " ramai dari ulama sendiri penjual amalan jahiliyah. Ulama sendiri tidak mampu berfikir dengan cerdik ". " Al-Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir... tiada hukuman dinyatakan keatas seseorang yang murtad selain janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya pentunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undangnya ".
Fakwa daripada Farish A.Nor," Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi ".
Beliau menyatakan lagi bahawa, " Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku, dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada baginda diberi kerana baginda adalah pemimpin suku lebih dari pemimpin agama ". " Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastik ".
Sister In Islam pula menyatakan dalam fatwanya," Oleh kerana itu soal yang perlu ditangani di dalam masyarakat kita hari ini bukanlah isu samada poligami patut disahkan di bawah undang-undang sivil untuk orang bukan Islam, tetapi samada ia sepatutnya dibenarkan terus di dalam undang-undang keluarga Islam ".
Zainah Anwar dari SIS berfatwa," Islam bukan milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang penafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata ".
Ini adalah sikit diantara yang banyak Fatwa yang telah di fatwakan oleh manusia-manusia yang angkuh kerana mendapat sokongan padu daripada pemimpin Umno. Jika tidak mereka pasti tidak akan berani mengeluarkan fatwa-fatwa tersebut yang telah memesongkan akidah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi. 11.57am Perang mulut masih ber...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Ini adalah pertemuan pertama Presiden Mesir yang baru dan anda boleh membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sejarah moden telah...
-
11.00am: Jumlah yang keluar mengundi setakat ini adalah 28.59 peratus atau 7,313 orang. 10.55am: Hujan renyai-renyai di sekitar pusa...
-
Sebelum saya berbicara, saya ingin memohon maaf buat pembaca kerana tidak dapat menyiarkan komen-komen anda disebabkan oleh masaalah yang t...
-
Pejabat Sultan Kelantan menjelaskan doktor pakar peribadi Sultan Kelantan, Kolonel Dr Amir Ramli, tidak berhak mengeluarkan kenyataan atau a...
-
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, setakat hari ini, tidak didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Is...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan