Translate

Isnin, 29 Jun 2009

Manek Urai : Hinakah Seorang Penjual Ikan..........

Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri memperkenalkan calon Umno-Bn Tuan Aziz Tuan Mat, Umno seolah-olah cuba mempermainkan Pas. Itulah politik cara Umno-Bn yang lebih mengutamakan duniawi dalam memperkatakan tentang calon yang bertanding di Manek Urai. Hinakah seorang yang mencari rezeki yang halal dengan menjual ikan. Apakah modal yang akan dijaja kan ialah Pas sudah ketandusan pemimpin hinggakan terpaksa mencalonkan seorang penjual ikan. Tengoklah calon Umno-Bn.......... seorang yang berpendidikan tinggi, jawatan pun pengurus Kesedar dan nama pun sama dengan Menteri Besar Kelantan. Apalah ada pada nama kalau amalan tidak ke mana perginya. Walaupun beliau seorang penjual ikan tetapi penduduk Manek Urai kenal hati budinya, akhlaknya dan amalnya. Apakah Umno menjangkakan yang mereka akan berjaya merampas dun Manek Urai yang telah dimenangi oleh Pas selama 5 penggal dan Umno-Bn hanya memenanginya pada pilihan raya umum ke 11. Itu pun kerana rakyat tertipu dengan gelaran "Mr Clean" Tun Abdullah, Perdana Menteri Malaysia. Tetapi akhirnya tersungkur pada PRU 12 setelah rakyat mengetahui betapa bersihnya Perdana Menteri yang disayangi itu. Bukan sahaja rakyat Malaysia sahaja yang menghukumnya tetapi termasuk ahli Umno yang memaksa beliau bersara awal. Daripada apa yang tersurat dan tersirat didalam ucapan TPM tersebut lebih kepada memperlekehkan calon daripada Pas. Penjual ikan........... yang sebenarnya adalah seorang seorang pemborong ikan ataupun nama hormat yang dipanggil di sebelah pantai timur ialah " Dagangan". Sebenarnya dari kenyataan TPM itu di majlis penamaan calon yang dihadiri puluhan ribu penyokong Umno-Bn, telah banyak memberi kelebihan kepada calon Pas 'Si penjual ikan' dengan kredit pengundi atas pagar. Telah timbul sedikit sebanyak sokong simpati terhadap 'Si penjual ikan' tersebut. Terima Kasih dan tahniah buat TS Muhyiddin di atas kredit yang beliau bagi kan kepada calon 'sipenjual ikan. Bolehkah Umno-Bn menjaja nama DS Najib sebagai Perdana Menteri untuk kempen pilihan raya kecil Manek Urai. Siapa yang tak kenal DS Najib yang memang cukup terkenal melebihi Tun Razak. Pergi ke ceruk mana pun nama beliau cukup dikenali oleh rakyat jelata. Betapa gahnya nama beliau anak kepada Tun Razak. Najib yang satu....... itulah gelaran yang diberikan....... pemimpin yang turun padang untuk melihat rakyat jelata. Sama-sama bersama rakyat jelata menunggu komuter untuk merasai sama keperitan rakyat. Itulah yang dijaja kan oleh media arus perdana yang memang terkenal dengan sikap lebih kuah daripada nasi. Setelah berpuluh-puluh tahun menjadi menteri dan PM sekarang ini, apakah beliau tidak pernah turun padang secara ikhlas dengan tanpa kehadiran pemberita. Semuanya adalah untuk publisiti murahan beliau dalam usaha mengalihkan perhatian rakyat terhadap skandal-skandal yang tidak terjawab oleh beliau. Apatah lagi dengan perangai lama beliau iaitu suka mendiamkan diri dari menjawab soalan-soalan pemberita. Kerana sebelum ini beliau sentiasa tidak pernah merasai semua itu, pergi ke pejabat di iringi oleh polis, jalan yang akan beliau lalu akan ditutup, pergi melawat negeri-negeri dalam negara naik helikopter atau kapal terbang khas. Mana penuh naik bas espress atau kalau dulu bas mini. Apakah segala yang beliau lakukan dapat mengemgelangkan nama beliau yang penuh dengan skandal yang masih lagi belum terjawab. Satu sejarah di dalam dunia IT ini, seorang PM tidak mendapat sambutan tahniah daripada para pemimpin-pemimpin dunia. Tidakkah itu satu perkara yang amat memalukan apabila nama PM tenggelam dek kerana terlalu banyak skandal yang memalikkan sekali nama baik negara.

Ahad, 28 Jun 2009

Kenapa Mahathir Takut Umno Berdebat Dengan Pas.......

"Usah dilayan"...... Itulah kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila diajukan soalan oleh wartawan tentang cabaran Tuan Guru Nik Aziz mengajak Umno berdebat. Mengajak Umno berdebat ibarat mengulangi isu pada tahun 80 an dahulu. Sedangkan bermuzakarah pun mereka tolak, inikan pula berdebat. Kerana mereka tahu yang mereka tiada hujah untuk berdebat dengan Pas. Mereka tahu sekiranya mereka berdebat maka pecah lah tembelang mereka dan yang pasti akan berlaku penghijrahan ahli-ahli Umno kepada Pas. Sebab itulah Tun Dr. Mahathir mengunakan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai benteng terakhir mereka, kerana pada masa itu rakyat Malaysia inginkan perdebatan itu diadakan. Alasan yang diberikan kerana takut berlaku perpecahan orang melayu. Isu yang membawa kepada cadangan perdebatan itu ialah kerana "Amanat Haji Hadi". Sebelum berlakunya perdebatan tersebut, Umno telah melakukan perdebatan secara olok-olok sesama mereka. Oleh kerana dalam perdebatan secara olok-olok itu, pihak yang mewakili Umno telah kalah dengan hujah yang yang diberikan oleh pihak 'Pas'. Maka mereka mempergunakan Raja-Raja Melayu untuk mengelakkan perdebatan itu daripada berlaku. Mereka tidak dapat mengelak kerana mereka telah menyahut cabaran daripada Pas dan juga desak kan oleh bangsa melayu sendiri. Sedangkan pada masa itu Umno mempunyai kekuatan dan sokongan orang melayu. Sekarang Umno sedang nazak, mana mungkin mereka berani menyahut cabaran daripada Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat. Kerana itulah Tun Dr. Mahathir memerintahkan agar cabaran dari Pas jangan dilayan. Beliau tahu akibatnya sekira Umno menyahut cabaran daripada Pas. Kerana Umno memang telah banyak memesongkan akidah orang melayu. Setinggi mana pun ilmu yang ada pada ulama-ulama Umno, pasti mereka tidak dapat mematahkan hujah-hujah yang akan dikemukakan oleh Pas. Ulama yang tinggi ilmunya tidak akan menyertai Umno kerana mereka tahu apa yang telah pemimpin Umno lakukan. Memang Pas adalah parti serpihan Umno yang ditubuhkan oleh ulama-ulama yang berada didalam Umno pada masa itu. Mereka melihat perjuangan Umno telah lari daripada landasan Islam. Maka mereka telah keluar daripada Umno, lalu menubuhkan Partai Islam Semalaya ( PAS ). Yang pastinya Umno tidak akan sesekali berdebat dengan Pas kerana sekiranya mereka menyahut berdebat dengan Pas, umpamanya mereka membogelkan diri mereka di khalayak ramai. Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengatakan yang Umno itu assobiyah kerana nama Umno pun melambang semangat kebangsaan. Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda "Bukan daripada kalangan umatku orang yang berjuang di atas dasar assobiah(kebangsaan)".

DS Najib Hanyalah Boneka....................

Setelah geram terhadap Tun Abdullah kerana tidak mengikut pelan yang telah beliau sediakan, sekarang beliau berasa lega kerana telah berjaya mempengaruhi pimpinan Umno agar Tun Abdullah disingkirkan............... Itulah dia Tun Dr. Mahathir bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4 dan bekas Presiden Umno ke 5.
Sekarang yang banyak berkokok di dalam media massa dan media elektronik adalah Tun Dr. Mahathir. Kita boleh melihat dan mendengar kenyataan beliau lebih banyak disiarkan melebihi DS Najib sendiri sebagai Perdana Menteri. Maka tidak salah kalau kita katakan yang beliau sebenarnya ingin menjadi seperti Lee Kuan Yew. Walaupun beliau tidak lagi memerintah Singapore tetapi beliau masih lagi berkuasa dengan memegang jawatan sebagai Menteri Mentor, iaitu jawatan terkanan didalam pemerintah Singapore. Setelah DS Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke 6, orang yang paling gembira adalah Tun Dr. Mahathir. Dan senarai kabinet baru DS Najib, boleh dikatakan adalah kabinet Tun Dr. Mahathir sebenarnya. Beliau telah berjaya menepikan pengaruh Tun Abdullah dan sekarang cuba menepikan pengaruh DS Najib pula. DS Najib adalah seorang yang senang diperkudakan dengan sikap yang ada pada beliau. Di Malaysia sekarang ini yang paling berkuasa adalah Tun Dr. Mahathir dan Rosmah Mansor. Perkara ini boleh dilihat dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Yang mana dari segi kenyataan-kenyatan DS Najib kepada media massa akan berubah-rubah apabila kenyataan beliau tidak disenangi oleh Tun Dr. Mahathir. Memang dari segi permainan kotor politik beliau selama 22 tahun memerintah Malaysia banyak intistusi-intistusi kerajaan telah dicabul dan diliwat oleh beliau. Beliau lah sebenarnya Raja di Malaysia pada era pemerintahannya. Ramai pencacai-pencacai beliau tidak menang tangan mengibasnya. Tiada siapa didalam Umno yang berani menyanggah segala perbuatan beliau, hatta Raja sendiri. Sekarang ini beliau dalam perancangan menaikkan anak beliau sebagaimana yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew. Di mana Tun Dr. Mahathir tidak melakukan secara drastik dalam pelantikan anak beliau yang mana akan dihidu oleh akar umbi kalau anak beliau terus dilantik sebagai Menteri penuh. Tun Dr. Mahathir memang terkenal dengan kelicikan beliau didalam permainan kotor politiknya. Seperti mana yang telah beliau lakukan kepada Tun Abdullah sehinggakan Tun Abdullah terpaksa meletak jawatan secara yang tidak sepatutnya. Beliau telah berjaya mempengaruhi akar umbi Umno dalam usaha merealisasikan cita-cita politik beliau. Mungkin sekarang sudah ada kesedaran di peringkat akar umbi Umno tentang tembelang Tun Dr. Mahathir didalam perancangan beliau. Mungkin juga ada kekesalan dihati ahli-ahli Umno setelah melihat permainan kotor politik Tun Dr. Mahathir. Bagaimana seorang yang kalah didalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri dan yang menang tidak diberi apa-apa jawatan. Tun Dr. Mahathir juga yang memainkan peranan dalam usaha melenyapkan saki baki pengaruh Tun Abdullah didalam Umno. Didalam sejarah Umno, pemimpin yang bersara tidak lagi aktif didalam politik melainkan Tun Dr. Mahathir. Sebenarnya Tun Dr. Mahathir lah yang telah banyak membawa kerosakan didalam parti Umno. Kerana itulah Umno sudah tidak relevan lagi dihati orang melayu yang telah ramai menyertai PAS ataupun PKR. Sekiranya orang melayu ingin mempertahankan ketuanan melayu, maka PAS adalah parti yang paling sesuai untuk disertai. Ahli-ahli Umno patut menyedarinya apa yang telah pemimpin-pemimpin mereka lakukan terhadap bangsa mereka sendiri dalam usaha memegang tampuk pemerintahan kerana ia adalah batu loncatan mereka dalam memperkayakan diri sendiri dan kaum kerabat. Tidakkah ahli-ahli Umno melihat kepada bangsa mereka yang semakin terhakis akibat daripada kerangkusan pemimpin mereka sendiri, semasa memegang tampuk pemerintahan. Semuanya sudah lenyap dek kerana kerangkusan mereka. Apa yang tinggal buat bangsa melayu hanyalah......... Kereta Api Tanah Melayu dan Baju Melayu sahaja. Terima Kasih Umno.

Apabila Nik Aziz Ajak Umno Berdebat......................

Satu perkara yang perlu disokong apabila Tuan Guru Nik Aziz mengajak Umno berdebat, bukan muzakarah ataupun muqabalah. Adalah satu perkara yang relevan bagi Umno untuk menyahut cabaran tersebut.
Pas mengajak Umno berdebat bukanlah satu perkara yang baru kerana ia telah pernah dibuat pada era tahun 80 an lagi. Tetapi apa kan daya anak bulan tidak kelihatan, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah mengistharkan ia dibatalkan. Itulah sikap sebenar Umno apabila tiada hujah maka mereka menyembunyi diri di belakang Raja-raja Melayu. Umno memang tidak akan sesekali berani berhujah dengan Pas kerana mereka tahu selagi mereka berdiri di atas dasar sekularisme, maka selagi itulah mereka tiada hujah. Sebenarnya dari kaca mata saya, cabaran yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah semata-mata untuk membersihkan akidah para pemimpin Umno. Kerana mereka telah terpesong jauh daripada landasan Islam itu sendiri. Tidak timbul Tuan Guru Nik Aziz perlu meminta maaf kepada Umno kerana itulah realitinya yang Umno patut terima. Akidah bukanlah satu perkara yang boleh dipermain-mainkan. Apa yang Tuan Guru Nik Aziz nampak adalah kerana ulama-ulama didalam Umno telah diikat tangan dan ditutup mulut-mulut mereka dengan kebendaan. Maka sahut lah cabaran yang telah dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz sekiranya Umno benar-benar anak jantan. Selama ini mereka menjaja dengan penerapan nilai-nilai Islam. Apakah bagi mereka Islam itu boleh di terap seperti menerap baju. Sekiranya sudah jemu maka dibuang dan diganti dengan yang baru.

Sabtu, 27 Jun 2009

Apabila Umno Mengamalkan Idologi Tujuan Menghalalkan Cara................

Tun Dr Mahatdir berkata "ramai orang Islam yang menganggap tujuan atau maksud sesuatu hukum dalam Islam tidak penting, yang penting ialah cara atau pendekatannya saja. Dengan kerana kita mengutamakan cara, maka maksud dan tujuan ajaran Islam kerap kali tidak tercapai".

Didalam pandangan Islam, tujuan tidak menghalalkan cara. Ini kerana kedua-duanya, iaitu tujuan dan cara, adalah penting. Ia saling menentukan syar'ei atau tidak syar'ei sesuau perbuatan itu.

Kerana itu didalam pandangan Islam, sungguhpun persembahan konsert Michael jackson atau konsert Krumania atau persembahan hiburan seumpamanya yang dibenarkan oleh kerajaan, dimana sebahagian pungutan hasilnya untuk derma kebajikan, tetapi ia tetap haram.

Ini kerana cara memdapatkan derma kebajikan itu haram ( menerusi konsert jahiliah itu ). Sesuatu tujuan walau sebagaimana sucinya, ia akan terbatal jika cara memcapai tujuan itu haram. Ini berbeza dengan pandangan sekular yang tidak langsung mengambil kira wilayah dosa dan pahala.

Kerana itu dalam pandangan golongan sekular tujuan boleh menghalalkan cara. tetapi Islam meletakkan keutamaan keatas tujuan bersekali dengan cara mencapai tujuan itu. Golngan sekular hanya mengutamakan tujuan, tidak mengambil kira halal haram dalam cara melaksanakan sesuatu tujuan. Inilah pandangan asas yang berbeza antara golongan sekular dengan Islam.

Kerana yang menjadi anutan para pemimpin Umno ialah ajaran tujuan menghalalkan cara, yang mana kita boleh melihat apa yang berlaku didepan mata kita sekarang. Kebanyakkan kutipan-kutipan amal yang mereka lakukan banyak bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri.

Inilah para pemimpin Umno yang disanjung-sanjung oleh pencacai-cacai dalam mencari sesuap nasi. Dimanakah perginya ulama-ulama Umno dalam memperjelaskan isu-isu yang melibatkan akidah umat Islam. 

Kerana bagi yang cetek pegangan agamanya mereka lebih cepat terjerumuh kedalam kejahilan kerana mereka menyangkakan apa yang pemimpin Umno lakukan adalah satu perkara yang baik.

Pemimpin datang dan pergi didalam parti Umno, oleh kerana parti Umno sendiri adalah perti yang berasaskan kepada idologi sekularisme maka akan timbullah slogan-slogan baru atau yang sebetulnya adalah ajaran-ajaran baru, yang lama ditinggal sepi bersama-sama beriringan  dengan pemimpin mengikut pemimpin yang telah bersara.

Maka kedengaranlah para-para ulama upahan dalam menghafal dn memahaminya supaya senang untuk diterjemahkan nanti kepada ahli-ahli yang sentiasa kebingungan kerana yang lama pun masih belum faham-faham lagi akan maknanya, inikan pula timbul yang baru........ letih......letih.

Berbeza dengan parti Pas, walau seramai mana pun pemimpin datang dan pergi, Al-Quran Dan Hadist tetap menjadi pegangan kerana itulah pelembagaan tertinggi Pas yang tiada siapa dapat mengubahkannya.

Pandang Belakang Buat Mufti Perak.......

Mufti Perak, TS Harussani Zakaria melahirkan rasa kecewa dengan parti yang sanggup memutuskan tali persaudaraan sesama melayu kerana kerana kepentingan parti didahulukan ( Pas La tu ). Mufti Perak ni sudah lupa ke atau buat-buat lupa. Memang betul lah kata-kata Tun Dr. Mahathir dahulu orang melayu mudah lupa.( Umno la tu ). Tak tahu lah sejak dua mejak ni, saya asyik ulang kata-kata tu aje dalam coretan saya. TS Mufti usah lah keluar kenyataan-kenyataan yang mengarut itu. TS Mufti seorang yang dihormati dan berilmu. Usah lah dipersia-siakan apa yang Allah s.w.t. bagi, memang TS Mufti boleh mengeluarkan bermacam-macam kenyataan atas dasar untuk menyatukan orang melayu. Sebenarnya itu adalah satu kebaikan buat TS Mufti. TS Mufti sedar atau tidak, daripada kenyataan TS Mufti lebih kepada sikap assobiah iaitu lebih kepada semangat kebangsaan melayu. Sepatutnya TS Mufti sebagai agamawan, TS Mufti lebihkan kepada persaudaraan Islam daripada bersikap kebangsaan. Tidahkah sikap seperti ini ditentang oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Melayu Umno itu tidak boleh ditakrifkan sebagai Islam. Islam Umno ini pula lebih kepada sikap Islam Keturunan. Memang kita tiada hak menilai iman dan amalan seseorang.. kerana itu semua adalah daripada Allah s.w.t. belaka. Apakah TS Mufti masih berpegang kepada ideologi Umno lagi iaitu...... Melayu itu Islam, Islam itu melayu. Bukankah TS Mufti cukup arif tentang perkara ini. Kerana TS Mufti lah yang mendedahkan akan berpuluh-puluh ribu orang melayu telah murtad. Kalau cerita kepada orang...... yang murtad tu adalah orang PAS. TS Mufti agak-agaklah, orang percaya tak. Tapi kalau orang kata yang murtad itu orang Umno............... Apa pandangan TS Mufti TS Mufti sendiri boleh menilai dari segi fizikal tentang orang PAS dan orang Umno. Dari segi sikap, perangai, angkuh, memperkaya anak beranak, adik beradik, saudara mara dan kroni-kroni. Lihatlah istana-istana mereka , kenderaan mereka, cara mereka berbelanja dan banyak lagi. Orang-orang macam ini TS Mufti bercakap tentang tali persaudaraan. Yang menyalah guna kuasa untuk kepentingan duniawi mereka. Orang yang telah Mem ISA kan orang-orang yang tidak bersalah tanpa usul periksa. Orang yang memisahkan anak-anak dari bapanya, dari isterinya dan dari keluarganya................... NO WAY. Bagi Pas, Islam adalah ke utamaan parti, bangsa nombor dua. Apakah TS Mufti lupa bagai mana layanan Umno terhadap ahli-ahli Pas dan parti Pas itu sendiri. Betapa banyaknya dosa-dosa yang telah Umno lakukan .Tak kan TS Mufti tak tahu, sebagaimana Pas ditendang keluar daripada BN pada 1977 setelah Umno sudah mula kuat. Siapa yang membantu Umno kalau bukan Pas. Pas tidak pernah memutuskan tali persaudaraan sendiri, malah Pas cukup berpegang kuat dengannya tetapi atas dasar Islam. Memang TS Mufti jenis mudah lupa juga orangnya. Saya syor kan kepada TS Mufti buka balik tentang sejarah. Pernahkah TS Mufti mendengar, membaca dan melihat yang Pas pernah mengkhianati semangat setiakawan yang telah Pas hulurkan selama ini. Semua yang PAS lakukan sememangnya kerana PAS adalah parti yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. PAS tidak akan sesekali menikam kawannya dari belakang. Parti yang melakukan kerja-kerja yang menikam kawan nilah yang TS Mufti duk bela sangat-sangat.

Umon Dan Islam ..... Aurat ( Bahagian 1 )

Didalam tulisan ini saya akan mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap Islam yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Yang mana kenyataan-kenyataan ini adalah keluar daripada mulut pemimpin-peminpin Umno sendiri. Mengenai isu menutup aurat yang telah dinyatakan oleh Tun Dr. Mahadhir sendiri, sewaktu merasmikan perhimpunan agung Umno pada September 1997. Beliau berkata "Menutup aurat dikepala mempunyai tujuan yang sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak daripada berlakunya jenayah seks. Tidak siapa yang melarang amalan ini tetapi ramai yang ingin lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang amat tua juga mesti menutup kepala mereka. Dan jangan kita lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala. Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala dan bukan pencegahan jenayah. Asal kita menutup kepala sempurnalah amalan kita. Tetapi kita menghadapi masalah peningkatan sikap tidak toleran terhadap sesiapa yang tidak mengutamakan rupa bentuk yang dikatakan Islam ini sehingga yang sunat diwajibkan dan yang wajib di tingkat dan diperketatkan lagi, dengan dakwaan bahawa sesiapa tidak melakukannya maka orang itu tidak Islam dan murtad. Itulah kenyataan-kenyataan seorang yang mengaku sebagai pemikir dan negarawan. Bagi pandangan pemimpin-pemimpin Umno, apabila kita bercakap tentang aurat, apa yang ada dalam kepala mereka ialah pakai tudung kepala ataupun purdah. Satu perkataan yang cukup-cukup menakutkan Umno. Bila pandang je orang-orang yang berpurdah, mula lah bermacam-macam andaian mereka lontar kan. Bagi Umno, Islam yang mereka bawa adalah betul mengikut piawaian negara-negara barat. Aurat bagi mereka adalah menutup kepala sahaja. Kat bawah separuh bogel pun tak apa. Cara terbaik menutup aurat yang betul ialah apa yang di pakai oleh wanita Umno, Dr. Siti Hasmah, Rosmah Mansor, Syarizat Abd Jalili dan Rafidah Aziz. Itulah cara orang Islam menutup aurat, yang selain daripada itu.......... boleh jalan laaa.......... Di manakah perginya ulama-ulama Umno atau mufti-mufti, jangan asyik makan gaji buta sahaja. Bila melibatkan kepentingan Umno, mereka sanggup menjual agama dengan kedudukan dan pangkat. Memang ulama-ulama tiada tempat didalam parti yang berasaskan sekularisme. Apakah ulama-ulama Umno tidak mengaji atau saja-saja buat bodoh tentang satu kisah seorang sahabat r.a, yang buta kedua belah matanya berkunjung ke rumah Baginda Rasulullah s.a.w, dan sahabat itu telah dijemput masuk ke dalam rumah oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Pada masa itu isteri-isteri Rasulullah ada di rumah. Apabila sahabat r.a masuk, Baginda telah menyuruh isteri-isteri baginda masuk ke dalam bilik, lalu berkata isteri baginda,"Wahai Rasulullah.... bukan beliau itu buta dan tidak dapat melihat kami". Lalu Baginda Rasulullah s.a.w berkata," Bukankah kamu dapat melihatnya walaupun dia tidak dapat melihat kamu". Barulah isteri-isteri Baginda masuk ke dalam bilik. Lihatlah para pemimpin Umno, betapa aurat ini bukanlah satu perkara yang remeh dalam Islam. Hukum tentang aurat ini telah diterangkan didalam Al-Quran dan dijelaskan lagi secara detail didalam Hadith. Kerana aurat ini satu perkara yang tidak boleh berkompromi melainkan didalam keadaan darurat. Mendedahkan aurat lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Umno adalah satu parti yang dari segi akhlaknya memang sudah tidak dapat dibaiki lagi. Salah satu cara untuk memperbaikinya ialah dengan cara mereka beramai-ramai masuk ke dalam parti Pas. Sebagaimana apabila penguatkuasa menangkap perempuan-perempuan melayu yang berpakaian tidak senonoh dan peminum minuman keras. Para pemimpin Umno lah yang paling lantang mempertikaikan kerana menafikan hak mereka daripada perlembagaan. Dah pergi ke situ pulak..... Itulah dia para pemimpin Umno yang sememangnya talam dua muka.

Jumaat, 26 Jun 2009

Dasar Gila Talak.........

Ini apa hal tidur depan tangga rumah aku ni................. balik................. balik. Tak ingin aku kat kamu, dulu bukan main berlagak lagi. Berkepik ke sana sini nak tunjuk lah jantan tu kat aku, mentang-mentanglah jantan tu hensom, engkau berlagak kat depan aku. Bila jantan tu dah tak berkenan kat kamu, mula lah nak suruh aku simpati kat kamu. Dasar betina gila talak, sedarlah diri tu sikit. Kamu tu cermin sikit muka la sikit, umur dah masuk 63 tahun pun masih mengatal. Tak hingin aku............ dulu bila jumpa je jantan hensom bukan main berlagak lagi. Mentang-mentanglah jantan tu kaya, kamu sanggup buang kain baju aku kat luar tingkat. Ni apasal tidur depan tangga rumah aku ni, jantan tu dah tu dah halau kamu ke.................... padan dengan muka kamu. Apa nangis-ningis........ mu ingat aku nak kesian lah kamu. Memang dasar betina tahu malu, dah orang tak ingin kat kamu tak payah buat muka sekupang laa......... lain kali jangan nak tunjuk ex sangat. Aku ni tak hensom pun tak apa, aku jantan......... makin tua makin laku. Kamu tu makin tua dah lah tak laku, buang tabiat pulak. Aku ni sejak mejak minum kopi janda ni...... bukan janda je.... anak dara pun tergila-gila kat aku. Sejak kamu tinggalkan aku.......... bukan sorang tapi dua bini aku. Sorang janda sorang lagi anak dara. Mu ingat aku ni tak laku ke.......... hudoh-hudoh aku pun....... kahwin anak dara. Apa........ seminggu dok makan............. aku peduli apa, seminggu ke, sebulan ke............. lantak kamu lah. Tu laaaa............ dulu bukan main ex dengan aku, mentang-mentanglah aku ni dok kaya........ macam-macam mu kata kat aku. Sekarang baru kamu sedar............... langit tu tinggi ke rendah. Apa................ nak bagi kat aku RM 5 juta, nak suruh aku rujuk dengan kamu. Tak usah temberang lah............ aku dengar dulu kamu janji dengan sekor jantan tu, kamu janji nak bagi RM 3 juta kat jantan tu. Jantan tu ngadu kat aku rupa-rupanya bayar ansur-ansur......... padam muka jantan tu............. kena tipu hidup-hidup. Mu ni kalau bak menipu memang nombor wahid............. habis........ semua orang kamu tipu. Jangan kata orang tua-tua.............. budak-budak pun kamu tipu. Memang kamu ni tak berubah-ubah perangai.............. dari muda sampai ke tua.......... menipu....... menipu....... menipu. Itulah kerja kamu. Dah-dah........ pergi balik............. aku tak nak dah kat kamu. Kamu ni memang jenis tak sedar diri............. dah rumah kata pergi, kubur kata mari.......... tak insaf-insaf lagi. Kamu ni banyak sangat berdosa dengan orang. Dah tua-tua ni............... banyak-banyaklah buat amal jariah, banyak-banyak mintak ampun............. ramai sangat kamu buat aniaya.

Khamis, 25 Jun 2009

Kesalahan Umno Terhadap Pas..............

Apabila Tuan Guru Nik Aziz meminta Umno memohon maaf kepada Pas, para pemimpin Umno dengan sikap bodoh sombongnya menyatakan apakah kesalahan Umno terhadap Pas. Apakah mereka ini lupa pada sejarah ataupun memang sikap Umno jenis spesis buta hati. Terlalu banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh Umno terhadap Pas. Kalau ingin dihuraikan, mungkin terpaksa menulis sebuah buku. Di sini saya tulis kan sedikit antara yang terbanyak tentang kesalahan Umno terhadap Pas. Pada tahun 1959, tiga adun Pas dari Terengganu telah diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk di'brainwash'kan dalam usaha menumbangkan kerajaan Pas Terengganu yang diterajui oleh Daud Samad. Dan kerajaan Pas Terengganu berjaya ditumbangkan dalam usul undi tidak percaya. Kes tersebut hampir-hampir menyamai apa yang berlaku di Negeri Perak. Pembunuhan seorang adun Pas di Kelantan pada tahun 60 an dengan menggunakan sejenis senjata yang yang diberi nama "kapak kecek", satu senjata tradisional di Negeri Kelantan. Kes tersebut telah disenyapkan daripada siasatan polis. Pembunuhnya hingga ke akhir tidak dapat ditangkap. Kematian yang penuh tragis Timbalan Yang Dipertua Pas, Prof. Zulkifli di Pahang dalam kemalangan kereta. Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai satu mesyuarat di Terengganu. Menurut sesetengah pihak, kemalangan itu telah dirancang oleh parti pemerintah. Pas telah ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada 13 Disember 1977 setelah 4 tahun bersama dengan Barisan Nasional dalam usaha menyatukan orang melayu. Tetapi apabila Umno merasakan ia sudah kuat, Pas telah dihalau. Pada Julai 1978 pilihan raya umum telah diadakan, tetapi di Kelantan hanya pilihan raya parlimen sahaja tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri kerana Umno-Bn telah menggunakan MAGERAN terhadap kerajaan Pas Kelantan. Dalam pilihanraya tersebut, Pas hanya dapat mengekalkan 2 kerusi sahaja daripada 12 kerusi yang ada di Negeri Kelantan. Salah satu kerusi parlimen yang dapat dipertahankan adalah kerusi Parlimen Pengkalan Chepa yang diwakili oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Dan pada tahun yang sama juga Dewan Undangan Negeri dibubarkan selepas di"MAGERAN"kan oleh kerajaan Umno-Bn. Pas telah ditentang oleh dua musuhnya iaitu Berjasa yang tubuhkan oleh Dato' Mohamad Nasir setelah keluar daripada Pas di atas permainan kotor Umno terhadap Pas. Pada pilihan raya tersebut, Pas hanya dapat mempertahankan dua kerusi sahaja. Berjasa memperolehi 11 kerusi dan Umno-Bn 23 kerusi daripada 36 kerusi. Setelah 18 tahun memerintah Pas telah dijatuhkan dengan cara yang tidak sepatutnya. Itulah permainan kotor Umno terhadap Pas, parti yang banyak berjasa dan membantu Umno semasa sokongan rakyat telah bertukar tangan kepada parti pembangkang. Pada 9 Julai 1984, satu operasi yang dipanggil 'Operasi Kenari' atau 'Operasi Lalang' telah dilakukan oleh Umno-Bn terhadap parti pembangkang yang membawa kepada penangkapan pemimpin-pemimpin Pas, antaranya Ustaz Abu Bakar Chik, Mohamad Sabu, Bunyamin Yaakob dan ramai lagi telah di ISA kan. Sedangkan apa yang berlaku adalah tentang perbalahan Umno dengan MCA tentang ketuanan melayu. Antara yang terlibat secara langsung adalah DS Najib dan Naib Presiden MCA, tetapi yang menjadi mangsanya ialah pemimpin pembangkang yang tidak terlibat langsung dengan pertelingkahan tersebut. Itulah permainan jahat Umno terhadap Pas yang dikepalai oleh rejim Tun Dr. Mahathir, penentang total Pas. Di Lubuk Merbau Kedah, seorang penyokong Pas telah di pukul sehingga mati oleh sekumpulan penyokong Umno yang mengikut maklumat, kejadian tersebut disaksikan sendiri oleh DS Najib semasa beliau melalui kawasan tersebut. Beliau hanya melihat dan berlalu pergi tanpa mengambil apa-apa tindakan. Semasa itu beliau berjawatan sebagai ketua Pemuda Umno. Tiada siasatan dan tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa sehingga sekarang. Peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh penyokong Pas ialah pembunuhan beramai-ramai oleh pihak berkuasa yang diperalatkan oleh Umno. Pada 19 November 1985 di Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, 14 penyokong Pas telah dibunuh oleh Rejim Dr. Mahathir. Yang dibunuh termasuk Ustaz Ibrahim Mahmood atau Ustaz Ibrahim Libya. Semasa kejadian tersebut, Dr. Mahathir dalam perjalanan ke China untuk lawatan kerja. Tun Musa Hitam adalah Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Memang tangan -tangan Umno penuh dengan darah-darah penyokong Pas. Sebagaimana doa Almarhum Ustaz Fadhil Noor agar dipanjangkan umur Dr. Mahathir untuk melihat akan kerosakan dan kekejaman yang telah Umno lakukan terhadap Pas dan penyokongnya. Ramai lagi penduduk Memali tidak kira lelaki, wanita dan kanak-kanak telah di tangkap dan di seksa. Bagaimana kejamnya pihak berkuasa menyeksa sehinggakan ada yang menjadi lumpuh, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada di seksa. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala kekejaman yang telah mereka lakukan. Semasa kejadian tersebut, Ketua Polis Negara ialah Tun Hanif Omar yang terkenal dengan kata-kata hukum judi itu haram tiada didalam Al-Quran kerana beliau adalah timbalan Pengerusi Kumpulan Genting, syarikat yang perniagaan terasnya ialah perjudian. Ramai menyokong-penyokong Pas telah di ISA kan kerana dituduh menjadi anggota Jemaah Islam atau JI, satu tuduhan yang direka-reka untuk menghalalkan segala perbuatan jahat Umno. Antara yang ditahan termasuk Nik Adli iaitu anak Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Beliau telah dituduh sebagai ketua JI Malaysia. Bagaimana Pas dapat memaafkan Umno di atas segala kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap penyokong-penyokong Pas. Anak dipisahkan daripada ibubapa, suami dipisahkan daripada isteri dan bapa dipisahkan daripada anak-anak. Semuanya dilakukan atas dasar membasmi pengganas. Dalam percubaan Umno untuk mengharamkan Pas dan membuang perkataan Islam pada parti Pas, ia telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Lihatlah wahai ahli-ahli Umno akan kekejaman yang telah dilakukan oleh para pemimpin kamu terhadap bangsa mereka sendiri. Oleh itu relevankah Pas untuk duduk semeja dengan orang-orang seperti ini. Sebagaimana kejamnya mereka apabila merampas tanah-tanah yang telah diberikan oleh Kerajaan Pas Terengganu kepada rakyat Terengganu sendiri. Bagaimana rumah-rumah dan surau yang di diri dengan hasil titik peluh mereka selama berpuluh-puluh tahun bekerja, telah diroboh dengan begitu rakus sekali. Bagaimana Kerajaan Pas Terengganu telah disekat bayaran royalti minyak setelah Umno kalah di Terengganu. Di Kelantan, kerajaan pusat yang diterajui oleh Umno-Bn telah melambat-lambatkan bayaran wajib kepada kerajaan negeri. Dan terkini di Kelantan, berikutan penemuan medan minyak, kerajaan Umno-Bn telah gagal membayar royalti minyak yang sepatutnya kepada kerajaan Kelantan yang berjumlah hampir RM 1 bilion. Di Batu Buruk, Terengganu, penyokong-penyokong Pas telah ditembak dengan peluru hidup didalam kejadian yang telah diprovokasikan oleh Umno untuk menunjukkan betapa ganasnya penyokong-penyokong Pas. Apakah pemimpin-pemimpin Umno sudah lupa akan segala kekejaman yang telah mereka lakukan, sejarah tidak akan lupa. Memang betul lah apa yang dikatakan oleh Mahathir, melayu mudah lupa. Untuk pembetulan ayat, Umno mudah lupa kerana itulah yang sebetulnya.

Rabu, 24 Jun 2009

Pembelot Di Dalam Pas.........

Apabila saya menulis tentang dalang didalam PAS, ia adalah satu perkara yang pernah berlaku di dalam parti PAS. Memang telah ada pembelot yang berjaya menyerap masuk didalam parti PAS pada era Almarhum Ustaz Fadhil Noor menjadi Presiden PAS. Yang mana satu gerakan halus telah dimainkan dalam usaha menjatuhkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Pada era 90 an dahulu. Tetapi usaha tersebut dapat dihidu oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS. Apabila ia dikenal pasti maka Ustaz Harun Taib yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat telah melakukan pembersihan. Mereka sempat bermuzakarah dengan Ustaz Harun Taib sebelum keluar daripada parti PAS dan menubuhkan satu NGO yang tidak perlu saya sebutkan. Kerana itulah saya mengatakan ada dalang atau tangan-tangan ghaib di sebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS. Apa yang saya tulis adakah mengikut kepada fakta sejarah dan bukannya menulis secara membabi buta. Apa yang saya bimbangkan ialah kita tidak tahu akan dalang-dalang tersebut. Mereka menggunakan pimpinan tertinggi PAS dalam menjalankan kerja-kerja jahat mereka. Sama seperti kejadian yang yang berlaku pada era Almarhum Ustaz Fadhil Noor, mereka melaga-lagakan pucuk pimpinan tertinggi PAS untuk mencapai impian dan matlamat mereka dalam usaha mengambil alih parti PAS. Kita masih bernasib baik kerana di zaman IT ini, maklumat dapat disebarkan dengan begitu cepat. Tetapi janganlah pula kita menjadi alat kepada mereka dengan coretan-coretan yang mungkin menyinggung perasaan seseorang. Walau siapa mereka baik kawan mahupun lawan.

Selasa, 23 Jun 2009

Cari Dalang Di Sebalik Kekalutan Di Dalam PAS.....

Setelah membaca blog-blog tentang kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, maka saya menyeru agar pihak pimpinan PAS mencari dalang di sebalik kekalutan yang berlaku didalam parti PAS. Kerana saya percaya mesti ada tangan-tangan ghaib yang mengarahkannya. Orang-orang seperti ini memang tidak layak berada didalam parti PAS yang berlandaskan kepada Al-Quran dan AL-Hadith. Kerana merekalah yang membuat pendokong-pendokong PAS telah berpecah. Walau siapa mereka atau pangkat mereka, ia tidak layak berada didalam parti PAS. Apabila mereka tidak dapat memusnahkan PAS dari luar maka mereka telah menyusup masuk ke dalam PAS. Sehinggakan kita pun terikut-ikut dengan rentak mereka yang membawa kepada kata-mengata dan membuat bermacam-macam andaian terhadap pucuk pimpinan kita sendiri. Orang-orang yang seperti inilah yang membuatkan Islam terus jatuh beratus-ratus tahun dahulu. Di mana zaman kegemerlangan Islam telah pudar dek kerana ada orang-orang yang diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan. Yang sanggup menjual maruahnya dengan harga yang murah. Seperti kata Tuan Guru Nik Aziz tentang memprofesionalkan ulama adalah satu kata-kata yang patut kita renungkan bersama. Memang tepat apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz tentang perkara tersebut. Yang mana di zaman kegemerlangan Islam, para sarjana-sarjana Islam seperti Ibnu Sina sebagai contoh, beliau lah doktor dan beliau juga ulama. Sarjana-sarjana seperti inilah yang membuat Islam jauh ke hadapan yang membuatkan orientalis-orientalis barat pun begitu kagum terhadap terhadap mereka sehinggakan kitab-kitab karangan mereka telah dijadikan bahan ilmiah untuk rujukan sehingga sekarang. Tetapi apa yang berlaku sekarang lain pula perangainya. Bila diberi ilmu mereka sia-siakan, bila diberi amanah mereka melanggarnya. Saya tidak akan sesekali berkompromi dengan orang-orang seperti ini, yang makan minum bersama dan tidur sebantal. Apakah perlu kita menyimpan orang-orang seperti ini walau setinggi mana pun pangkat mereka. Musuh yang nyata senang kita hadapi tetapi orang-orang seperti ini sukar untuk kita ramalkan. Apakah lagi strategi mereka akan datang dalam cubaan menjahanamkan parti PAS. Saya mengakui ramai daripada kita yang terikut-ikut dengan rentak mereka sehinggakan hilang kewarasan kita terhadap pemimpin-pemimpin kita sendiri. Sedangkan kita telah ditarbiahkan oleh guru-guru kita tentang adab kesopanan. Sedangkan tetamu yang kita tidak kenali pun kita raikan, inikan pula jemaah kita sendiri. Bermacam-macam tohmahan kita lempar kan terhadap pemimpin kita sendiri yang membuatkan kita hilang pertimbangan seketika. Mungkin sekarang kita tidak tahu siapa mereka tetapi lambat-laun kita akan dapat tahu juga siapa mereka. Kerana bangkai walau ditutup setebal mana pun tetap akan berbau juga. Cuma cepat atau lambat sahaja yang tidak kita ketahui.

Isnin, 22 Jun 2009

Maka Selesailah Segala Apa yang Tersurat Dan Tersirat........

Alhamdulillah.............. Segala Puji-pujian untuk Allah s.w.t.... Tuhan sekalian alam. Itulah yang hanya mampu saya lafahkan setelah terungkai segala permasalahan yang berlaku kepada parti PAS yang saya sayangi. Maka........ Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan lagi kekuatan yang telah diberikan. Buang segala kekeruhan yang sedikit sebanyak telah membuat ahli-ahli dan pemimpin PAS berbelah bagi dalam menentukan hala tuju parti. Segalanya telah terungkai didalam perbincangan pucuk tertinggi pimpinan parti dan juga dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Usah lah lagi menimbulkan tentang isu kerajaan perpaduan yang telah diperbesar-besarkan oleh media massa arus perdana. Memang itulah kerja-kerja kotor yang mereka lakukan untuk memecahbelahkan parti PAS dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ternyata usaha mereka dan juga agen-agen mereka telah berjaya di patahkan di atas kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dan juga Pakatan Rakyat. Maka usah lah lagi membangkitkan lagi isu tersebut yang telah dimanipulasikan oleh media-media Umno-Bn. Seperti yang telah saya nyatakan dalam tulisan-tulisan saya yang lepas, bagaimana ulama-ulama besar dahulu sentiasa berlapang dada apabila berlaku perbezaan pendapat yang melibatkan perpaduan ummah agar tidak timbul perpecahan di kalangan umat Islam. Bagi pucuk pimpinan tertinggi PAS, itulah jalan terbaik dalam menangani segala isu-isu yang berbangkit dengan membincangkannya didalam Majlis Syura. Bukannya melalui media massa yang memang menjadi alat bagi Umno-Bn. Itulah peranan Majlis Syura yang telah diwujud didalam parti PAS. Apabila sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan ummah maka Majlis Syura adalah tempat yang sebaiknya untuk berbincang, bukannya di warung-warung kedai kopi. Musuh-musuh PAS memang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan PAS, kerana itulah matlamat utama mereka. Bukankah PAS satu parti atau gerakan Islam yang sudah lali dengan strategi dan permainan kotor politik Umno-Bn Bagaimana layanan yang telah diberikan oleh Umno-Bn terhadap ahli-ahli dan kerajaan pimpinan PAS seperti kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu. Begitu juga pada kerajaan Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan yang terkini Perak yang dirampasnya secara rakus dengan bantuan penguatkuasa undang-undang yang telah diperalatkan oleh Umno-Bn. Saya juga menyetujui agar segala perbincangan yang melibat kepentingan rakyat, mestilah disertai oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Kerana saya melihat didalam segala pakatan yang telah disertai oleh PAS pada masa yang lepas, Pakatan Rakyat adalah yang terbaik walaupun ia masih lagi baru. Oleh itu marilah kita bersama-sama memperkukuhkan lagi ikatan yang telah terbina antara PAS, PKR dan DAP. Kenapa perlu kita memberi talian hayat yang terakhir kepada Umno-Bn yang semakin dijauhi oleh rakan dan lawan. Umno-Bn sudah tidak lagi relevan pada masa sekarang, kerana apa yang telah Umno-Bn lakukan kepada negara. Talian hayat yang terakhir bagi Umno-BN telah habis digunakan, maka tunggu lah akan kebinasaannya. Betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar oleh Pas dan juga parti pembangkang lain dalam menghadapi kerakusan Umno-Bn. Dan yang pasti ia akan dibayar secara tunai oleh PAS, PKR dan DAP. Andainya alasan yang diberikan oleh Umno adalah untuk kepentingan orang melayu dan mengelakkan orang melayu daripada berpecah. Apa yang pasti bukan kerana perpecahan orang melayu tetapi perpecahan di kalangan Umno sendiri. Orang melayu/Islam masih lagi ada pilihan dalam memperkukuhkan bangsa iaitu dengan menyertai parti PAS ataupun PKR. Bangsa Melayu/Islam tidak akan hilang jati dirinya sekiranya menyertai PAS. PAS lah yang banyak mempertahankan kepentingan bangsa Melayu/Islam berbanding kan dengan Umno. Kerana Umno lah yang telah mengkhianati bangsa Melayu/Islam itu sendiri. Umno lah yang telah melenyapkan bahasa jawi dan sekarang cuba melenyapkan pula bahasa Melayu melalui PPSMI. Kita lihatlah jati diri yang ada pada pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini yang lebih banyak memberi kerosakan daripada memperbetulkannya. Kekuatan bangsa Melayu/Islam masih wujud sekarang ini adalah kerana jasa PAS yang telah menyambung perjuangan yang telah di tingalkan oleh Datuk Maharajalela, Tok Sago, Tok Kenali, Tokku Paloh,Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, Hizbul Muslimin, PKMM dan ramai lagi. Maka sudah tiba masanya kita mengerakkan peranan kita sebagai parti PAS parti pemangkin kepada pejuang-pejuang dahulu dalam memperkukuhkan jati diri bangsa Melayu/Islam. Nyah kan musuh-musuh kita yang masih bersembunyi didalam parti PAS sendiri. Usah lah lagi kita terperangkap dengan dakyah-dakyah Umno-Bn yang sekarang ini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Ustaz Nasharuddin Tidak Perlu Melepaskan Jawatan....

Dalam tulisan saya semalam, saya ada melontarkan sedikit kesangsian saya terhadap orang-orang yang ada di sekeliling Tuan Guru Nik Aziz yang mungkin telah memberi maklumat yang salah kepada Tuan Guru Nik Aziz tentang perbalahan yang semakin kuat antara ahli dan juga pemimpin-pemimpin Pas sendiri. Apa yang saya bayangkan semalam mungkin ada sedikit benarannya, apabila saya merujuk kepada artikel yang telah ditulis kan oleh Ustaz Nik Abduh tentang penasihat -penasihat yang berada di sekeliling Tuan Guru Nik Aziz. Yang mana, mungkin ada sedikit kebenaran disembunyikan dari pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz. Kerana seperti apa yang saya katakan tentang Tuan Guru Nik Aziz apabila timbul sesuatu isu, Tuan Guru Nik Aziz pasti akan melenting dan mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan kepada media massa perdana. Dan apabila di terangkan secara terperinci, barulah beliau akan reda kemarahannya. Walau apa pun natijahnya, Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh dipersalahkan kerana beliau tidak diberi penerangan yang jelas tentang sesuatu perkara yang berbangkit. Kita patut menoleh kepada pembantu-pembantu beliau yang mungkin telah tersilap sedikit memberi penerangan yang mungkin juga tanpa disedari oleh mereka yang menjadikannya lebih sensasi. Maka mereka telah mendapatkannya. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang telah di bincangkan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Nik Aziz kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 semalam. Sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim Dan Tuan Guru Nik Aziz bersama-sama ke Kuala Krai untuk Ceramah Perdana semalam. Dan dari maklumat yang belum ada kesahihannya , saya mendengar ada sedikit keredaan pada diri Tuan Guru Nik Aziz. Saya tidak tahu apa yang telah diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hinggakan Tuan Guru Nik Aziz membuat kenyataan yang berlembut sedikit. Mungkin juga Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbicara dan menerangkan sedikit sebanyak tentang kerajaan perpaduan yang menjadi isu panas itu. Biar apa pun berlaku, Ustaz Nasharuddin ada juga kesilapannya dalam kenyataan-kenyataan beliau dalam mengulas tentang pujian yang telah diberikan oleh Datuk Seri Najib terhadap Pas dan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Mungkin sikap beliau yang terlalu tergesa-gesa tanpa merujuk dulu kepada Tuan Guru Nik Aziz semasa ketiadaan Tuan Guru Haji Hadi di dalam negara. Salah satu sebab di antara banyak-banyak sebab yang membuatkan Tuan Guru Nik Aziz meradang. Dan tanpa membuang masa, mereka yang ada kepentingan mula memainkan peranan supaya ia menjadi lebih keruh lagi. Sepatutnya mereka yang ada di sekeliling Tuan Guru Nik Aziz menjernihkan keadaan semasa ketiadaan Tuan Guru Presiden. Itulah baru layak dipanggil pemimpin yang patut dicontohi. Saya amat-amat memuji kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Naib Presiden Pas iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang lebih bijak dalam menangani isu tersebut dengan secara berhikmah. Itulah yang baru layak menjadi pemimpin kerana tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan lagi ahli-ahli dan parti Pas sendiri. Mereka lebih kepada menyatukan kembali ahli-ahli Pas. Tidak seperti sesetengah pemimpin yang mempunyai agenda yang tersembunyi telah cuba sedaya upaya agar berlakunya perpecahan didalam parti Pas kepada dua puak. Sebagaimana yang telah di keluarkan kenyataan oleh 10 orang ahli parlimen yang cuba menjadi jaguh tetapi sebenarnya lebih bersifat cuba memalukan Tuan Guru Presiden. Inikah sikap pemimpin yang bergelar Yang Berhormat yang dikategorikan sebagai profesional. Saya melihat mereka ini lebih kepada sikap kebudak-budakkan. Amat malang dan sungguh memalukan profesional-profesional kita yang disanjung-sanjung di dalam Muktamar Pas ke 55 yang lalu bersikap sedemikian rupa. Apakah mereka sudah merasa megah dan gagah dengan gelaran dan jawatan yang telah diberi pinjam buat sementara sebagai amanah. Allah boleh memberi dan mengambilnya semula sekiranya Allah menghendakinya. Tidak kira kamu itu Raja, Presiden, Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin tertinggi parti tanpa mengira siapa, kerana Allah sahajalah yang berhak ke atas segala-galanya tanpa ada kompromi. Kita hanyalah pemegang amanah sahaja. Siapa lah kita di hadapan Allah tuhan sekelian alam.

Ahad, 21 Jun 2009

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Di Dalam Parti Pas Sekarang Ini ........

Apakah dunia sudah terbalik atau manusia yang terbalik. Dalam keadaan parti Pas sedang berkecamuk dengan desak kan agar Ustaz Nasharuddin meletak jawatan tentang isu kerajaan perpaduan. Satu isu yang semakin besar kerana ia memang diperbesarkan oleh musuh-musuh Pas yang membawa kepada bibit-bibit perpecahan kepada dua kumpulan. Iaitu satu daripada kumpulan Tuan Guru Haji Hadi dan satu lagi daripada Tuan Guru Nik Aziz. Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Pas telah mula mengeluarkan hujah masing-masing yang mula menampakkan keretakan didalam parti Pas. Walaupun dinafikan oleh para pemimpin Pas, tetapi yang nyata dan jelas memang telah berlaku perpecahan didalam Pas. Walau beribu kali dinafikan, perpecahan telah pun berlaku. Ini boleh dilihat pada pilihan raya kecil dun Manek Urai yang mana telah ada ura-ura daripada pucuk pimpinan di Kelantan yang tidak akan meletakkan gambar Tuan Guru Haji Hadi didalam poster dan banner yang akan dicetak. Pas Kelantan telah mula melebarkan lagi keretakan yang telah ada. Dan kemungkinan besar Tuan Guru Haji Hadi akan diketepikan langsung didalam pilihan raya kecil tersebut........ Tahniah kepada pimpinan Pas Kelantan. Inikah sikap ahli-ahli Pas Kelantan yang ber wa'la kan kepada Tuan Guru Nik Aziz yang telah sekian lama di tarbiah kan secara langsung oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Apakah pimpinan Pas Kelantan telah memaklumkan perkara tersebut kepada Tuan Guru Nik Aziz. Apakah beliau telah diberi penerangan secara khusus oleh pucuk pimpinan Kelantan tentang perkara tersebut. Mungkin Tuan Guru Nik Aziz tidak mengetahuinya, kalau Tuan Guru Nik Aziz tahu pasti Tuan Guru Nik Aziz akan menyuruh mereka meletak jawatan, kerana telah memalukan Pas. Pada pandangan peribadi saya, kita patut membaca semula semua artikel yang telah ditulis oleh Ustaz Nik Abduh tentang para penasihat-penasihat Tuan Guru Nik Aziz. Mungkin juga ada kebenaran di sebalik kata-kata beliau itu. Sehingga beliau sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang Ustaz dan juga anak kepada Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Tidak salah kalau kita ada perasaan begitu kerana ia adalah untuk kebaikan parti Pas sendiri yang kita sebagai pendokongnya. Di mana beliau telah ditentang hebat oleh sesetengah pemimpin Pas sendiri sehinggakan beliau diminta menarik balik artikel beliau itu. Kerana apa yang dikatakan oleh Ustaz Nik Abduh itu mungkin ada kebenarannya. Sehinggakan beliau kecundang didalam pemilihan Dewan Pemuda Kelantan. Tetapi mendapat undi tertinggi sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Pusat. Apa yang Ustaz Nik Abduh lontar kan seperti mengulang kan kembali cerita yang lalu tetapi sedang berlaku sekarang ini. Tidakkah terfikir didalam fikiran kita yang cetek ini, kita seperti melihat satu drama yang kita tidak tahu siapa sebenarnya pengarahnya. Seperti ada tangan-tangan ghaib yang sedang memberi arahan agar dilaga-lagakan Tuan Guru Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden Pas. Tetapi siapakah sebenarnya yang akan mendapat labanya sekiranya perkara ini berjaya. Itulah perkara yang sedang bermain didalam fikiran saya sekarang ini. Dan timbul pula watak tambahan iaitu pemimpin tertinggi Umno yang merayu agar tidak berlaku perpecahan didalam parti Pas. Tidakkah itu satu perkara yang pelik dan ajaib, apabila parti Umno yang memang musuh ketat Pas tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang tak masuk dek akal. Parti yang Tuan Guru Nik Aziz sendiri berkata, buat apa kita menghulurkan kayu untuk menyelamatkan Umno daripada lemas sedangkan dan berpuluh-puluh tahun kita cuba melemaskannya. Dan mereka telah dapat mencari kambing hitam iaitu Ustaz Nasharuddin yang bertaraf Timbalan Presiden Pas. Iaitu orang amat bersesuaian dalam drama yang sedang diarahkan. Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sesetengah pemimpin Pas sekarang ini. Oleh itu marilah kita bersama-sama bermuhasabah pada diri kita sendiri. Saya merasakan seperti ada satu perancangan sulit telah direncanakan di dalam parti Pas. Di mana ahli-ahli Pas dilaga-lagakan agar berpecah menjadi dua puak. Yang mana, setiap kali isu yang di laporkan kepada Tuan Guru Nik Aziz oleh pembantu-pembantu beliau, beliau pasti akan membidasnya. Tetapi apabila Tuan Guru Haji Hadi pergi berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz, pasti beliau reda akan kemarahannya. Setelah Tuan Guru Nik Aziz diterangkan secara terperinci oleh Tuan Guru Haji Hadi. Apakah benar atau tidak telahan saya yang serba kekurangan ini. Kita tunggu dan lihat apa kesudahan drama ini. dan dalam pada itu marilah kita bersama-sama rapatkan saf dalam kita menghadapi segala perancang jahat mereka itu.

Besar Sangatkah Dosa Ustaz Nasharuddin..........

Setelah tiga hari berpuasa daripada membaca internet, akhbar dan menulis, maka sudah tiba masanya saya menulis apa yang terbuku dihati dan fikiran yang cuba saya tahankan. Walaupun saya tahu pasti saya akan dikritik dan di maki hamun, saya tetap menerima dengan hati terbuka............... Insyallah.
Apabila Tuan Guru Musirdul Am Pas.meminta Ustaz Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan melepaskan juga jawatan ahli Parlimen Bachok, adalah benar-benar mengejutkan saya. Apakah benar kenyataan itu keluar daripada mulut Tuan Guru Mursidul Am Pas, ataupun hanya putar belit daripada media massa Umno-BN.
Tuan Guru Mursidul Pas tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi Pas sendiri yang mendokong perjuangan yang berlandaskan Islam yang mana Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pelembagaan tertinggi Pas. Sebuah gerakan Islam yang sudah terkenal dimata dunia.
Sebagai Mursidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengesa Ustaz Nasharuddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan ahli Parlimen Bachok kerana beliau adalah Timbalan Presiden yang di pilih oleh perwakilan di Muktamar Pas yang lepas. Walaupun beliau hanya mendapat 46.96 % undi, tetapi beliau tetap sebagai pemenang dengan mengalahkan Datuk Paduka Husam Musa yang mendapat 27.49 % dan Saudara Mohamad Sabu yang mendapat 25.53 % undi.
Dan apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz meminta beliau meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok, kerana ia berada didalam Negeri Kelantan. Tuan Guru seperti menyesal kerana membenarkan Ustaz Nasharuddin bertanding di negeri Kelantan. Apakah Tuan Guru Nik Abdul Aziz merasakan yang Pas umpama adalah milik mutlak beliau. Sedangkan sebagai Timbalan Presiden, beliau layak diberi kawasan selamat berasaskan kedudukan beliau.
Kenapa perlu di ungkitkan perkara yang dah lepas. Sampai begitu sekali beliau dimalukan oleh pemimpin sendiri yang memegang jawatan tertinggi didalam hariki parti Pas. Kenapa tidak di ungkitkan tentang kerusi yang telah diberi oleh Raja Lompat yang terang-terangan menikam kembali Pas. Saya tidak pernah mendengar apa-apa pun ulasan daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz tentang Datuk Ibrahim Ali apabila beliau ternyata menikam parti Pas sendiri. Mungkin alasannya kerana Datuk Ibrahim Ali bukan ahli Pas. Tetapi siapakah dalangnya yang telah memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding diatas tiket Pas.
Besar manakah dosa Ustaz Nasharuddin sehinggakan beliau dimalukan berbandingkan Datuk Ibrahim Ali. Memang ahli-ahli Pas ditarbiahkan agar Wa'la kepada pemimpin. Apakah Ustaz Nasharuddin bukan seorang pemimpin. Kalau ada yang tidak kena, perlukah kita menghebahkan kepada musuh-musuh kita sendiri. Bukankah Pas ada tempat dan landasannya apabila belaku percanggahan pendapat. Itulah gunanya Majlis Syura, bukannya memanggil sidang akhbar yang pasti akan memutar belitkan kenyataan-kenyataan yang diberikan.
Kerana itulah para ulama-ulama besar dahulu, apabila bercanggah pendapat mereka akan berlapang dada agar tidak belaku perpecahan dikalangan umat Islam. Sebagai orang lama dan tinggi ilmunya didalam Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya memalukan Ustaz Nasharuddin begitu sekali. Saya bulanlah orang yang layak menegur Mursidul Am Pas. Siapalah saya kalau hendak dibandingkan umpama langit dengan bumi. Kerana saya tahu, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang memimpin bukannya dipimpin.
Jikalau ditanya kepada saya siapakah pemimpin yang kamu wa'la kan. Saya pasti akan menjawab Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kerana mereka adalah pemimpin saya selagi mereka tidak lari daripada landasan perjuangan Pas. Kerana pelembagaan tertinggi Pas adalah Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menjadi pertunjuk kepada umat manusia.

Rabu, 17 Jun 2009

Nasha Jangan Terlalu Teruja Sangat...............

Kenapa Ustaz Nasharuddin terlalu teruja sangat-sangat apabila DS Najib memuji akan keikhlasan Tuan Guru Haji Hadi. Dalam tulisan saya semalam, saya ada mengulas mengenai DS Najib. Janganlah Timbalan Presiden terperangkap dalam kancah politik DS Najib yang penuh dengan tipu muslihat itu.
Tidakkah Ustaz Nasharuddin tidak tahu sepak terajang politik Umno itu. Bagaimana seorang pemimpin tertinggi Umno-BN iaitu Perdana Menteri yang tidak pernah memuji-muji pemimpin PAS sewaktu pemimpin tersebut masih hidup tiba-tiba memuji. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Umno-BN yang memang sekarang ini sudah hilang kepercayaan daripada rakyat. Dalam tulisan saya semalan juga, saya mengatakan puak-puak Umno ini kalau ada masalah, parti pertama yang mereka cari ialah PAS. Kerana Umno tahu yang PAS adalah sebuah parti yang senang didekati dan senang di tipu. Umno kena ingat sekarang ini abad ke 21, bukannya abad ke 20. Pas sudah banyak belajar daripada kesilapan dan tidak akan sesekali melakukan kesilapan lagi. Pas sudah lali diperlakukan bermacam-macam cara oleh Umno terhadap ahli-ahlinya seperti dibunuh, ditangkap, dihina, difitnah, di tindas, di ISA kan, di tahan segala hak-haknya sebagai rakyat Malaysia, di anak tirikan didalam negara sendiri dan bermacam-macam lagi perbuatan terkutuk yang telah Umno lakukan sejak sebelum merdeka lagi. Apakah Ustaz Nasharuddin sudah lupa segala kezaliman yang telah Umno lakukan terhadap parti PAS dan ahli-ahlinya. Memang idea tersebut datang daripada Tuan Guru Haji Hadi tetapi Tuan Guru Haji Hadi telah menyuruh ia dihentikan. Bak kata orang yang Almarhum Ustaz Fadhil Noor beruntung bertimbalan kan Tuan Guru Haji Hadi tetapi Tuan Guru Haji Hadi bernasib malang kerana tidak mendapat pembantu terbaik. Saya tidak bermaksud Ustaz Nasharuddin seorang timbalan yang tidak baik. Mungkin Ustaz Nasharuddin seorang timbalan yang setia, tetapi tidak sebaik Tuan Guru Haji Hadi semasa menjadi timbalan kepada Ustaz Fadhil Noor. Tuan Guru Haji Hadi pun tahu idea yang beliau lontar kan bukan suatu yang sesuai buat masa sekarang. Kerana itulah beliau mengatakan idea tersebut sesuai semasa Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri. Tidak sesuai buat masa sekarang kerana DS Najib menjadi Perdana Menteri.

Sejarah Tidak Berbohong Tetapi Umno Yang Berbohong.......

Krisis politik yang melanda Kelantan pada tahun 1977 telah menyebabkan Pas mengambil keputusan keluar daripada BN pada tahun yang sama. Punca krisis itu adalah kerana Adun-adun PAS mengambil keputusan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besarnya sendiri, Dato' Mohamad Nasir, yang dikatakan begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin Umno. Adun-adun Umno menyokong Dato' Mohamad Nasir dengan menentang usul tersebut. Tetapi, akhirnya usul undi tidak percaya itu diluluskan kerana PAS masih menguasai Dun Kelantan pada waktu itu. Dengan lulusnya usul undi tidak percaya itu, Dato' Mohamad Nasir dengan sendirinya tersingkir dari jawatan Menteri Besar Kelantan. Tetapi, oleh kerana PAS gagal membentuk kerajaan baru kerana pihak istana tidak dapat menerima calon Menteri Besar dan barisan ahli Exco yang dikemukakan oleh PAS maka timbullah krisis politik yang sukar diatasi. Para pemimpin Umno tempatan meneruskan usaha mereka dengan cara apa sekali pun untuk menguasai negeri Kelantan dengan menggunakan pengaruh peribadi Dato' Mohamad Nasir yang di anggap 'clean' atau bersih itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan di bandar Kota Bharu yang menyebabkan perintah berkurung diisytiharkan di ibu negeri Kelantan tersebut. Rusuhan kecil itu berlaku selepas para penyokong Umno dan anak-anak muda yang dibawa dari kampung ke Kota Bharu mengadakan tunjuk perasaan dan perarakan secara haram dari Padang Merdeka ( Padang Bank ) menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan (yang sekarang ini menjadi pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu). TGNA mungkin mengetahui perkara yang sebenar. Para penunjuk perasaan itu bertindak liar dan mengganas apabila Polis Simpanan Persekutuan menghalang mereka daripada meneruskan perarakan menuju ke bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Akhirnya, penunjuk-penunjuk perasaan itu berundur dan bersurai sambil membaling batu dan kayu ke arah kedai-kedai cina di sekitar perhentian teksi dan dikawasan-kawasan tertentu. Tetapi, yang anehnya rumah dan kediaman Adun-adun PAS termasuk kediaman Timbalan Menteri Besar turut menjadi mangsa kepada keganasan para penunjuk perasaan yang terdiri daripada pemuda yang dibawa masuk ke Kota Bharu dari kawasan luar bandar. Mungkin para penunjuk perasaan itu tidak sanggup dan berani menyerang kediaman Timbalan Menteri Besar di Kubang Kerian itu kalau tiada 'kuasa lain' di belakang mereka. Apakah Umno -BN sudah lupa siapa yang membawa budaya samseng kalau bukan mereka. Sungguh memalukan apabila Umno-BN menyatakan yang PAS telah membawa budaya samseng di Dun Manek Urai. Tolonglah cermin diri sendiri sebelum menuduh orang lain. Kalau Umno hendak tahu, saya boleh tolong mendedahkan sejarah Umno yang penuh dengan sikap lontar batu sembunyi tangan. Lain kali kalau nak tuduh PAS, Umno patut buka buku-buku sejarah semula.

Selasa, 16 Jun 2009

Betukah Pakej Ransangan Pertama Telah Diagihkan.....

Apabila Perdana Menteri DS Najib mengumumkan pakej ransangan pertama sebanyak RM 7 bilion telah berjaya diagihkan sebanyak 99%, iaitu sebanyak RM 6.95 bilion. Yang melibatkan 43,681 projek dengan kos sebanyak RM 4.02 bilion ( 57.9% ) telah ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya dan bakinya dalam proses untuk ditawarkan. Pada persidangan parlimen semalam.
Betulkah pakej itu sampai kepada sasarannya, kerana ini boleh dipertikaikan memandangkan projek yang beliau sebutkan kebanyakannya adalah projek-projek yang telah diberikan sebelum Pakej Ransangan pertama dilancarkan. Maka sebagai rakyat Malaysia, saya merasakan ada sesuatu perkara yang tidak kena dalam pembentangan beliau itu.
Kalau lah projek-projek yang dahulu dimasukkan sekali maka pasti ada wang yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, satu projek menaik tarafkan jalan diluar bandar yang telah dijalankan sebelum pakej tersebut sebanyak RM 300,000 . Apabila projek tersebut dimasukkan bersama-sama dengan Pakej Rancangan Pertama, ke manakah perginya duit tersebut. Oleh kerana ia melibatkan projek dan wang yang banyak maka pasti ada yang masuk ke poket dalam kesedaran kerajaan. Kita boleh bayangkan sebanyak 43,681 projek, itu adalah satu angka yang besar. Maka kita boleh lagi mempertikaikan pasti ada dana tidak pergi ke tempat yang sepatutnya. Kita pun tahu, kebanyakan peruntukkan pasti akan sampai ke tangan ketua bahagian dulu, kemudian barulah diagih-agihkan. Maka apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pasti ada kecacatan angka yang beliau sebutkan. Purata satu projek ialah sebanyak RM 92,030.00. Itu adalah satu projek daripada keseluruhannya sebanyak 43,681 projek. Bayangkanlah betapa banyaknya duit tidak sampai kepada yang sepatutnya.

Bila Najib memuji PAS, pasti ada yang tak kena. ( 2 )

DS Najib terkenal dengan sikap suka berdiam diri, apabila timbul isu-isu yang melibatkan beliau. Sebagaimana kes pembunuhan Altantuya yang dilaporkan oleh media-media barat di atas pembabitan beliau didalam isu tersebut. Sampai hari ini beliau tidak pernah menafi mahupun mengaku laporan media-media barat itu. Sebagaimana semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan, tentang laporan Ketua Audit Negara 2006.Tiada namanya disebut. laporan tersebut mendedahkan tentang kepincangan besar yang berlaku dalam pengurusan kementerian Pertahanan dalam tempoh beliau menjadi Menterinya. Antaranya tempahan enam buah kapal peronda untuk TLDM yang tidak diurus, dipantau dan dilaksanakan dengan baik yang melibatkan duit rakyat berjumlah RM 6,57 billion. Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan tentang 14 bayaran kemajuan berjumlah RM 943.46 juta kepada kontraktor dari Disember 1999 hingga 2002 kerana baucer bayaran dan dokumen sokongannya hilang dari simpanan kementerian. Rekod yang tiada baucer dikemukakan melibatkan bayaran serendah RM 6.69 juta pada 19 November 2001 hingga setinggi RM 222.06 juta pada September 2001. Sepatutnya 6 kapal peronda tersebut selesai diserahkan pada April 2007. Tetapi baru dua sahaja yang diserahkan. Kerana kelewatan tersebut, anjur audit, kontraktor boleh didenda sejumlah RM 214.01 juta. Itu belum lagi melibatkan kapal selam scopion dan jet pejuang Sahkoi yang melibatkan bebillion wang rakyat telah disalah uruskan. DS Najib memang terkenal dengan kepakaran menghilangkan sesuatu baik dokumen mahupun orang. macam isu Bala yang sampai sekarang kita tidak tahu di mana beliau berada. Itulah kelebihan DS Najib yang tidak ada pada pemimpin-pemimpin lain. Sehinggakan dalam satu ulasan mengenai skandal itu Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Dato' Shahrir Samad berkata, rekod-rekod tertentu berkaitan dengan urus niaga pembelian enam kapal peronda persisiran pantai yang bernilai RM 6.75 billion telah "dimusnahkan". Rekod yang dimusnahkan itu membabitkan dua buah kapal peronda yang bermasalah, yang mula-mula diserahkan pada 2006, setelah penyerahannya terlewat dua tahun. Dan sejak itu kosnya telah bertambah sekurang-kurangnya RM 1.4 billion. Laporan Audit Negara 2006 itu yang dikeluarkan pada September 2006, menimbulkan banyak persoalan berhubung pembelian kapal peronda antaranya," tiada justifikasi bagi pihak kerajaan untuk meluluskan kos tambahan RM 1.4 billion dan tidak mengenakan denda RM 214 juta kerana lewat penghantaran. Kontrak mewah itu, yang pada asalnya membabitkan kos RM 5.35 billion, diberikan kepada PSC-Naval Dockyard Sdn. Bhd. Sebuah anak syarikat PSC Industries Berhad milik Tan Sri Amin Shah Omar Shah pada 1998. Dan syarikat tersebut diberi nama baru iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. pada bulan Ogos 2006. Sebagai Menteri Pertahanan pada masa itu maka beliau dengan sendirinya telah terlibat dengan tidak langsung. Apakah beliau ingat rakyat akan lupa apa yang berlaku, walaupun maklumat penting telah dimusnahkan. Kerana itulah beliau mengambil peluang keterbukaan PAS dalam isu kerajaan perpaduan. Apakah beliau dan kroni-kroni beliau merasakan yang mereka boleh lepas begitu sahaja. Mungkin beliau telah menghidu apa yang akan berlaku pada PRU 13 nanti. Kerana itulah saya mengalu-alukan agar SPRM mengambil lebih ramai lagi kakitangan kerana mereka akan mula bekerja keras selepas PRU 13 nanti. Dan kes-kes yang tertunggak diMahkamah hendaklah dipercepatkan semua perbicaraan agar senang nanti untuk mendakwa pemimpin-pemimpin Umno-BN. Oleh itu saya memohon agar sesiapa yang mempunyai apa-apa sahaja maklumat tentang kekayaan melampau pemimpin Umno-BN menghantar kepada blog-blog yang boleh dipercayai. Kalau ada gambar-gambar istana mereka tangkap dan posting kat laman-laman blog. Sudah tiba masanya kita mendedahkan kekayaan keluarga, adik beradik, saudara mara dan kroni-kroni mereka. Pilihan raya Umum hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi dan kita masih ada banyak masa untuk melakukannya.

Bila Najib memuji PAS, pasti ada yang tak kena. ( 1 )

Sungguh memualkan apabila DS Najib memuji PAS adalah ikhlas dalam mewujudkan kerajaan perpaduan. Beliau berkata "Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbangkan apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS". Apakah beliau ini sudah buta kepada sejarah tentang parti PAS ataupun beliau saja-saja buat tak tahu. Pas sentiasa berbaik sangka terhadap sesiapa pun tetapi Pas sentiasa di khianati oleh orang ditolonginya. Sebagaimana Dr. Mahathir diberi peluang berucap di pentas PAS pada tahun 60 an apabila beliau dipecat oleh Umno di zaman Tunku Abdul Rahman kerana mengkritik hebat Tunku, nasib baiklah perangai Tunku tidak seperti perangai Dr. Mahathir. Kalau Tunku menjadi Dr. Mahathir dan Mahathir menjadi Tunku dah pasti Tunku di ISA kan. Butakah DS Najib bagaimana semangat setia kawan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah bersama dengan Semangat 46. Yang akhirnya PAS ditikam dari belakang oleh Semangat 46. Butakah DS Najib bagaimana PAS memberi sokongan yang padu kepada DSAI apabila beliau dianiayai oleh Umno. Dan bagaimana PAS memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali di parlimen Pasir Mas, yang akhirnya beliau dengan angkuhnya menyatakan kemenangan beliau adalah kerana kekuatan dia sendiri apabila beliau mengumumkan akan mendapat respons daripada akar umbi, patutkah beliau menyertai Umno ataupun tidak. Lihatlah bagaimana berlagaknya beliau. Apabila beliau menyatakan yang "Umno bersikap terbuka", apa sebenarnya yang beliau maksudkan. Memang Umno sebuah parti yang ikhlas dalam mengaibkan seseorang yang tidak disukai. Sebagaimana PAS diperlakukan pada tahun 1973-1977, setelah Umno mendapat kembali kekuatan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Apakah beliau baru sedar yang parti PAS adalah sebuah parti yang ikhlas. Beliau berkata lagi "kita kena risik-risik dulu, macam kita nak kahwin lah, kena risik dulu. Jadi tak jadi kita, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagi lah. Kita tengok bentuk kerjasama yang sesuai. Tak ada masalah". Umno dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun, ada hati lagi nak risik-risik. Memang sudah menjadi dasar Umno, apabila Umno tidak mendapat sokong daripada orang melayu, parti pertama yang dicari adalah PAS. DS Najib sepatutnya mengambil iktibar di atas apa yang telah Umno lakukan kepada PAS, sehingga PAS terpaksa memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap PAS yang memakan masa berpuluh-puluh tahun untuk memulihkannya. Pas bukannya parti yang boleh dijual beli ataupun diperkuda-kudakan oleh Umno. PAS sudah masak dengan sepak terajang politik Umno. Pas tidak akan sesekali terjerat dengan permainan Umno. Kerana PAS ditubuhkan bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Sebelum memijak tangga PAS, Umno mestilah mencuci bersih-bersih kaki dahulu.

Apakah Pas Membawa Pendekatan Samseng.........

Siapa sebenarnya yang membawa pendekatan samseng seperti yang diperkatakan oleh pemuda Barisan Nasional. Memang betul lah apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir yang melayu mudah lupa. Memang Umno mudah lupa, bahasa yang betul adalah Umno sudah nyanyuk.
Apa tidaknya kalau usia sudah menjangkau 63 tahun, macam-macam penyakit telah dihidapi oleh Umno. Di manakah dalilnya yang PAS membawa budaya samseng. Apa yang berlaku pada setiap pilihan raya, semua orang sudah maklum siapa sebenarnya yang melakukan provokasi kalau tidak daripada Umno sendiri. Bila sudah ketandusan isu dalam menghadapi Pas pada pilihan raya Manek Urai nanti, maka juak-juak Umno mula lah lontar batu sembunyi tangan. Kempen seperti itu sudah basi, dah ketinggalan zaman. Ada kala Umno ni dah jadi macam budak-budak tadika kemas tarafnya. Mungkin Budak tadika kemas pun lebih baik daripada Umno. Kali ini entah berapa ribu pula ahli PAS akan menyerahkan borang keahlian Umno. Projek Mee Segera macam mana dah berjalan lagi ke atau tidak. Umno cukup takut dengan pilihan raya....... kenapa ya........ Kuasa Allah tiada siapa yang tahu, makin Umno takut makin menjadi-jadi pilihan raya. Satu je sikap Umno/BN ni............... sebenarnya dia orang ni tidak ada jentera parti. Semua kerja-kerja parti, agensi kerajaan yang dipaksa-rela lakukan. Dari bahagian risikan (itu kerja-kerja SB la) hinggalah berkempen, semua agensi kerajaan yang jalankan. Umno ni sebenar bukan anak jantan bila bertanding, nak kata pondan saya rasa pondan pun lebih bermaruah daripada Umno. SPR pula satu hal....... jangan katalah, lebih kari daripada nasi. Nak buat macam mana kalau dah jadi parti ahli BN, kena ikut cara Umno-BN lah. Sebab itulah bila orang kata Malaysia mengamalkan demokrasi saya cukup marah kerana silap bahasa............... yang sebenarnya ialah Demo kasi, demo (awak) kasi saya ambil. Itu baru betul dalam negara yang mengamalkan demo kasi.

Umno Akan Roboh Seperti Robohnya Stadium Sultan Mizan

Apabila Tadika Kemas di arah tutup, Umno yang didokong oleh media perdana mula memainkan isu yang dari dulu tak habis. Itulah sikap Umno yang mempergunakan kanak-kanak yang kononnya Pakatan Rakyat tidak berhati perut apabila mengunci bilik kelas. Yang terbaru di pelabuhan Klang iaitu blok 1, Flat Sri Perantau. Apa yang berlaku kerana tidak membayar tunggakan selama 5 bulan. Sedarlah diri sikit, kamu mengunakan bangunan kerajaan negeri. Yuran pelajar kamu sapu, lepas itu nak duduk percuma pula. Lihatlah bagaimana Pasti dibawah seliaan PAS yang membina bangunan sendiri. Umno kan parti kaya-raya, tak kan tidak boleh buat bangunan sendiri. Itulah akibatnya apabila duit kerajaan dia buat macam duit dia sendiri dan yang menjadi mangsanya ialah kanak-kanak. Nak tunjuk lah kat satu Malaysia yang Pakatan Rakyat tu zalim. Mungkin kalau tadika kemas tidak mengambil yuran, kerajaan negeri boleh pertimbangkan. Apapun Umno sekarang sudah tidak ada isu lagi dah. Lagi dia korek kelemahan kerajaan PR, lagi banyak pendedahan kelakuan mereka semasa memerintah akan terbongkar. Macam isu kereta dan lembu di Selangor, yang sekarang ini terus diam seribu bahasa. Yang pasti Umno sudah hampir tiba waktunya akan roboh seperti robohnya Stadium Sultan Mizan di Terengganu.

Tuan Guru Haji Hadi Yang Aku Kenali

Ke mana perginya pendokong-pendokong PAS, baik ahli, ketua cawangan, ketua bahagian dan juga pucuk pimpinan tertinggi dalam membela TGHH. Tonjolkanlah diri kamu dalam mempertahankan diri kamu semua atas sifat pendokong perjuangan PAS. Apa yang terkandung didalam diri Tuan Guru yang saya kenali adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan prinsip-prinsip perlembagaan PAS. Beliau bukanlah seorang yang pemimpin yang akan merosakkan parti. Mungkin saya tidak dapat menyelami apa yang ada didalam pemikiran beliau. Tetapi apa yang jelas beliau seorang pemimpin yang senang didekati, tidak meninggikan diri walaupun beliau adalah Presiden PAS. Dari segi perbualan, beliau bukan seorang kedekut ilmu. Ada satu waktu beliau menceritakan tentang bagaimana sekembalinya beliau daripada Mesir, beliau telah diberi satu jawatan didalam Yayasan Terengganu ( kalau tidak silap saya ) oleh mantan menteri besar yakni Tan Sri Wan Mokhtar. jawatan yang diberikan ialah satu kerusi dan satu meja. Datang pagi balik petang, datang pagi balik petang, cukup bulan terima gaji lebih senang lagi istilahnya ialah makan gaji buta. Sebenarnya matlamat Menteri Besar ialah menghalang beliau daripada bergiat aktif didalam politik. Kerana pada masa itu beliau adalah Yang Di Pertua Abim Terengganu di zaman DSAI sebagai pemimpin dan Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebagai timbalan beliau. Dan juga kerana pengaruh Haji Awang iaitu bapa beliau dengan pihak Istana terlalu kuat. Jadi dengan berbuat demikian, mantan menteri Besar dapat menghalang pengaruh PAS daripada berkembang di negeri Terengganu sehinggalah beliau meletakkan jawatan yang beliau tidak tahu apa pangkatnya. Selepas meletak jawatan, beliau bergiat aktif didalam parti PAS. Apa yang saya hendak utara kan di sini ialah bagaimana seramai ahli-ahli PAS, baik daripada peringkat bawah hinggalah kepada peringkat tertinggi. Tak kan seorang pun tidak mengerti apakah Kerajaan Perpaduan yang cuba beliau lontar kan. Tidak ada langsungkah orang yang dapat membela beliau. Bahasa yang senang bagi saya ialah, bukan tidak tahu....... tapi tidak menyetujuinya........ jadi jalan keluar yang terbaik bagi mereka ialah buat tidak tahu apakah kerajaan perpaduan yang cuba digagaskan oleh TGHH. Tanyalah pada diri sendiri, hurai kan dan dapat kritikan atau aku diam semoga aku tidak ditanya bermacam-macam soalan. Ada kala saya cukup kesian kepada orang-orang begini. Terus terang sahajalah yang aku faham tapi aku tidak menyetujuinya. Bukan susah sangat untuk melafazkan kata-kata tersebut. Di manakah pemimpin-pemimpin yang dahulu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah menghilangkan diri. Layakkah orang-orang begini menjadi pemimpin dalam memperkatakan yang haq dan bathil. Sedarkah kamu, yang kamu ini berada didalam gerakan Islam. Kalau kamu tidak bersetuju pun kamu tidak akan dipecat seperti parti Umno yang para pemimpinnya tidak boleh dikritik. Bangun lah dari tidur kamu, jangan berdiam diri sahaja dan terangkan pendirian kamu yang sebenar. Jangan biarkan TGHH menghadapinya seorang diri. Beliau tidak sesekali merujuk hendak masuk Umno. Apa yang beliau lontar kan hanyalah satu idea kerana kita berada didalam jemaah Islam. Para pemimpin ada kala tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Saya rasa cukup-cukup sedih dengan pemimpin-pemimpin yang perangai dah nak sama dengan perangai Umno. Saya bukanlah seorang ahli PAS tetapi saya tetap mempertahankan beliau selagi beliau tidak lari daripada landasan perjuangan PAS. Saya tetap akan berdiri teguh dalam mempertahankan beliau walaupun saya di maki hamun atau pun di cerca. saya tetap akan berpegang kepada prinsip perjuangan saya walaupun saya bukan ahli PAS. Kerana saya tahu dan saya kenal beliau, beliau adalah guru saya. Apakah satu kesalahan besar apabila pemimpin kita melontarkan idea, itu hanyalah satu idea........ satu idea. Apa yang pasti beliau tidak....... saya ulangi TIDAK akan membawa PAS ke kancah kebinasaan. Apakah beliau tidak membaca sejarah bagaimana PAS diperlakukan oleh Umno?. Beliau sedar dan beliau tahu apa yang beliau lakukan. Beliau bukannya memimpin satu jemaah yang kecil seperti Akim, tetapi parti Islam yang terbesar di Malaysia. Saya bukanlah orang layak bercakap tentang idea beliau, kerana saya sedar siapa diri saya. Yang layak bercakap adalah kamu semua yang mendokong pejuang PAS. Pada pendapat saya orang yang paling berterus terang didalam PAS adalah TGNA...... itulah seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin yang berada didalam PAS. Jikalau beliau sudah tidak ada, dapatkah kita jumpa pemimpin seperti itu....... berterus terang. Beliau menentang kerana beliau telah mengalaminya, bak kata ada hujahnya.

Isnin, 15 Jun 2009

Apabila ketaksuban menguasai diri........

Apabila saya membaca tulisan albanjar dalam mengulas tentang banner yang disiarkan oleh manjungmari, saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan. Saya menyokong apa yang ditulis oleh albanjari....... Maaf ya manjungmari. Didalam Islam hanya kepada Rasulullah adalah sebaik-baik pemimpin kerana betapa hebat seseorang pemimpin pasti ada kesilapan dilakukan. Kerana didalam Islam tiada sifat kependitaan, tetapi didalam Pas kita diajar dengan sikap berbaik sangka terhadap pemimpin. Walaupun kita tidak suka kepada pendapat pemimpin tersebut, kita tidak memaki hamun dan memcerca pemimpin itu. Kita siapa......... mereka berhujah di atas dasar ilmu...... kita berhujah di atas dasar hawa nafsu. Itulah antara perbezaan kita dengan pemimpin.
Sepatutnya kita menunjukkan teladan yang baik terhadap pemimpin kita kerana ulama yang baik adalah yang menyuluh untuk kita didalam kegelapan. Ulama yang jahat adalah ulama yang menjual agamanya dengan harga yang murah dan memporak peranda kan iman kita. Kenapa sampai memberi nombor keahlian, saya sokong albanjari apabila merujuk kepada muktamar 2 tahun lagi sekiranya tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan. Satu kesilapan buat manjungmari membandingkan pemilihan Pas dengan Umno. Jangan sama kan TGHH dengan DS Najib, tiada hubung kait langsung antara Pas dengan Umno. Sepatutnya manjungmari melihat kepada sejarah, sebagaimana Salahuddin Al-Ayubi membebaskan Baitumuqaddis. Kenapa Israel tidak dapat dikalahkan sedangkan negara haram itu dikelilingi oleh negara-negara Arab. Salah satunya kerana pemimpinnya sama macam Umno. Sebab itulah sebelum menakluki Baitulmuqaddis, beliau telah menukar pemimpin yang sama perangai macam Umno dengan pemimpin yang berjiwa Islam. Kerana itulah Pas amat berbeza dengan Umno, apakah MM lupa dasar perjuangan parti. Apakah budaya Umno sudah meresap kedalam pemikiran MM. Salahkah TGHH melontarkan idea kerajaan perpaduan yang membuat MM betul-betul sakit hati. Perjuangan Pas atas dasar Islam dan perjuangan Umno atas dasar sekular. Kerana itulah TGHH melontarkan idea tersebut kerana dalam Islam pintu rundingan sentiasa terbuka.

Sabtu, 13 Jun 2009

BN Vs PR : KJ Mula Berkokok.......

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan melihat kerjasama itu masih boleh diteruskan walau apa pun syarat yang di letakkan oleh Pas. Satu kenyataan terdesak bagi seorang yang bergelar Ketua Pemuda. Memang bagi Umno, Pas adalah satu-satunya talian hayat yang Umno fikir ia boleh digunakan. Sebagai seorang ahli politik yang berjawatan Ketua Pemuda dan bergelar MP, beliau sepatutnya melihat kebelakang bukannya melihat kedepan. Dah terdesak sangatkah Umno sehingga boleh menerima apa-apa pun syarat daripada Pas asalkan dapat berbincang. Mungkin beliau bermimpi di siang hari apabila mengeluarkan kenyataan tersebut. Yang pastinya walaupun beliau seorang yang bertaraf Ketua Pemuda Umno tetapi daripada kenyataan beliau menampakkan betapa ceteknya beliau dengan sepak terajang politik. Apakah beliau merasakan yang Pas akan membantu Umno yang sekarang ini hanya menunggu masa sahaja untuk di talkinkan. Pas tidak akan sekali-kali akan terpedaya dengan politik Umno yang bagi Pas, mungkin lebih mengenali Umno daripada orang Umno sendiri. Berlajarlah daripada sejarah apa yang telah dilakukan oleh Umno terhadap Pas. Luka yang Umno toreskan masih lagi terasa didalam diri Pas. Apakah beliau tidak merujuk kepada sejarah politik Umno yang terang-terang telah mengkhianati bangsa mereka sendiri. Lupakah Umno apa yang telah di laku kan kepada parti terbesar orang melayu pada masa penjajahan British iaitu Hizbul Muslimin dan PKMM. Bagaimana Umno sebagai anak didik British telah memainkan peranan sehingga diharamkan Hizbul Muslimin dan PKMM dan para pemimpin telah ditahan dibawah akta darurat. Belajar lah.... Wahai KJ.........

BN Vs PR : Umno Cuba Mengalihkan Isu Perak.....

Di manakah kertas perhakiman daripada Mahkamah Rayuan yang telah dijanjikan oleh Mahkamah Rayuan untuk diserahkan kepada Peguam DS Nizar pada 29 Mei yang lalu. Bagaimana rakyat hendak mempercayai akan ketelusan badan kehakiman sekiranya perhakiman yang diberikan kepada DS Nizar yang memihak kepada DS Zambry hanya memakan masa hanya 5 minit berbanding kan Mahkamah tinggi yang membaca kertas kehakiman yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Salah satu permintaan yang dicadangkan oleh TGHH agar diberi kebebasan kepada badan kehakiman. Sungguh amat melucu apabila Mahkamah Rayuan terlalu liat untuk mengeluarkan kertas kehakiman tersebut sedangkan ianya hanya mengambil masa yang pendek untuk membacanya. Apakah skrip sedang direka kan hinggakan mengambil masa yang begitu lama untuk diserahkan. Sedangkan peguam-peguam DS Nizar amat memerlukannya dalam mengkaji di atas apa alasan yang berikan dalam menolak perintah yang dikeluarkan oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi. Bagi saya yang tidak arif tentang undang-undang pun tertanya-tanya apatah lagi para peguam yang lebih arif tentang undang-undang. Apakah kerajaan Umno-BN boleh menutup isu tersebut dengan mengeluarkan isu kerajaan perpaduan yang berlaku didalam Pas. Di manakah perginya Ketua Hakim Negara Tun Mohd Zaki. Sepatutnya Ketua Hakim Negara mengambil perhatian terhadap isu tersebut kerana ia melibatkan pentadbiran sebuah kerajaan negeri. Inilah masanya Ketua hakim Negara menunjukkan sikap beliau yang menjadi perhatian kerana perlibatan langsung beliau dengan politik Umno. Apa yang beliau katakan apabila ditemu bual oleh wartawan tak kala beliau baru dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Inilah masanya beliau mengotakan janji-janji beliau. Mungkin beliau lupa tetapi rakyat tidak sesekali akan lupa apa yang dijanjikan. Rakyat tidak akan mempercayai badan kehakiman apabila sepertimana yang diwar-warkan oleh Tun Abdullah sebelum beliau melepaskan jawatan beliau kepada DS Najib. Maka dengan ini apa yang beliau laku sebelum bersara dalam menggubal balik badan kehakiman adalah sia-sia sahaja. Apa yang beliau lakukan umpama tikus membaiki labu. Dengan itu rakyat tidak akan mengenang beliau sebagai seorang Negarawan kerana meninggalkan banyak kerosakan daripada kebaikan yang sememangnya telah pun rosak angkara Tun Mahathir. Umno-BN ingat boleh menghilangkan sekejap isu krisis negeri Perak dengan memainkan isu kerajaan perpaduan. Rakyat sekarang ini bukan seperti dahulu yang boleh di momok kan dengan mengalih isu tersebut dengan memperbesarkan isu-isu yang melibatkan Pakatan Rakyat. Memang Pakatan Rakyat tahu mereka tidak boleh menang didalam kes negeri Perak. tetapi atas dasar perjuangan untuk menegakkan keadilan Pakatan Rakyat tetap meneruskan kes tersebut ke Mahkamah. Sebagaimana parti Gerakan memainkan isu Chin Peng, ini adalah satu lagi permainan kotor politik BN yang boleh dikatakan di tuju kan kepada DAP. Usah lah dilayan kerenah BN yang semakin terpinggir didalam arus kebangkitan rakyat. Mereka cuba memainkan sentimen kaum sebagaimana mereka lakukan pada operasi lalang yang mana Umno Dan MCA bertelagah tentang ketuanan melayu yang mana disanggah oleh Naib Presiden MCA yang mengatakan orang melayu pun adalah kaum pendatang seperti kaum cina. Apa kesudahan yang berlaku ialah penahanan dibawah akta zalim ISA ke atas para pemimpin pembangkang seperti Ustaz Abu Bakar Chik, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan berpuluh-puluh lagi. Apa yang berlaku kepada para pemimpin BN ialah mereka diberi jawatan dan pangkat. Inilah permainan kotor politik Umno-BN.

BN Vs PR : Menjawab Ulasan K.B.O.Online

Buat sahabat K.B.O.Online... Saya terpanggil membuat sedikit ulasan sahabat tentang tentang tajuk " Hadi ulangi kesilapan Asri". Terima kasih di atas fakta-fakta yang sahabat lontarkan. Memang di zama Datuk Asri, ramai pengikut Pas terlalu taksub diatas kehandalkan beliau dalam berpidato yang dapat membuat ribuan pendengar terpesona diatas hujah-hujah beliau. Dan saya masih sempat mendengar akan kehebatan beliau. Walaupun beliaulah antara pemimpin yang hadir dalam perbincangan dalam usul penyertaian Pas di dalam Barisan Nasional. Tetapi kita tidak boleh menafikan jasa-jasa yang telah beliau curahkan terhadap perjuangan Pas. Begitu jua dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah, Cikgu Wahab, Datuk Hassan Adli, Hassan Haji Muhamad dan ahli-ahli jawatankuasa kerja Pas yang lain telah meletak jawatan serentak sebelum selesai ucapan dasar Dato' Asri selaku Yang Dipertua Agong dibahaskan oleh perwakilan. Selepas Dato' Asri dan rakan-rakannya meletakkan jawatan maka bermulalah sejarah kepimpinan ulama didalam Pas. Ustaz Yusof Rawa telah dipilih oleh Muktamar Pas sebagai Yang Pertuan Agong ( sekarang Presiden) manakala Timbalan YPA pula ialah Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor dan dua orang Naib YGA yang terpilih didalam Muktamar itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad. Walau pun Dato' Asri dan Geng-geng nya keluar parti, Ustaz Hassan Adli sebagai menteri kerajaan tetap berada didalam BN walau pun Pas sudah keluar BN berikutan krisis pada tahun 1977. Beliau juga telah menyeru agar ahli-ahli Pas agar tetap bersama-sama denganPas. Beliau melarang ahli-ahli Pas mengikut jejak langkah beliau yang masih di dalam BN. Apabila Pas menyertai Bn, ramai pemimpin Pas keluar daripada Pas sepeti Abdul Rahman Haji Mohamad (Pak Rahman), orang kuat Pas di Negeri sembilan, yang pernah bertanding di atas tiket bebas kerana menentang Pas menyertai BN dan juga Cikgu Haji Yusof bin Ayub telah menyertai Dap . Mereka telah kembali kepangkuan Pas setelah Pas keluar BN. Seorang tokoh Pas iaitu Taha Kalo, pada ketika muktamar Pas hendak membincangkan soal penyertai parti itu kedalam BN. Dengan mengeluh dan dengan perasaan sayu dan sedih berkata' " Kalaulah Dr. Burhanuddin dan Ustaz ZulkifliMohammad masih hidup, Pas tidak akan menyertai Barisan Nasional yang ditaja oleh Umno itu". Kenyataa sahabat K.B.O.Online yang menyatakan bahawa penyokong Pas, menyokong cadangan Dato' Asri bergabung dengan BN adalah satu ulasan yang dangkal kepada sejarah kerana apa yang belaku adalah bersifat patuh kepada pemimpin bukannya menyokong apa yang Dato' Asri lakukan. Sedangkan Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang menjadi " Mastermind " yang menbawa Pas kedalam kandang BN. Sebenarnya Dato' Asri tidak dipersalahkan secara total diatas kekalahan Pas pada pilihanraya pada tahun 1978. Saya masih ingat bagaimana BN dan Umno berpesta besar apabila kelantan jatuh kepada BN. Cuti umum telah diisytiharan keseluruh negara. Apa yang beliau disalahkan adalah kerana beliau masih cuba untuk bersama BN. Sehinggakanlah beliau menubuhkan parti Hamim dan menyertai parti koponem BN. Selepas beliau disingkirkan pada 1982. Seperti kata sahabat K.B.O.Online, Pas tidak mempunyai kekuatan melainkan kerana kerana timbulnya isu perpecahan dalaman Umno seperti 1990 bersama Semangat 46 dan 1999 dengan PKR. Sebenarnya sejarah telah membuktikan bahawa Pas memang satu parti yang kuat jikalau kita melihat sejarah penubuhan Pas, Terengganu adalah kerajaan pertama yang diperintah oleh Pas pada tahun 1959, sebelum kita merampas Kelantan. Adakah pada masa itu Pas memdapat apa-apa pertolongan dari mana-mana pihak. Seperti jua bagaiman ahli-ahli Pas terpaksa dipulihkan selepas pemimpinan mengambil alih pucuk tertinggi Pas. Bayangkan pucuk pimpinan Pas terpaksa memulihkan kembali luka yang hampir menjadi barah didalam Pas. Apakah kita lupa segala jasa-jasa mereka yang telah menyelamatkan akidah kita yang telah dipesongkan oleh Umno. Saya akan menjawab segala artikel saudara dalam penulisan saya yang akan datang.......... Insyaallah

Jumaat, 12 Jun 2009

Bn Vs PR : Renunglah Sejenak......

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, seorang tok guru yang dilantik oleh Pas menjadi Menteri Besar Kelantan, dianggap sebagai seorang Menteri besar yang berjaya membawa haluan kepimpinan dan pentadbiran berlandaskan ajaran Islam walaupun Umno-BN menganggap ulama tidak layak memimpin negara bagi menghadapi cabaran dan tuntutan pembangunan. Menteri Besar itu sudah berjaya menghapuskan apa yang di gelarkan orang Umno-BN bahawa Pas ialah 'parti pak lebai'. Umno -BN kelantan kecundang pada pilihanraya tahun 1999 selepas Ketua Perhubungannya, Tengku Razaleigh Hamzah mengatakan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz hanya layak menjadi mufti sahaja. Beliau tidak sedar melalui kepimpinan ulama inilah Kelantan sejak tahun 1990 tersohor sehingga ke peringkat antarabangsa kerana keadilan dan kesederhanaannya. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang di anggap sebagai simbol kepimpinan ulama di dalam Pas berikutan dengan kehebatan beliau menentang dasar perjuangan Umno-BN sejak awal 1980 an. Ceramah-ceramah beliau berjaya menarik rakyat kepada perjuangan Pas dan menarik perhatian antarabangsa setelah Pas menjadi malap dan lesu ketika berada didalam BN antara tahun 1974-1977. Akibat kekalahan Pas di Kelantan dalam pilihanraya tahun 1978. Dato' Asri selaku Yang di Pertua Agung Pas mula ditentang secara terbuka oleh ahli-ahli Pas. Ketika itu nama Dato' Asri sedang ditenggelamkan oleh nama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang disifatkan sebagai mempunyai pendirian dan sikap yang tegas dan jelas terhadap hala tuju perjuangan Islam. Apabila menjadi Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menghadapi cabaran rakyat untuk membawa ke pengadilan mereka yang bertanggungjawab melakukan berbagai-bagai penyelewengan ketika Terengganu ditadbir oleh Umno-BN. Umno terpaksa menggunakan khidmat raja-Raja Melayu untuk mengembalikan keyakinan orang melayu kepada Umno dan BN. Bagi Umno orang melayu berpecah belah kerana tidak bersatu didalam Umno. Tetapi, apabila majoriti orang melayu tidak lagi menyokong Umno, bolehkah Umno menganggap dirinya sebagai tunggak perpaduan melayu?. Adakah perpaduan untuk mempertahankan kezaliman dan kemungkaran boleh diterima oleh manusia yang waras?. Umno ditentang kerana pemimpin-pemimpin parti ini tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai penegak keadilan, pembela bangsa, agama dan tanahair. Itu sebabnya sudah dikatakan bahawa Umno tidak lagi relevan bagi orang melayu.

BN Vs PR : Memaki Hamun Pemimpin Bukan Budaya Pas........

Berpegang kepada Wa'la terhadap pemimpin yang menjadi pegangan ahli-ahli Pas, maka berbeza pendapat ataupun menyokong saranan pemimpin yang membawa kepada perdebatan di kalangan ahli-ahli tidak lah sampai kita memaki hamun pemimpin kita sendiri, kerana itu bukan budaya Pas. Kerana ahli-ahli Pas telah dipupuk dengan tarbiah, usrah oleh para ulama dengan begitu baik sekali. Tak kala timbulnya budaya memaki hamun dan caci mencaci para pemimpin Pas maka di sini kita melihat Umno telah berjaya menyusup masuk ke dalam Pas. Para pemimpin Pas berbahas kerana ilmunya, bukan kerana hawa nafsu semata-mata. Jangan kita membawa budaya Umno ke dalam Pas, semata-mata kerana pemimpin tertinggi Pas berbeza pendapat. Walau betapa hebat perdebatan mereka semua kerana untuk membawa kebaikan kepada Islam. Baik TGNA mahupun TGHH, mereka tidak sesekali berniat menghancurkan Pas yang mendokong perjuangan berlandaskan Islam. Bagaimana pula dengan kita yang berbahas kerana hawa nafsu dan hendak menunjuk hebat dalam penulisan ataupun ulasan masing-masing. TGNA sebagai Mursidul Am Pas, adalah seorang telah lama menerajui kepimpinan Pas yang memang terlalu arif dengan sepak terajang, tipu muslihat dan segala penganiayaan yang telah di lakukan oleh Umno. Pada 1967 , beliau telah memenangi parlimen Pengkalan Chepa menggantikan calon yang meninggal dunia iaitu Tuan Haji Ahmad Abdullah. Apabila penggabungan Pas ke dalam kerajaan campuran Barisan Nasional. Pas menyifatkannya adalah atas dasar darurat. Yang mana dijelaskan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah di parlimen bagi memperjelaskan kenapa Pas bersama Barisan Nasional. " Sama ada kerajaan sedar atau tidak bahawa Pas satu parti politik yang menjadi anggota Barisan Nasional telah membuat dan mengeluarkan fatwa bahawa tindakan parti ini memasuki Barisan Nasional sesungguhnya di tegah atau haram. Perbuatan itu adalah haram dari segi syariat Islam, tetapi Pas terpaksa memasukinya buat sementara waktu". Dan pada 8 November 1977, Rang Undang-undang Kuasa-kuasa darurat (Kelantan) telah dibentangkan di parlimen oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn adalah semata-mata kerana kebaculan Umno untuk merampas kerajaan Kelantan dari tangan Pas selepas menendang keluar Pas daripada BN. Sebagaimana TGNA hilang punca buat seketika, tidak tahu pihak mana yang patut disokongnya. Apa yang mampu beliau lakukan hanya mententeramkan ahli-ahli Pas. Sebagaimana tragisnya senario Pas pada era 70 an yang terpaksa ditempuhi oleh TGNA. Penentang TGNA terhadap Umno ada sebab musibabnya diatas apa yang dilakukan oleh Umno. Perkhianatan setiakawan yang Pas hulurkan telah di permain dan dihinanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular